Saya

Foto saya
SEMOGA SEDIKIT SEBANYAK DAPAT KITA JADIKAN ILMU WALAUPUN HANYA SEDIKIT.. KATA SEORANG ULAMAK "SEMAKIN KITA MENDALAMI ILMU SEMAKIN KITA TAHU YANG KITA SEBELUM INI ADALAH BODOH..

Jumaat, 30 Disember 2011

Bercuti..

Assalamualaikum..

Perjalanan dari kedah hingga ke Pahang mengambil selama 7 jam lebih kurang la.. Kalau dekat lebuh raya selalunya tengok jenama kereta pakat lawan teka.. Sampai di Pahang keluarga menginap di Gerbang tempatnya menarik lajugak tetapi tidak la menarik sangat sebab ada perbanggunan di kiri dan kanan jalan.. Petang itu keluarga pergi makan ikan bakar and 3 rasa fuh terbaik kat mana entah la tapi dekat dengan kuantan rasanya..

Sehari dalam perjalanan, berhenti di persinggahan agar mampu maju kehadapan..

wah..! macam best jer pekataan tu.. Sekarang sedang bersiap untuk naik ke atas bukit Broga orang kata tempatnya cantik jugak nak tengok gambar tapi tidak la cantik sangat.. Ada bayak lagi yang lain nak letak kat facebook nanti try la tengok..

Tahun ini sambutan tahun baru kat Cameron, lain sangat cara mereka sambut.. ! Aden terkejut pikirkan tidak ada sambutan tapi lain pulak.. Lawan terpekit mana tidaknya hotel sebelah suruh diam ‘’hoiiii diam la’’ yang sebelah sedang terpekit terlolong dengan sambutan tahun baru woooooooooooooo.. Tahun hijrah tidak macam itu pun.. kata seorang yang bergelar Ustaz apa dia kata “ bulan Sembilan tuai hasilnya ” mulanya tidak faham juga tapi bila pikir balik banyak bayi di buang pada bulan Sembilan ada jugak betulnya..

Buat masa ni cita sedikit dulu nanti cita lain sebab tidak habis pusing Cameron gi ni..

Rabu, 28 Disember 2011

hakikatnya..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah semenjak ini kita tidak putus-putus dengan nikmat-nikmat yang kita dapat kecapi namun kita tidak terasa nikmatnya.. Andainya kita terleka kita dikejutkan melalui naluri namun kita tidak terasa nilainya.. Tetapi kita lupa orang yang kurang berkebolehan atau orang yang kurang upaya dan sebaliknya itu mampukah mereka berbuat sedemikian rupa..? tetapi kita alfpa kita leka dengan segala kenikmatan yang Allah kurniakan kepada kita di dunia.. Adakah kita sedar ataupun kita mahu lebih dari itu..? kita mampu merasai dengan sendirinya bukan..? dan ingatlah setiap kenikmatan di bumi hanyalah nikmat yang sementara di akhiratlah kehidupan buat selama-lamanya..

Nak cita tapi cita ni best la buat aden sendiri Insya'allah.. esok tiba masanya untuk aden pergi bercuti kata orang lebih seronok bercuti bila last minit macam ni bukan mudah nak gi cuti bukanya selalu.. tapi kali ini bercuti pergi Pahang tapi aden x dak kamera lak kesian kan gi jauh-jauh x dapat nak snap gambar.. tapi x pa munkin abang aden bagi pegang kamera tu itupun ikut nasib jer.. korang ape cer..? x palakan korang gi jalan lama jugak aden munkin sekejab jer.. tiba lah masanya nak tengok hutan kat Pahang.. bukan senang ni nak gi.. itu klu 10 thn lagi insya'allah klu aden ada lagi..

sedikit saja kut untuk tajuk ni insya'allah doakan aden selamat pergi dan selamat balik sekian terima kasih jumpa lagi insya'allah..

Khamis, 15 Disember 2011

Cuti sekolah yang terakhir..

Assalamualaikum..

nak cerita sikit ni boleh..? x yah jawab pun x pa.. klu boring maaf la..
dalam cuti ni penuh dengan nikmat yang belum pernah aden dapat.. korang x kan tahu apa jap agi aden citer.. bermula cuti aden pikir mak ayah aden nak pergi bercuti.. tengok-tengok abang aden ada STPM x jugak aden bercuti.. duit yang kerajaan bagi tu abis didagangkan, beli apa sangat buku kimia untuk tahun depan dan file nak letak kertas.. untung la juga boleh buat persiapan sikit untuk sekolah.. tapi yang aden serabut BI hingga sekarang x juga maju.. tahun depan kena bayak usaha la.. ni yang x best ni.. tiba tiba dah kena belajar sungguh-sungguh.. x pa x lama dah.. cita cita sekarang ni nak jadi yang terbaik dari abang-abang x kira la apa pun janji dapat berjauhan x la bertengkar sangat.. walaupun aden tahu aden bayak kurangnya so terpaksa la usaha keras sikit.. semperna cuti yang terakhir bayak yang mengejutkan kawan yang dulunya gaduh kini dah ok.. dulunya kesepian kini dah tidak.. berita yang terbaru ada sahabat seperjuangan meninggal Allah hai.. engkau lebih mengetahui dari segalanya.. kata orang dia ada ketumbuhan kat otak.. umur dia 15 sian dia baru nak amik keputusan.. Al-fatihah untuknya.. kita x minta semua itu munkin Allah lebih menyangi dia.. kita tinggalkan dia aden nak cita pasal aktiviti aden.. kadang-kala aden gi ikut kawn gi main futsal, babminton, main bola la yang pasti semuanya menang.. haha harus la.. x tipu kecuali fifa online 2.. kalah sebab kehilangan seorang pemain yang sungguh hebat pada aden iaitu Belleti.. pastu terus tertekan..
dan kalah 6 perlawanan daripada 9 perlawanan.. siankan.. malam gehana lak fuh macam mimpi..
bulan x bercahaya tetapi ada bintang.. maklum la sekarang ni aden dok kat kampung.. apa sangat aktiviti yang ada.. aden guna teleskop untuk tengok bulan bila tengok cantik jugak pastu nak cari la bekas Nabi Muhammad SWA belah bulan tp x jumpa pun mungkin x kuat dia punya zoom kut.. x kisah lah.. takut la pulak bila tengok keagungan Allah.. aktiviti sekarang cuma online ja dan update benda yang baik kata kawan aden kat tution tu.. nak tahu apa dia kata x..? Kita tulis benda- benda baik..tak semestinya kita baik.. tapi sekurang kurangnya kita tak tulis benda-benda tak baik kan..? x kisah la apapun janji saham kita di akhirat sana mampu membawa kita ke syurga insya'allah.. Rasulullah bermimpi di dalam mimpinya baginda melihat golongan manusia berwajah dua yakni separuh hitam dan selebih lagi putih (golongan manusia ini tidak tinggal pekara wajib ini seperti solat, zakat, dan berpuasa.. tetapi golongan ini juga berzina, merompak jika dia berhaka kepada kedua ibu bapanya dia tidak tergolong dalam golongan ini.. sebab kunci syurga ada di bawah tapak kaki ibu ).. lalu diperintahkan golongan ini mandi di sebatang sungai.. setelah selesai mereka mandi, akhirnya yang hitam itu terpadam seolah-olah kekotoran yang melekat di badan (segala perbuatan jahatnya yakni dosa akan terpadam) dan diperintahkan golongan ini pergi menyusuri sungai dan menikmati mahligai syurga..

sekian sahaja cirita aden insya'allah aden cuba untuk update lebih bayak insya'allah..

Assalamualaikum..
lama gak x update blog macam-macam kesukaran untuk terus update..
memang x disengajakan, di sebabkan itu kadang-kadang ada masalah tengan tulisan..
kadang-kadang x dak warna, maaf segala kesulitan, bukan nak meminta tetapi x dapat dihalang..
ada juga 2 3 orang kawan yang taya x update ka blog..? terima kasih ye.. kelemahan saya sendiri yang menyebabkan blog ni x di update.. maaf yer..

Khamis, 17 November 2011

ilmu yang kita ada belum tentu milik kita..
biar kita serendah rumput..
sebelum mata memandang bintang..
Allah sentiasa nak akan kita apabila kita nak akan dia..
perkorbanan kita di dunia akan dihitung di Akhirat..
bara-bara api mahupun api yang mampu membakar..
akan terpadam apabila diliputi air atau buih..
Setitis air hujan akan bermakna apabila di padang pasir..
walaubagaimanapun air hujan tidak bermakna apabila di lautan..
hidup ini kena tamakan ilmu..
rebut tempat untuk mendapatkannya..
sebaiknya mendekati majlis ilmu..
jadi kita ini seperti air hujan yang turun di padang pasir..
jangan jadi seperti hujan yang turun di tengah lautan..
apabila kita melakukan kebaikan jadikan dosa itu seperti bara..
ataupun api yang mampu membakar yang akan terpadam..
dengan amalan kebaikan..
semakin bayak kita meneroka ilmu..
semakin bayak yang kita tidak tahu..
sebab jika kita mencari ilmu..
tentu bayak yang kita tidak tahu..
tidak ada erti jika megerjakan sesuatu dengan
tidak disertai dengan keikhlasan..
kuasa bukan satu kemudahan..
disebalik kuasa yang dimiliki..
ada sejuta kepuasan dan berjuta masalah..
yang perlu diatasi dengan kepintaran mengatasi masalah..
disebalik kuasa mampu mengubah segalanya..
kita adalah sebaik baik kejadian..
isteri kita insya'allah akan lebih cantik berbanding bidadari..
sememangnya sukar membuatkan perkara itu menjadi kenyataan..
tetapi tidak pada Allah..
setiap yang dicipta penuh dengan kenikmatan kekayaannya yang tersendiri..
dan ingatlah tidak ada yang dapat menandinginya..
dia penghulu setiap makluk..
aku lihat wajah mu aku ingat akan dia..
apabila aku memerhati keindahan mu ku ingat akan dia..

dan apabila ku melangkah..
dah menjadi lumrah untuk ku terus melangkah..

apabila langkah ku terhenti..
itulah qadak dan qadar setiap manusia..

ikhlas

seandainya ada keiklasan segalanya akan mengatasi segalanya..

Jumaat, 4 November 2011

Khamis, 20 Oktober 2011

tidak satu pun diatas muka bumi ini milik kita..

semua harta yang kita ada itu milik Allah..

setiap manusia di atas muka bumi ini sekalipun akan disoal..

adakah itu kita nak dibanggakan..
setinggi mana kita berpijak..
kita masih rendah disisi pencipta..

serendah mana kita tinggal..
patinya kubur tempat kita buat sementara..

kita dilahirkan dengan tidak ada apa..
maka dimatikan dengan mempunyai amalan..

jika dulunya kita perit berusaha..
usah engkau tidak mendongak ke bawah..

tidak ada apa yang kita dapat membawanya..
walaupun sebesar zarah..

Al Quran..

Allah tidak akan berfirman tanpa sebab..
setiap kata-kata yang tertulis di dalam Al-Quran..
semuanya tepat dan tidak ada pendustaan..

jika Al-Quran tidak tepat..
maka Al-Quran tidak semudah itu untuk difahami..

tidak ada yang dapat mengatasi kelebihan Al-Quran..
setiap ungkapan menjadi seribu satu makna..
yang tersirat disebalik firman Allah..

baling batu..

jangan enkau membaling batu kerana ia tidak akan membunuh..
jangan enkau membaling batu kerana ia satu sunnah..

jangan enkau membaling batu kerana ia satu tegahan..
jangan enkau membaling batu kerana ia menyakitkan..

jangan enkau membaling batu kerana ia boleh membawa buta..
jangan enkau membaling batu kerana ia mampu mengena hamba yang tidak berdosa..

islam itidak mengalakan kita saling bermusuhan..
di saat kita memerlukan pastinya ada pertolongan..

putuskan silaturrahim..

kita diharuskan memutuskan silaturrahim..
jika seseorang itu melakukan kemungkaran..

kita diharuskan memboikot..
jika dia mungkar dengan perintah Allah..
walaupun dia sahabat baik kita..

mana lebih besar Allah ke..?
sahabat yang lebih besar..?

tidak ternilai hidup kita jika tanpa seorang sahabat..
tidak pernah ku menafikan..

Jumaat, 14 Oktober 2011

usah sombong..

jika kita sombong kepada pencipta dan langsung tidak bersyukur kepadanya..
Alangkah ruginya manusia itu jika Allah sombong kepadanya..
dan tidak memberi rezeki kepadanya,
tidak memberikan kesenangan kepadanya,
dan binasalah hidupnya buat selama-lamanya..

penuh persoalan..

segalanya terletak pada diri sendiri..


Allah kurniakan akal untuk berfikir..


fikirlah dunia berlandaskan Al-Quran..


pastinya setiap jawapan dunia ada penyelesaiannya di dalam Al-Quran..
indah bila seorang itu mati kerana Allah..
pastinya bersedia untuk menerima seadanya..

KAWAN..

dan ingatlah tidakan ternilai seorang itu jika tidak bersahabat..
sahabatlah yang membuatkan kita kenal erti dunia..

Hati

usah bicara dengan lisan..
biar tulus dari hati walaupun hati sekeras batu..

Antara Jihat Akhir Zaman..

ingatlah ketika kita mempunyai seorang anak lelaki..
latihlah dia semasa bayi dengan Islam yang sebenar-benarnya..
latihlah dia memanah, menunggang kuda, dan berenang..
ajarlah dia dengan solat..
jangan membiarkan dia mudah dipengaruh..
biar dia berpengaruh..
ini satu jihat yang pastinya menjadikan anak itu soleh insya'allah..

Rabu, 12 Oktober 2011

hidup kita penuh dengan persoalan yang tidak terjawab..
hidup ini jika berjawapan..

tidakkan bereti nilai hidup seseorang..



percayalah pastinya penuh dengan hikmah-hikmah yang tersembunyi..

bersangka baiklah dengan apa kehendak Allah..

walaupun mati itu pasti..

Sabtu, 8 Oktober 2011

tidak ada insan yang sempurna..

solat..

solat itu wajib jika meninggalkan dengan sengaja maka dia terkeluar dari rukun Islam..

solat itu tiang agama Islam,

jika kita meninggalkannya maka kita menggugurkan satu daripada tiang..

jika berbailik kepada erti solat,

solat adalah berdoa..

percakapan kita antara Allah..

itu sebabnya kita di suruh menutup Aurat ketika menyembahnya..

kita bukannya menyembah kotak hitam sebaliknya itulah kiblat yang kekal abadi..

Islam tidak zalim seperti mana orang bukan Islam selalu sebutkan sebaliknya,

Islam adalah penawar segala-galanya..

noting..






jika lidah berbicara,
bicaranya tanpa suara..

jika tangan kaku,
pegun angotaku..

jika jantungku berhenti seketika,
hanya jasat yang tidak bernyawa..

jika kemewahan itu kita kejar,
takut di akhirat kita gementar..

jika kita mengejar masa,
kejarlah kerana Agama..

Isnin, 3 Oktober 2011

BUNGA..


subahanallah.. klu nak dibandingkan bunga dengan wanita solehah.. wanita soleha lebih cantik berbanding bunga.. tp gambar bunga ros ni cantik la..
wanita, perempuan bukan ke sama maksud dia..
yang beza disisi Allah adalah Aklah seorang wanita..
kata orang wanita yang baik untuk laki yang baik..
wanita yang jahat untuk lelaki yang jahat..
Hati2 jika beli AL-QUR'AN cetakan terbaru, ada 4 surat palsu ciptaan kafir laknatullAh. Surat itu: 1. AL-IMAN 2. AL-WASAYA 3. AL-TASAJUD 4. AL-MUSLIMIN Jgn buka situs the QUR'AN, isinya palsu Sebarkan informasi ini ke umat MUHAMMAD SAW & krn ALLAH akan menggantinya brlipat2 ganda, tapi jika berhenti di kamu, berarti kmu tdk peduli dgn Islam..
copy paste jer.. ni bknnye msj berantai.. sekadar memperingati sesama kita..
ingatlah kita merancang dan Allah juga merancang..
tetapi perancangan Allah tidak ada yang boleh menghalang..
Alhamdulillah akhirnya siap jugak..
dari pukul 4 petang hari rabu sampai 6 pagi hari khamis bru selesai buat keje akaun..
aq sudah bebas weiiiiiiiiiiiiiiiii..
jab gi nak kena antar sudah..
gud job kwn yang lain..
28/9/11
sabar itu penyelesaian segalanya..
orang yang sabar sentiasa dipelihara oleh Allah..
x kira lah sesombong mana anak emak..
emak pasti akan sentiasa menyangi anaknya..
jika kamu mendedahkan aurat..
maka maruah mu juga tidak terbela..
kemuliaan wanita tidak pada tubuhnya dan paras rupanya..
kemuliaan wanita adalah disaat wanita itu menjaga maruahnya
"Mengaku pandai di depan orang yang bodoh sama seperti berpidato di depan orang tuli"
copy paste jer..

SOMBONG..

Assalamualikum..
klu nak tahu sombong ni sifat Allah..
itu la sebab kita amat dilarang untuk bersifat bersombong..
klu tidak percaya cari asma ul husna yang berbunyi al-mutakabbir..
jika nak bandingkan sombong kita dan sombong Allah..
bayangkan klu buluh kita lipat dua, tidak akan boleh punya..
macam tu la klu nak bayangkan sombong Allah ni..

Ahad, 25 September 2011

Assalamualaikum..

senyum la sahabat..
simpanlah kesedihan mu..

biar dia gembira bersama mu..
biar dia selesa bersama mu..

jika dia baik
maka ikutlah dia..

jika dia sebaliknya..
bentuklah dia seperti mana kamu..

doranglah dia jika dia tersasar..
dapatkan dia jika dia tergelincir..

hamba bernama sahabat ini satu anugerah yanng begitu indah..
hamba inilah yang sentiasa menceriakan setiap detik yang dilalui..

susah dia umpama susah ku..
susahnya dia umpama satu pemulaan..

SAHABAT OH SAHABAT..

Sabtu, 17 September 2011

SAHABAT adalah KAWAN..

jika ada kawan tidak menghargai..
maka ada kawan mula membawa diri..

hadirnya kawan bukan sekadar mimpi..
hadirnya kawan untuk dihargai..

mungkin saya sendiri tidak menghargai..
mungkin juga kamu yang mendahului..

mudah mencari kawan..
mudah juga mencari kesalahan kawan..

pikir wahai pena..
pikir walaupun tidak sehebat mana..

Rabu, 14 September 2011

mencari muka surat dlm Quran..

Cara mudah mencari muka surat dlm Quran..!!!
Contoh

Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
... Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82
Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?

copy paste by Mujahid Muda

Isnin, 12 September 2011

sebaik-baik ummat ialah umat Muhammad saw..
Alhamdulillah pejam kita insya'allah boleh celik lagi..
lalui hari hari kita dengan senyum kerna senyum itu satu sedekah..
x ka mudah.. wallahualam..

Ahad, 11 September 2011

iktibar dari semut..

shabat : assalammualaikum
ana : wa'alaikumussalam..
ana : nak thu x..
ana: ada lagi masyarakat yang berkerjasama..
sahabat : apa?
ana : masyarakat ni x dak pemimpin..
ana : nak tau apa..
sahabat : apa
ana : awk x tau ke..?
ana : tk
ana: hmm..
ana : masyarakat semut..
sahabat : umm btoi2
ana : klu nak tahu semut berkorban segalanya untu satu tujuan..
ana : nak tau pa..?
sahabat : apa?
ana : tujuan nya supaya dapat dinikmati semua..
ana : mcm sekarang ni yang beri zakat tu ada tp..
ana : x semua yang di agihkan itu memerlukan..
ana : ada yang lebih kerkurangan yang teramat..
ana : yang x dak tempat tinggal..
ana : yang kais sebulan makan seminggu..
ana : x ka itu satu penindasan..
ana : hmm..
sahabat : hmm
sahabat : btoi
ana : tengok sekarang ni yang kaya bertambah kaya yang miskin bertambah miskin..
sahabat : btoi
sahabat : hmmm
ana : siapa pemimpin islam yang perangi ore yng x bya zakat..
ana : lupa sudah..
sahabat : tk igt

terdiam seketika memikirkan sesuatu..

ana : klu x silap umar..
ana : jap..
sahabat : ok
ana : antara pemimpin terawal khulafah ar-rasyidin..
ana: entah la sapa..
ana : nak cita ni..
sahabat : cita la
ana : satu hari beliau berjalan dengan sahabat yang menurut perintahnya..
ana : di malam hari ada sebuah rumah usang..
ana : dia terdengar orang memasak..
ana : orang yang masak itu seorang ibu..
ana: dan ketika itu terdengar teriakkan kanak2..
ana : kalifah tersebut berhenti dirumahnya,,
ana : di rumah usang ibu tu lakan..
ana : fhm kan..
sahabat : ok
sahabat : ya2
ana : lalu kalifah tersebut memberi salam..
ana : Assalamualaikum..
sahabat : waalaikumussalam
sahabat : heee
ana: lalu ibu membuka pintu..
ana : ibu tersebut bertayakan khalifah tersebut..
ana : sebenarnya ibu tersebut tiidak tahu sebenarnya itu khalifah..
ana : ibu menanyakan sbb kenapa datang kemari..
ana : lalu beliau menjawab..
ana : nak berpanas di rumah ibu..
ana : kan padang pasir bila malam sejuk..
ana : bila siang panas..
sahabat : lps tu
ana : khlifah tersebut brtyakan ibu
ana : apa yang ibu sedang masak..
ana : jawab ibu dengan menitiskan air mata..
ana : ini batu..
sahabat : ya Allah
ana : kenapa ibu masak batu itu..
ana : jawb ibu..
ana : untuk menglegakan hati anak ibu..
ana : yang kelaparan menunggu makan siap..
ana : fhm x..
sahabat : fhm2
ana : anak ibu menunggu makanan ini siap sehingga tidur..
ana : ibu tidak sanggup bercakap ..makanan tidak ada..
ana : hmm..
ana : lalu ibu berkata..
ana : tahu kah apa sebb ibu dan anak ibu tidak makan..
sahabat : apa?
ana : lalu khalifah dan sahabat berdiam..
ana : ibu menjawab..
ana : sebb pemimpin tidak mengedarkan zakat kepada orang yang betul2 memerlukan..
ana : dengan tegas kata ibu..
ana : lalu sahabat ingin bersuara..
sahabat: lps tu
ana : adakah ibu tahu ini siapa..
ana: lalu khalifah tersebut menahan sahabat dari bercakap..
sahabat : lpstu2
ana : khalifah itu bangun dan meminta izin untuk meninggalkan rumah tersebut..
ana : lalu khalifah tersebut berlari2 anak..
ana : sampai ke tempat menyimpan bahan makanan..
ana : terkejar2 sahabat..
ana : mengikutnya..
sahabat : lps tu
ana : khalifah tersebut memasukan gandum ke dalam guni..
ana : dan mengambil seketul danging..
ana : lalu bertaya sahabat..
ana : apa kamu hendak hantar ke rumah ibu tadi..
ana : jawab khalifah ya..
sahabat : lps tu
ana : dan menjawab aku tidak mahu orang tidak sepatutnya menerima zakat tidak menerimanya..
ana : lantas sahabat memotog..
ana : biar saja aku hantarkan..
sahabat : lps tu
ana : jawab khlifah tidak usah adakah kamu akan menjadi teman aku ke neraka..
ana : terdiam shabat..
sahabat: lpstu2
ana : khalifah tersebut pergi la ke rumah tadi..
ana : macam biasa bgi salam..
sahabat : ok
ana : ketikat itu ibu tertidur..
ana : ibu bangun melayan seperti tetamu..
ana : tetapi kali ini khalifah tersebut masak untuk ibu dan anak2 ibu tersebut..
sahabat : lps tu
ana : sahabat yang setia bersama khalifah tersebut kagum dengan sikap yang ditunjukkan oleh khalifah tersebut..
sahabat : lps tu
ana : ketika makan siap ibu menggerakan anak2 ibu dan makan bersama..
ana : bersukur anak2 ibu tersebut..
ana : hebat kan..
sahabat : hbt2
ana : yang logiknya mana ada manusia yang tidak terlepas pandang melaikan meniru seperti kejasama yang di amal kan oleh semut2 tadi..
sahabat : hmmbtoi2
ana : habis..
ana : ada sok lan..
sahabat : hahaha
sahabat : tk
sahabat : suka dgr awk brcrita crita lgi
ana : tepat kul 12..
sahabat: haha

Jumaat, 9 September 2011

kiamat..

Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah s.a.w bersabda: “Tidak akan terjadi Kiamat sebelum harta kekayaan telah bertambah-tambah dan melimpah ruah; sehingga seorang lelaki pergi kemana-mana sambil membawa hartanya untuk dizakatkannya, tetapi dia tidak mendapatkan seorang jua pun yang bersedia / layak menerima zakatnya itu; dan sehingga tanah Arab menjadi subur makmur kembali dengan padang-padang rumput dan sungai-sungai.”

(H.R. Muslim)
copy paste by syahirul.com

kata - KATA..

diam tidak bermaksud kurang pengetahuan..
bercakap tidak bererti mengetahui..
bercakap lebih bayak keburukan daripada berdiam..
Contohilah Rasulullah beliau tidak bercakap berhawakan nafsu..
sebaliknya berdasarkan Al-quran..
sebaik kata-kata adalah kata-kata Rasulullah..
wallahualam..

Jumaat, 2 September 2011

wahai umat islam sekalian jgnlah kalian semua leka dgn perayaan aidilfitri ini..disbbkan kelekaan kalian smua dgn smbutan aidilfitri anda smua trlupa akn amal ibadat yg sering kalian lakukan seperti di bulan ramadan...cuba kalian igt kmbli beberapa hari sebelum umat islam mnymbut hari rya aidilfitri bumi kita di hujani dgn air hujan yg tk hnti...ttpi kkuasaan Allah yg maha besar pda hari rya langit bgitu crah cuaca sgt indah..tpi apakn dya mnusia bgitu leka dgn hari rya...(maaf klau slh)
copy paste by Nurul Hazwani Rashidi
Tidak kira sejahat mana org yg kita hadapi atau seburuk mana keadaan yg sedang kita alami,tetapi jgn sekali-kali korbankan ‘kebaikan’ diri kita.Biar kalah, tetapi jgn mengalah dengan kejahatan.Jgn ambil kejahatan menjadi ‘guru’ kita.Maksudnya, cubalah beri kebaikan walaupun sering dibalas dgn kejahatan.Tetapi sekiranya kita kecewa, dan mula membalas kejahatan itu dengan kejahatan yg sama atau yg melebihinya.. takziah, kerana pd waktu itu kejahatan telah menjadi guru dlm kehidupan kita...
copy paste by ibu Nora

HAL DI DUNIA..

hal paling berat didunia adalah memegang amanah
hal paling ringan didunia adalah meninggalkan sholat
hal paling jauh didunia adalah masa lalu
hal paling dekat didunia adalah mati
hal paling besar didunia adalah hawa nafsu
hal paling tajam didunia adalah lidah manusia
copy paste by Yunus Hairi

HARI RAYA..

Assalamualaikum..
raya thn ni lain diripada yang lain sebab thn ni ana dapat kakak ipar..
alhamdulillah.. kenduri akan berlansung tengah hari ini.. nikah sekali khawin mudah dan cepat.. tp jiran yang tidak sonok asyid gaduh ja.. gaduh sana gaduh sini macam mana nak harmoni..
bale ni bale.. ana sambil bzy dok wat keje.. macam masalah belaku..
sebelum kenduri waktu raya kedua dok main heli control.. best.. fuh.. sahabat yang dulunya kembali berbaik.. kini sahabt baik diganti semula.. tetapi lebih menguji iman haha.. sobar je la..

ni lah ana.. haha.. x stai sangat.. klu nak stai kena g kursus la mcm ni..


ni ayah tongot pa yang belaku kat luar.. mana latau rezeki waktu senja..




seronok tengot sampai x sedar orang tngkap gambar.. biasa la.. ini abang ana.. hmm.,.


angin kuat nak mendara pun susah.. maklum la baru lagi.. lagi pun ana pengang kamera jer..

haha.. malas arr rosak kang sapa nak ganti..


ni sepupu.. pilot dia ni.. x belagakk.. dia seronok tinggal di kampong.. maklum la rumah ana x seberapa.. ni ana jugak tangkap.. abis kaki masuk selot.. janji hasil menarik sudah..



ni gambar ni ana amik sendiri.. biasa la x sehebat korang.. ni tampa edit.. sebb ana malas.. haha.. bayak keje nak wat agi..




macam ni la orang kata lebih baik bawak heli betul dari heli control.. tp lagi best klu jatuh tidak la mati tp rosak je.. hmm.. puas gila nak kawal dia..



sekian sahaja ana minta maaf klu ada salah dan silap harap ampunkan.. sekian sahaja ana minta undur diri.. Assalamualaikum..

IMAN..

‎''IMAN itu bertambah dan berkurang.'' ia ditanya : ''bagaimana bertambah dan berkurangnya ?'' ia menjawab : ''bila kita berzikir kpd ALLAH, bertahmid dan takut kepada-Nya, maka saat itu iman bertambah.
Sebaliknya, tatkala kita melupakan ALLAH dan mengabaikan-Nya, maka saat itu iman kita berkurang.''
copy paste by Nurul Nabilah Md YusOf

Sabtu, 27 Ogos 2011

Pena Mujahid
Daripada Ibnu Umar r.a. berkata, sabda Rasulullah s.a.w, ”Sesungguhnya hati ini berkarat seperti mana berkaratnya besi apabila terkena air, seorang sahabat bertanya, “bagaimana menghapuskan karat tersebut’? Jawab Nabi s.a.w., banyakkan menyebut mati dan membaca al-Quran.
Dari sahabat Jabir bin Abdillah sesungguhnya Rasulullah bersabda: Sesungguhnya Aku melihat Lailatulqadar kemudian dilupakannya, Lailatulqdar turun pada 10 akhir (bulan Ramadhan) iaitu malam yang terang, tidak dingin dan tidak panas serta tidak turun hujan”. (HR. Ibnu Khuzaimah no.2190 dan Ibnu Hibban no.3688 dan disahihkan oleh keduanya).

copy paste by: Mawar Berduri
usah mengejar yang pasti kita akan dapat..
kejarlah yang pasti kita dapat..
kerana itulah matlamat yang satu..
jika ditaya umat yang derhaka itu juga jawapannya..
iaitu syurga..
pikirlah adakah itu sekadar mulut..
kalau tidak insya'allah ia akan menjadi milik kita..
insya'allah..

LQ..

‎"Barangsiapa ingin mencari lailatul qadar, hendaklah ia mencarinya pada malam kedua puluh tujuh" (HR. Ahmad, dishahihkan Al-Albani)
copy paste by : bersama dakwah

Antara doa Siti Aisyah isteri rasulullah: beliau mahukan sihat..
kerana jika sihat segalanya boleh lakukan..
tp hakikannya sekarang jika sihat lupa akan kekuasaannya..
jika x sihat bru terhegeh-hegeh teringatkan Allah..

hujan oh ujan..

Hujan turun sgt lebat..mengiringi detik2 pemergian Ramadhan..ramai jemaah terperangkap tak dpt keluar dr masjid..sungguh sayu..Terasa seolah2 masjid tidak mahu melepaskan tetamunya..Trbisik d hati seolah2 masjid merayu2.."Wahai tetamuku..walaupun Ramadhan hmpir brlalu..nmun jgnlah kamu meninggalkanku..krn slps ini Aku pasti merindui kamu..
copy paste by : IMAM MUDA Asyraf
Assalamualaikum..
saya ucapkan kepada semua sahabat saya..

"berkata benar walaupun perit"..
saya menyusun sepuluh jari miminta ampun..
sama ada dosa dua mata saya..
dan dosa tangan saya..
yang memengekalkan posisi jari saya untuk berpena..
Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin..
Semoga Ramadan kali ini bukannya bukan sekadar berpuasa..
tetapi sebagai mendan melawan hawa nafsu..
sekian..
..by kias pena..

Sabtu, 20 Ogos 2011

DOA KU YA ALLAH..

Ya Allah temukan (hamba mu) dengan malam yang disebut-sebut itu..
pada 10 malam terakhir yang semua umat islam menantikan itu..

Ya Allah kuatkan iman mereka..
agar mencari malam yang disebut Lailatul Qodar..

jangan kau lupakan doa hamba mu baru berubah..
agar hamba mu tetap dengan perubahannya itu..

jangan kau lupakan doa hamba mu yang peberontak..
agar kau matikannya dalam keadaan syahid..

jangan kau lupakan doa hamba mu yang berkuasa..
agar kau lahirkan Islam yang sebenar-benarnya..

jangan kau lupakan doa hamba mu yang jahil..
agar kau tunjukkan Nur..

jangan kau lupakan doa hamba mu yang kaya..
agar si kaya membantu si miskin..

jangan kau lupa doa hamba mu yang berpuasa..
agar hamba mu berasa syukur dengan kurnian mu..

jangan kau lupa doa hamba mu yang bersabar..
agar hamba mu tidak berputus asa..

jangan kau lupakan doa hamba mu yang ditindas..
agar hamba mu berasa soronok apabila mendegar syurga adalah miliknya..

jangan kau lupakan doa hamba mu yang terputus hubungan..
agar ukhwah yang terbina sekian lama erat semula..

Allah berfirman dalam Surah Al-Mu'min ayat 60 yang tafsirannya:

"Dan Tuhanmu berfirman: Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohanan kamu."

Aminnnnnnnnnnnnnn Ya Allah..

Jumaat, 19 Ogos 2011

PUASA TANPA SOLAT..

DALAM kehidupan ini, setiap apa yang kita laksanakan perlu dilakukan secara sempurna. Allah SWT dan rasul-Nya tidak suka kepada individu yang melakukan sesuatu kerja dengan tidak bersungguh-sungguh dan sambil lewa kerana ia tidak boleh mendatangkan hasil yang baik. Sesuatu kerja yang tidak lengkap dan sempurna pastinya mempunyai nilai yang rendah di mata masyarakat.

Sebagai manusia yang telah dikurniakan Allah dengan Islam, kita mestilah melaksanakan Islam dengan sempurna. Kegagalan berbuat demikian tentunya akan dianggap sebagai tidak menghargai pemberian nikmat beragama sebagai nikmat terbesar dan ternilai dalam kehidupan kita.

Islam seumpama sebuah rumah yang lengkap dan sempurna. Kita diperintahkan untuk membina rumah yang lengkap tersebut mengikut spesifikasi dan reka bentuk yang telah ditetapkan oleh Allah.

Islam yang tidak lengkap adalah seumpama sebuah rumah tanpa dinding atau bumbung. Walaupun ia adalah rumah, namun tidak dapat dimanfaatkan dek kerana belum sempurna. Bahkan, dengan ketidaksempurnaan itu, ia langsung tidak dapat diiktiraf sebagai rumah!

Dalam kerangka inilah, Allah memerintahkan hamba-hamba-Nya yang beriman supaya melaksanakan Islam secara keseluruhannya. Firman Allah yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata (al-Baqarah: 208).

Setiap kali datangnya bulan Ramadan, seringkali kita dipaparkan khabaran tentang tangkapan segelintir umat Islam yang tidak berpuasa.

Maka kita yang menyaksikannya menggeleng-gelengkan kepala tanda meluat, geram dan jijik dengan angkara tersebut.

Mungkin juga kita pelik dan hairan dengan sikap mereka yang mengaku beragama Islam, namun tidak mahu berpuasa.

Keingkaran melakukan fardu puasa ini seolah-olah berita sensasi yang menjadi rutin biasa bulan Ramadan.

Namun, kadang-kadang kita terfikir kenapa kita hanya mengkhususkan tindakan tersebut kepada puasa sahaja? Kenapa tidak kepada ibadah-ibadah yang lain seperti solat?

Dewasa ini terdapat segelintir orang Islam yang sanggup meninggalkan solat secara terbuka. Lihat sahaja mereka yang terus-menerus leka dengan berniaga walaupun jemaah di masjid sedang melakukan solat Jumaat.

Bahkan, yang menambahkan kehairanan kita ialah terdapatnya yang berpuasa di bulan Ramadan, tetapi tetap enggan melakukan solat atau sewenang-wenangnya meninggalkan solat ketika sibuk dengan urusan dunianya. Bukankah ini merupakan sebuah kepincangan dalam beragama?

Antara faktor suasana ini berlaku ialah disebabkan krisis kefahaman tentang kesyumulan Islam. Kedangkalan ilmu dalam diri ditambah pula dengan sikap ego serta sombong akhirnya menjadikan golongan ini tetap dalam keadaan serba-salah dalam kehidupan beragama.

Faktor yang lain ialah adanya tanggapan bahawa ibadah hanyalah tidak ubah seperti adat. Oleh kerana majoriti orang ramai di sekelilingnya berpuasa, maka dia juga berpuasa. Jika ramai yang berkunjung ke masjid atau surau untuk mendirikan solat hari raya, maka dia pun menyertai mereka, walaupun kakinya hanya menjejakkan kaki ke masjid atau surau tersebut di kala hari raya sahaja.

copy paste by:http://www.islamituindah.my/puasa-tanpa-solat

islamkah kita..?



Assalamualaikum wahai reader sekalian.

Salam 16 Ramadhan kepada semua umat Islam yang membaca blog ini… tadi.. masa terawih.. lepas je empat rakaat.. ada tazkirah ringkas.. lepas itu.. sambung semula lagi empat rakaat dan witir.. alhamdulillah.. malam nie.. atq dapat buat yang sunat dan yang wajib..

Tajuk tazkirah tadi adalah.. Islam kah kita.. semua yang sudah mengucapkan kalimah syahadah adalah islam.. kita mengaku bahawa Allah itu ada.. tapi adakah kita tahu apa dalil tentang kewujudan Allah.??
Ada kitab akidah mengatakan bahawa:

“Sesiapa yang tidak mengetahui dalil tentang kewujudan Allah, semasa matinya, dia tidak boleh ditanam di tanah perkuburan Islam”ini yang agak berat..

“Sesiapa yang tidak mengetahui dalil tentang kewujudan Allah, dia masih boleh ditanam di perkuburan islam, tetapi 24jam hidupnya berdosa” yang ini agak ringan sedikit

Sebagai contoh, jika ada seseorang bertanya “betul je Allah itu wujud sedangkan kita tidak dapat merasa, tidak dapat menyentuh, kita tidak dapat melihat Allah”.. jika seseorang itu akidahnya hanya senipis kulit bawang.. dia akan berpikir. “betul jugak apa yang ditanya oleh orang itu”…

Jawapannya senang sahaja “tak semua benda yang ada dimuka bumi ini kita dapat lihat, dapat sentuh dan dapat rasa”.. mudah bagi seseorang itu menjawab persoalan tersebut jika kita selalu menghadiri kelas-kelas agama..

Cuba kita renung-renungkan bersama.. kita di mana.. akidah kita bagaimana.. kalau ada dugaan yang boleh memurtadkan kita.. boleh tak kita menghadapinya tanpa kita sendiri masuk dalam golongan orang kafir.??? fikir-fikirkan lah…

Semoga kita tergolong dalam dolongan orang yang kuat akidahnya.. amin.. insyaAllah

copy paste by: http://www.islamituindah.my/islamkah-kita

Khamis, 18 Ogos 2011

disaat jiwa meronta..
kata iman "bersabarlah munkin ada hikmahnya"..
Allah sentiasa bersama hambanya yang bersabar..
sesungguhnya Allah menjadikan sesuatu bukanlah sia-sia..
tiada iman tiada islam..
tiada islam tiada adab..
tiada adab tiada sifat..
tiada sifat setanding rasulullah..
tiada kersempurnaan kecuali Al-quran
tiada jalan selurus islam..
tiada tempat seindah syurga..

Selasa, 16 Ogos 2011

DI SEBALIK BERPUASA..

Lagi Mengenai Puasa: Ini Satu Fashal Pada Menyatakan Rahsia Puasa Dan Menyatakan Segala Syaratnya Yang Bathin.
Artikel disalin dari :http://al-fanshuri.blogspot.com/

Di dalam kitab Sair as-Salikin oleh al-‘Allamah al-‘Arifbillah asy-Syeikh ‘Abdus Shomad al-Falimbani رحمه الله, pengarang menyebut:

فصل في أسرار الصوم وشروطه الباطن

Ini Satu Fashal Pada Menyatakan Rahsia Puasa Dan Menyatakan Segala Syaratnya Yang Bathin

Ketahui olehmu, hai orang yang menjalani jalan akhirat dan jalan kepada Allah Ta’ala, bahwa adalah bagi puasa itu 3 darjat:

Darjat Pertama - Puasa orang yang awwam yakni puasa kebanyakkan manusia yaitu menegahkan ia daripada makan dan minum dan jima’ [bersetubuh] dan menahan daripada segala yang membatalkan puasanya seperti yang tersebut pada fashal yang lalu

Darjat Kedua - Puasa orang yang khawwas iaitu puasa orang yang sholihin dan orang yang muttaqin iaitu menegahkan segala yang tersebut daripada yang pertama itu [seperti diatas] dan menegahkan pula akan segala anggotanya daripada berbuat ma’siat dan daripada berbuat yang sia-sia yang tiada memberi manfaat kepada akhirat dan hasil kesempunaan puasa mereka itu dengan 7 perkara:

(Pertama) memejamkan kedua matanya dan menegahkan keduanya itu daripada melihat kepada suatu yang mubah yang membimbangkan hatinya dari dhikruLlah Ta’ala dan daripada ingat kepada Allah. Sabda [Nabi] صلى الله عليه وآله وسلم:

النظر سهم مسموم من سهام إبليس لعنه الله، فمن تركه خوفا من الله آتاه الله إيمانا يجد حلاوته في قلبه – رواه الحاكم، صحيح (العراقي)

Ertinya: Melihat dengan syahwat itu iaitu satu panah yang dibubuh racun daripada beberapa panah iblis, maka barangsiapa meninggalkan melihat itu kerana takut akan Allah Ta’ala, nescaya memberi akan dia oleh Allah Ta’ala akan iman yang mendapat akan manis iman itu di dalam hatinya.

Dan lagi sabda Nabi صلى الله عليه وآله وسلم:

خمس يفطرن الصائم، الكذب، والغيبة، والنميمة واليمين الكاذبة والنظر بشهوة – رواه الأزدي، ضعيف (العراقي)

Ertinya: 5 perkara yang membatalkan (pahala) puasa: (pertama) berdusta; (kedua) mengumpat; (ketiga) mengadu-ngadu akan orang; (keempat) bersumpah dengan dusta; (kelima) melihat akan sesuatu dengan syahwatnya, yakni dengan ingin.

(Kedua) memelihara lidah:

daripada perkataan yang haram dan daripada perkataan yang sia-sia yang tiada memberi manfaat di dalam akhirat dan memeliharakan pula akan lidah daripada berdusta dan daripada mengumpat akan orang dan daripada mengadu-ngadu akan orang danmemelihara pula akan dia daripada segala perkataan yang keji-keji dan memelihara pula akan dia daripada berbantah-bantah dan berkelahi dengan orang dan memelihara daripada memaki orang. Dan sayogianya hendaklah orang yang puasa itu melazimkan diam dan masyghul [sibuk] ia dengan membanyakkan dhikrullah Ta’ala dan
membanyakkan membaca al-Quran.

Dan kata Mujahid رحمه الله تعالى خصلتان يفسدان الصيام الغيبة والكذ

Ertinya: 2 perkara membinasakan ia akan puasa: (pertama) mengumpat-umpat akan orang dan(dua) berdusta.

Dan sabda Nabi صلى الله عليه وآله وسلم:
إنما الصوم جنة، فإذا كان أحدكم صائما فلايرفث ولايجهل، وإن امرؤقاتله أو شاتمه فليقل إني صائم، إني صائم

Ertinya: Hanyasanya puasa itu perisai. Maka apabila ada seorang kamu puasa, maka jangan mengerjakan suatu yang sia-sia dan jangan berbuat akan perbuatan orang yang jahil. Dan jika ada seorang hendak membunuh akan dia atau memaki akan dia maka hendaklah ia berkata bahwasanya aku puasa, bahwasanya aku puasa. (Hadits Muttafaqun ‘alaih). Maka jangan dilawan akan orang itu.

(Ketiga) sayogia bagi orang yang puasa itu memeliharakan telinganya daripada mendengar perkataan yang haram dan perkataan yang makruh dan memeliharakan telinganya daripada mendengar perkataan yang sia-sia yang tiada memberi manfaat di dalam akhirat.

Dan sabda Nabi صلى الله عليه وآله وسلم:

المغتاب والمستمع شريكان في الإثم

Ertinya: Orang yang mengumpat akan orang dan orang yang mendengar akan dia itu bersekutu keduanya itu pada berdosa (Hadits riwayat ath-Thabrani, dhaif - al-‘Iraqi)

(Keempat) seyogianya bagi orang yang puasa itu memeliharakan tangannya dan kakinya daripada segala yang diharamkan dan segala makruh dan segala yang sia-sia, tiada memberi manfaat di dalam akhirat.

(Kelima) memeliharakan perut pada ketika waktu berbuka itu daripada memakan makanan yang haram atau memakan yang syubhat. Maka tiada faedah bagi puasa, iaitu meninggalkan daripada makan yang halal kemudian maka berbuka dengan makanan yang haram. Maka adalah misal orang yang puasa itu seperti misal orang yang berbuat mahligai pada hal ia merobohkan negeri kerana makanan yang halal itu memberi mudharat ia dengan memakan banyak akan dia dan tiada memberi mudharat ia dengan makan sedikitnya. Dan puasa itu mensedikitkan makan yang halal, iaitu ubat yang memberi manfaat bagi hati dan membanyakkan akan dia itu membinasakan akan hati dan memakan yang haram itu membinasakan agama. Sabda Nabi صلى الله عليه وآله وسلم:

كم صائم ليس له من صومه إلا الجوع والعطش

Ertinya: Beberapa daripada orang yang puasa padah al tiada baginya daripada puasanya itu melainkan lapar dan dahaga jua.

Maka kata ulama [dalam menjelaskan maksud hadits diatas] orang itu ialah orang yang berbuka dengan memakan yang haram. Dan kata setengah ulama, iaitu menahan daripada memakan yang halal dan berbuka dengan daging manusia dengan mengumpat-umpat akan orang dan mengumpat itu haram. Dan kata setengah ulama iaitu orang yang tiada memelihara akan segala anggota daripada yang haram yang membawa kepada dosa.

(Keenam) seyogianya bahwa jangan membanyakkan pada ketika berbuka itu dengan memakan yang halal sekira-kira memenuh perutnya, kerana sabda Nabi صلى الله عليه وآله وسلم:

ماملأابن آدم وعاء شرا من بطنه

Ertinya: Tiada memenuh oleh anak Adam akan suatu tempat yang terlebih jahat daripada memenuh perutnya dengan memakan yang halal.

Ini kerana maksud dengan puasa itu iaitu hendak mengurangkan makan supaya dhoif syahwat nafsunya dan syahwat syaitannya, maka jika dihimpunkan makanan yang pagi-pagi dan makanan yang petang-petang itu dengan sekali maka pada ketika berbuka puasa itu, maka tiada faedah puasanya itu. Jadi tiada manfaat puasanya itu melainkan dengan sedikit daripada memakan yang halal kerana mengurangkan makan itu meringankan tubuh pada berbuat ‘ibadat dan berbuat sembahyang tahajjud pada malam hari dan merajinkan mengerjakan wiridnya dan dhikirnya hingga terang hatinya.

(Ketujuh) sayogia bahwa adalah hatinya kemudian daripada berbuka itu berulang-ulang antara khauf dan raja’ yankni berulang-ulang antara takut akan Allah Ta’ala dan antara harap akan Allah Ta’ala kerana tiada diketahui adakah diterima akan puasanya itu, maka iaitu daripada orang yang muqarrabin atau ditolongkan akan puasa itu atasnya, maka iaitu daripada orang yang dimurkai Allah Ta’ala. Dan seyogianya ia menghadirkan yang demikian itu pada ketika kemudian daripada tiap-tiap ‘ibadat yang lain daripada puasa itu. والله أعلم

Darjah ketiga - Puasa orang khawwasul khawwas iaitu puasa orang yang muqarrabin yang ‘arifin iaitu menahan hati daripada mencita-citakan dunia dan memikirkan akan dia dan mengosongkan rahsia yang di dalam hati [sirr] daripada barang yang lain daripada Allah Ta’ala. Dan sentiasa hatinya itu syuhud kepada Allah Ta’ala dan batal puasanya itu dengan memikirkan barang yang lain daripada Allah Ta’ala dan yang lain lain daripada negeri akhirat. Demikian lagi batal puasa itu dengan memikir akan pekerjaan dunia, melainkan jika ada dunia itu membawa kepada manfaat akhiratdan jadi bekal baginya di dalam akhirat, maka iaitu tiada dinamakan dunia. Kerana inilah kata ulama ahlul bathin:

من تحركت همته بالتصرف في نهاره لتدبر ما يفطر عليه كتبت عليه خطيئة
Ertinya: Barangsiapa bergerak cita-citanya dengan berbuat di dalam harinya itu kerana membicarakan sesuatu yang akan dimakannya pada ketika berbukanya itu, nescaya disurat atasnya akan dosa.

Dan yang demikian itu kerana kurang percaya dengan anugerah Allah Ta’ala dan kemurahanNya pada memberi rezqi akan dia dan kurang yaqin ia dengan rezqinya yang dijanjikan oleh Allah Ta’ala.

Dan darjat puasa yang ketiga iaitu martabat anbiya’ dan orang-orang siddiqin dan orang-orang muqarrabin yang ‘arifin, kerana cita-cita hati mereka itu semata-mata berhadap kepada Allah Ta’ala dan berpaling hati mereka itu daripada segala yang lain daripada Allah Ta’ala dan telah masuk mereka itu di dalam makna firman Allah:

قُلِ ٱللَّهُ ثُمَّ ذَرْهُمْ فِي خَوْضِهِمْ يَلْعَبُونَ

Ertinya: Ucap olehmu akan Allah Ta’ala kemudian maka tinggalkan olehmu akan manusia di dalam pekerjaan mereka itu pada hal bermain-main mereka itu. (Surah al-An’am: 91)

[Petikan dari kitab Sair as-Salikin ila ‘Ibaadati Rabbil ‘Alamin, tahqiq al-Fadhil Ustaz Abu ‘Ali Ahmad Fahmi Zamzam al-Banjari an-Nadwi al-Maliki, edisi jawi, halaman 414 – 419]

Usahakanlah paling kurang puasa peringkat kedua. Semoga kita memperolehinya dengan rahmat dariNYA.

bersih hati bermula ramadan ini..

Mulianya seseorang tidak dilihat dari penampilan luarannya, melainkan dari hatinya. ‘‘Sesungguhnya, Allah tidak melihat rupa dan harta-harta kamu, tetapi melihat hati dan perbuatanmu.” (HR Muslim).

Dalam riwayat lain, Ali bin Abi Thalib r a menceritakan bahwa Rasulullah bersabda, ”Tiada satu hati pun kecuali memiliki awan seperti awan menutupi bulan. Walaupun bulan bercahaya, kerana hatinya ditutup oleh awan, ia menjadi gelap. Ketika awan itu berlalu, ia pun kembali bersinar.” (HR Bukhari dan Muslim).

Hadis ini memberikan gambaran yang sangat indah. Hati manusia sebenarnya bersih atau bersinar, namun kerap ditutupi oleh awan kemaksiatan hingga sinarnya menjadi tidak nampak. Oleh sebab itu, kita harus berusaha menghilangkan awan yang menutupi cahaya hati kita.

Bersempena dengan Ramadhan kali ini, marilah kita ambil peluang untuk membersihkan hati kita.

Bagaimana caranya?


Pertama, Muhasabah diri.

Muhasabah diri dalam bahasa Arab disebut muhasabatun nafsi, ertinya mengenalpasti apa sahaja penyakit hati kita. Semua orang akan tahu apa sebenarnya penyakit qalbu (hati) yang dideritanya itu.

”Hai, orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memerhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat) dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (QS Alhasyr [59]: 18).



Kedua, perbaiki diri atau bertaubat.

Ini merupakan tindakan lanjut dari muhasabah diri. ”Hai, orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang sebenar- benarnya. Mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapus kesalahan-kesalahanmu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai ….” (QS Attahrim [66]: 8).



Ketiga, Taddabur Al Quran.

Menelaah isi Al-Quran lalu menghayati dan mengamalkannya. ”Maka, apakah mereka tidak memerhatikan AlQuran ataukah hati mereka terkunci?” (QS Muhammad [47]: 24).



Keempat, menjaga kelangsungan amal soleh.

Amal soleh adalah setiap ucapan atau perbuatan yang dicintai dan diredhai Allah SWT. Amalan walaupun sedikit tetapi berterusan, adalah lebih disukai oleh Allah



Kelima, berzikir

Sentiasa mengisi waktu dengan berzikir. Mulut yang sentiasa basah dengan zikir kepada Allah. Rasulullah SAW telah bersabda: pada hari kiamat orang yang paling beruntung mendapat syafaatku ialah orang yang banyak membaca kalimah ‘Laailaha illallah’ dengan hatinya dan jiwanya iaitu dengan hati yang ikhlas.



Tuntunan Islam, jika dilaksanakan dengan sungguh-sungguh, akan menghadirkan hati yang tenteram, bersih, serta bersinar terang.

Ibnu Abbas r a menceritakan bahwa ketika menginap di rumah Rasulullah Sallallhu ‘alaihi Wasallam, ia pernah mendengar beliau mengucapkan doa berikut : ”Ya Allah, jadikanlah di dalam hatiku cahaya, di lidahku cahaya, di pendengaranku cahaya, di penglihatanku cahaya. Jadikan di belakangku cahaya, di hadapanku cahaya, dari atasku cahaya, dan dari bawahku cahaya. Ya Allah berikan kepadaku cahaya.” (HR Muslim).



Itu adalah perkara-perkara basic. Asas dalam menjaga kesihatan jiwa dan menghidupkan hati. Dalam apa jua peringkat umur, perkara-perkara inilah yang perlu diperhati. Semoga amalan ini berpanjangan, walaupun selepas bulan Ramadhan

http://akuislam.com/blog/renungan/hati-bersih/

sedekah..

Sabda Rasulullah SAW "Sedekah itu dapat menghapuskan dosa dan kesalahan sebagaimana air memadamkan api." Berapa banyakkah telah kita bersedekah sepanjang Ramadhan ini? Ingatlah mereka yg miskin & tidak berkemampuan... InsyaAllah dgn byk bersedekah, Ramadhan kali ini lebih bermakna & diri lebih tenang... Amiin.
(Ima Mohd)

dunia

hakikatnya dunia umpama kenderaan yang kekurangan minyak..
setiap ciptaan yang hidup akan mati umpama manusia..
semakin lama semakin tidak berupaya melakukan pekara yang kebiasaanya..
hari-harinya tidak sesekali berubah..
yang mampu mencipta hanyalah pencipta yang maha kuasa..
manusia mampu menanding manusia tetapi..
tidak ada yang dapat menandingi pencipta..
seharusnya kita bersyukur kepada pencipta yang maha kuasa..

10 Perkara Yang Mensia-siakan

Sufyan Ats-Tsauri, seorang ulama hadith yang terkemuka, menyatakan bahawa ada sepuluh hal yang termasuk dalam kategori sia-sia, iaitu:-

Lelaki atau wanita yang berdoa untuk dirinya sendiri tetapi tidak dimohonkan doa untuk ibu bapanya dan kaum Muslimin.
Orang yang sentiasa membaca Al Quran tetapi tidak membaca secara tertib sampai seratus ayat tiap-tiap hari.
Lelaki yang masuk ke dalam masjid, kemudian ia keluar kembali dari masjid itu tanpa mengerjakan solat tahiyatul masjid.
Orang yang melintasi tanah perkuburan tetapi tidak mengucapkan salam kepada penghuni kubur dan tidak mendoakan untuk keselamatan mereka.
Lelaki yang masuk pada hari Jumaat ke suatu kota, kemudian ia keluar lagi dari kota itu tanpa mengerjakan solat Jumaat berjama’ah.
Lelaki atau wanita yang tinggal di suatu lingkungan dengan seorang ulama, tapi dia tidak mempergunakan kesempatan itu untuk menambah ilmu pengetahuan.
Dua orang lelaki yang bersahabat tetapi mereka tidak saling menanyakan tentang keadaan masing-masing dan keluarganya.
Lelaki yang mengundang seseorang menjadi tetamunya tetapi tidak dipedulikan dan tidak dilayani tetamunya itu.
Pemuda yang menjadikan zaman mudanya berlalu begitu saja tanpa memanfaatkan waktu yang berharga itu untuk menuntut ilmu dan meningkatkan budi pekerti.
Orang yang tidak menyedari jiran tetangganya yang merintih kelaparan, sedangkan ia sendiri makan kekenyangan di dalam rumahnya.

(Amir)

Jumaat, 12 Ogos 2011

hati berbicara..

begitu mudah dia pergi tidak sesukar sebuah pertemuan..

ADAKAH HINA SEORANG HAMBA ALLAH APABILA MENDEKATI SEORANG HAMBA YANG LEMAH..
BUKAN NIAT UNTUK MENYAKITI TETAPI PIKIR-PIKIRKANLAH WAHAI SAHABAT..

bersangka baik itu perlu..
bukan mengharap tetapi sekadar bersahabat..
bukan semudah itu adakah itu permintaan ku..?

ku tau cinta ku tehadap kasihnya Allah tidak lah sehebat mu..
untuk mendapatkan cinta Allah kita perlukan ketakwaan kepada pencipta baru lah memburu impian iaitu seorang teman yang bernama isteri..

yang pahit bagi ku pengubat segala kedukaan..
yang termanis mendamai kan jiwa ku..

Jumaat, 5 Ogos 2011

SAHABAT..

SAHABAT - berbeza dengan kawan biasa..
sahabat biasanya insan yang penting dalam hidup kita..
yang sentiasa bersama dalam duka maupun suka..
tetapi bukan mudah mencari sahabat yang sejati..

SAHABAT - bukanlah bererti kita perlu meluangkan masa bersama-sama..
walau jarak yang jauh pun kita masih kekal bersahabat..
kerana ikatan persahabatan itu berada didalam hati..
walau jarak beribu batu sekali pun..
sahabat tetap sahabat..

Terlalu sukar untuk menjalani persahabatan kerana ia adalah pertautan hati dan bukannya pertautan fikiran..
kerana pertautan jiwa dan bukannya pertautan rasa..
0leh itu untuk mendapat sahabat yang baik..
bersahabatlah dengan hati kita terlebih dahulu..
daripada bersahabat dengan orang lain..
kenali lah dan fahami lah akan diri kita terlebih dahulu..
sentiasa jujur dengan diri sendiri..

Insya`Allah sahabat akan hadir mengenali dan memahami kita..

SAHABAT - adalah anugerah Allah untuk menjaga kita..
rasa hormat tidaklah selalu membawa kepada persahabatan..
jangan pernah menyesal untuk bertemu dengan orang lain..
TETAPI menyesal lah kalau orang itu menyesal bertemu dengan kita..!!!!!!!

RASUULULLAH S.A.W. ADA BERSABDA :-
"Apabila seseorang itu di kehendaki oleh Allah menjadi baik..maka Allah akan memberikan rezeki kepadanya berupa seorang kekasih (sahabat) yang soleh.. apabila ia lupa maka kekasih itu lah yang akan mengingatinya dan apabila ia ingat maka kekasih itu suka pula menolongnya."
Hadis riwayat : Abu Daud

(by:Ned Cenderawasih)

KEAJAIBAN SUJUD..

Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya. Dia amat kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran.

Dia adalah seorang Doktor Neurologi . Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan perubatan secara Islam dan dengan itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan “Perubatan Me...lalui Al-Qur’an” . Kajian perubatan melalui Al-Qur’an membuatkan ubat-ubatannya berteraskan apa yang terdapat di dalam Al-Qur’an.

Di antara kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (black seed) dan sebagainya. Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam, maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki oleh darah . Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal. Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya beliau mendapati Bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan Sembahyang!!!

Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk Beberapa sukatan yang tertentu sahaja. Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam…… Begitulah keagungan ciptaan Allah!!! tidak menunaikan sembahyang , akan otaknya tidak Akan dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal!!! Oleh yang demikian, kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganuti agama Islam ’sepenuhnya’ kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agama-Nya yang indah ini

Khamis, 4 Ogos 2011

Kulalui Ramadhan Kali ini..

kali ni saya sambut ramadhan dengan penuh kesabaran..
detik ku diuji ku ucapkan subaha'nallah..

inikah ujian..?

lalu ku berfikir disaat ku susah ku mencari mu..
disaat ku senang ku tinggalkan mu..
Ramadhan kali ini aku berlajar lebih bersabar..
Alhamdulillah..

di saat ku menanti berbuka dulunya bersik kedengaran..
kini kian menyepi..
adakah sepi mencari ku atau kalu saja inginkannya..
maha suci Allah..

segalanya ku serah kepada mu dengan hikmah..
ku redha dengan takdir mu..
ku tabah dengan ujian mu..
ku terima segala kelemahan ku..
bantulahku dalam mencari keredhaan mu..

jikaku tersasar dari nur hidayah mu majukanlah aku..
kejalan yang engkau kehendaki..

Ahad, 31 Julai 2011

KALAU DAHI TAK MENCECAH SEJADAH DI DUNIA..

Assalamualaikum semua,

sajak ini yang selalu kita dengar di radio ikim.fm. Hasil sajak ini cukup menyentuh jiwa. Oleh itu hayatilah sajak ini dan amalkanlah sebaik mungkin kerana kita tidak tahu bila diri kita akan dipanggil!

Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan!
Berwudhu’lah kamu sebelum kamu diwudhu’kan!
Bersolatlah kamu sebelum kamu disolatkan!
Tutuplah rambutmu sebelum rambutmu ditutupkan!
Dengan kain kafan yang serba putih!
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih….
Walaupun orang yang hadir itu merintih….

Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai….
Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah, Selawat dan doa….
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah

Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus….
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?
Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud….
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?

Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian….
Justeru ku menyeru sekelian Muslimin dan Muslimat….
Usunglah dirimu ke tikar Solat….
Sebelum kamu diusung ke liang lahad….
Menjadi makanan cacing dan mamahan ulat!

Iringilah dirimu ke masjid….
Sebelum kamu diiringi ke Pusara!
Tangisilah dosa-dosamu di dunia….
Kerana tangisan tidak berguna lagi di alam baqa’!

Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan!
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan.. ..
Dengan panggilan ‘Izrail yang menakutkan!
Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan!
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal….
Bukan yang pergi!

Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan!
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan!

Ingatlah di mana saja kamu berada….
Kamu tetap memijak bumi Tuhan!
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan!
Serta menikmati rezeki Tuhan!
Justeru bila Dia menyeru,….
Sambutlah seruan-Nya Sebelum Dia….
memanggilmu buat kali yang terakhirnya!
Ingatlah kamu dahulu hanya….
setitis air yang tidak bererti!

Lalu menjadi segumpal darah!
Lalu menjadi seketul daging!
Lalu daging itu membaluti tulang!
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti….

Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu….
Yang kalau jatuh ke tanah Ayam tak patuk itik tak sudu!
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu….
Yang lebih agung dari malaikat!

Lahirmu bukan untuk dunia….
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat!

Sambutlah seruan ‘Hayya ‘alas Solaah’….
Dengan penuh rela dan bersedia!
Sambutlah seruan ‘Hayya ‘alal Falaah’….
Jalan kemenangan akhirat dan dunia!

Ingatlah yang kekal ialah amal….
Menjadi bekal sepanjang jalan!
Menjadi teman di perjalanan.. ..
Guna kembali ke pangkuan Tuhan!

Pada hari itu tiada berguna….
Harta, tahta dan putera….
Isteri, kad kredit dan kereta….
Kondominium, saham dan niaga….
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia!!!

(Halim Hosnon)

Khamis, 28 Julai 2011

JOM PIKIR..

pada mulanya ku berbaring..
aktiviti harian ku menangis bila ku memerlukan..

kemudian kurasa tidak selesa lalu ku menendang angin..
kemudian ku makin bosan
...kemudian ku mula merangkak..
ku masih bosan..
kemudian ku cuba banggun..

namun setiap kali ku banggun ku terjatuh..
namun ku terus berusaha supaya stabilkan badan ku..
akhirnya ku berjaya bangkit dengan megahnya..
seterusnya ku bermula dari langkah pertama..
namun ku teruskan melangkah..
sekarang ku boleh berlari dan berlari..

sama-sama kita fikirkan di sebalik yang tersirat..!

Rabu, 27 Julai 2011

SELOKA RAMADHAN AL MUBARAK..

SELOKA RAMADHAN AL MUBARAK
♥♫♥ بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ ♥♫♥

...Sungguh indah sinar rembulan
Memancar lurus di kejauhan
PadaMu Tuhan kami mohonkan ampunan
Beri kami kesempatan menyambut Ramadan

Marhaban Ahlan wa Sahlan Ya Ramadhan 1432 H. Gema Ramadhan telah membahang, tanda kebesaran nyata Sang Khaliq dan patut mendapat bakti.
Jom istirahatkan diri dgn beribadah penuh iman, taqwa dan ikhlas.
Atas segala khilaf dan alpa, mohon dibuka pintu maaf, agar khusyu’ dan tawadhu’ dlm mengharap RidhoNYA.
MARHABAN YA RAMADHAN.

Tak ada kata seindah zikir
Tak ada bulan seindah Ramadhan
Izinkan kedua tangan bersimpuh maaf untuk lisan yg tak terjaga
janji yg terabaikan, hati yang sering berprasangka
sikap yang pernah menyakitkan.
Maaf lahir batin.

Dalam kesakitan teruji kesabaran
Dalam perjuangan teruji keikhlasan
Dalam ukhuwah teruji ketulusan
Dalam tawakkal teruji keyakinan
Hidup ini amat indah jika Allah menjadi tujuan
Selamat menunaikan ibadah Ramadhan

setitik tinta jadi noda,
setitik salah jadi dosa
bulan penuh berkah segera tiba
mari tekun ibadah di bulan puasa
marhaban ya ramadan,sambutlah dengan SENYUMAN.... :

Selasa, 26 Julai 2011

Dabbat al-Ard..

Dabbat al-Ard (Arab دابة الأرض‎) merupakan sebuah frasa yang bermaksud binatang buas (raksasa) yang muncul dari perut bumi. Dalam Islam binatang ini sebagai salah satu tanda sebelum datangnya Hari Penghakiman.

Binatang melata yang dikenali sebagai Dabbat al-ard ini akan keluar di kota Mekah di gunung Shafa[1], ia akan berbicara dengan kata-kata yang fasih dan jelas. Dabbat al-ard ini akan membawa tongkat Musa dan cincin Sulaiman.

Etimologi

Quote:
Dabbat ( دابة) dalam Bahasa Arab yang berarti “binatang” atau “binatang buas (raksasa)”, berasal dari kata debbe, yang bermaksud berjuang, perkataan ini sering digunakan untuk binatang dan serangga.[2] Sedangkan kalimat al-Ard (الأرض) berarti bumi. Namun maksud secara bahasa, Dabbat al-Ard memiliki maksud “Haiwan tanah” dalam bahasa Melayu.

Wujud

Quote:
Ibnu Jurayj mengatakan bahawa Ibnu Zubair menjabarkan binatang ini dengan rinci, "Kepalanya seperti kepala kerbau, matanya seperti mata khinzir, telinganya seperti telinga gajah, tanduknya seperti tanduk rusa jantan, lehernya seperti leher burung unta, dadanya seperti dada singa, warna kulitnya seperti warna kulit harimau, panggulnya seperti panggul kucing, ekornya seperti ekor biri-biri jantan dan kakinya seperti kaki unta. Diantara sepasang persendiannya sejarak 12 ukuran garis lurus.[3]

Tugas

Quote:
Ibnu Jurayj mengatakan bahawa Ibnu Zubair menjabarkan, "Ia akan membawa tongkat Musa dan memakai cincin Sulaiman. Tiada tersisa bagi orang beriman yang tersisa tanpa membuat tanda putih diwajahnya, sehingga bersinarlah wajahnya dan tiada yang tersisa bagi orang kafir tanpa membuat tanda hitam diwajahnya, sehingga hitam legam keseluruh wajahnya.
Ketika mereka sedang bertransaksi di pasar, mereka akan berkata, "Berapa harganya wahai orang beriman?" "Berapa harganya wahai orang kafir?"
Sehingga ketika salah seorang dari anggota keluarga duduk makan bersama, mereka akan mengetahui siapa yang beriman dan yang kafir.
Kemudian binatang itu berkata kepada orang beriman: "Wahai orang beriman, kalian akan berada diantara orang-orang penghuni Syurga." dan berkata kepada orang kafir: "Wahai orang kafir, kalian akan berada diantara orang-orang penghuni Neraka."[4] Sesuai dengan firman Allah dalam Surah An Naml: 82,
“ Dan apabila perkataan telah jatuh atas mereka, Kami keluarkan sejenis binatang melata dari bumi yang akan mengatakan kepada mereka, bahawa sesungguhnya manusia dahulu tidak yakin kepada ayat-ayat Kami.(An Naml: 82) ”

Abu Dawud at Tayalisi mencatat dari Abu Hurairah, Muhammad bersabda: "Binatang ini akan muncul dari perut bumi dan akan membawa tongkat Musa dan memakai cincin Sulaiman. Ia akan memukul hidung orang kafir dengan tongkat itu dan akan mengusap wajah orang beriman sehingga cerah dengan cincin itu. Sehingga mereka makan bersama, mereka akan saling mengenali orang yang beriman dan yang kafir."[5]

Juga kisah ini dicatat oleh Imam Ahmad dalam musnadnya, "Binatang itu akan memukul hidung orang kafir dengan cicin dan akan dan akan mebuat wajah orang beriman menjadi cerah dengan tongkat, sehingga ketika mereka makan bersama, mereka akan berkata satu sama lainnya, "Wahai orang beriman" dan "Wahai orang kafir".[6]

Beberapa hadis juga mencatat seperti berikut, apabila binatang ini memukulkan tongkatnya ke dahi orang yang beriman, maka akan tertulislah di dahi orang itu ‘Ini adalah orang yang beriman’. Apabila tongkat itu dipukul ke dahi orang yang kafir, maka akan tertulislah ‘Ini adalah orang kafir’.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Dabbat_al-Ard

Kisah Perbualan Antara Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w Dengan

Soalan Nabi s.a.w : "Siapa yang mencahayakan muka engkau?"
Jawab Iblis: "Orang yang berdosa, bersumpah bohong, saksi palsu, pemungkir janji."
...
Soalan Nabi s.a.w : "Apakah rahsia engkau kepada umatku?"
Jawab Iblis: "Jika seorang Islam pergi buang air besar serta Tidak membaca doa pelindung syaitan, maka hamba gosok-gosokkan Najisnya sendiri ke badannya tanpa dia sedari."

Soalan Nabi s.a.w : "Jika umatku bersatu dengan isterinya,bagaimana hal engkau?"
Jawab Iblis: "Jika Umat Tuan hendak bersetubuh dengan isterinya Serta
membaca doa pelindung syaitan, maka larilah hamba dari mereka. Jika tidak
hamba akan bersetubuh dahulu dengan isterinya, dan bercampurlah benih hamba
dengan benih isterinya.

Jika menjadi anak maka anak itu akan gemar kepada pekerjaan maksiat, malas
pada kebaikan, durhaka. Ini semua kerana kealpaan ibu bapanya sendiri.
Begitu juga jika mereka makan tanpa membaca Bismillah, hamba yang
dahulu makan daripadanya. Walaupun mereka makan, tiadalah rasa kenyang."

Soalan Nabi s.a.w : "Dengan jalan apa boleh menolak tipu daya engkau?"
Jawab Iblis: "Jika dia berbuat dosa, maka dia kembali bertaubat kepada
Allah, menangis kesal akan perbuatannya. Apabila marah segeralah mengambil
air sembahyang, maka padamlah marahnya."

Soalan Nabi s.a.w : "Siapakah orang yang paling engkau lebih suka?"
Jawab Iblis: "Lelaki dan perempuan yang tidak mencukur atau mencabut bulu
ketiak atau bulu ari-ari (bulu kemaluan) selama 40 hari. Di situ lah hamba mengecilkan diri,bersarang, bergantung, berbuai seperti pijat pada bulu itu."

Soalan Nabi s.a.w :"Hai Iblis!Siapa pula yang bersekutu dan bersekedudukan dengan engkau ?"
Jawab Iblis: "Iaitu apabila bertemu lelaki dengan perempuan muda, maka
hamba duduk pada leher perempuan-perempuan muda itu, hamba hiaskan mukanya
dengan jelingan dan senyuman yang menarik hati. Apabila dipandang
belakangnya maka terpandang lehernya yang halus dengan pinggang dan
punggung yang bergerak-gerak yang membangkitkan nafsu. Manakala di pandang depannya, hamba hiaskan dadanya dengan bergerak-gerak kedua kuntum yang melekat pada dadanya, lalu hamba panah pada jantung hati keduanya atau salah satu daripadanya hingga bergerak-gerak keinginan nafsu syahwatnya. Apabila orang tersebut tidak memelihara hatinya, nescaya tidak terpeliharalah farajnya (kemaluannya). Sesiapa yang tidak memelihara kemaluannya nescaya tiadalah terpelihara imannya".

Soalan Nabi s.a.w: "Hai Iblis ! Dimana tempat engkau diam ?"
Jawab Iblis: "Iaitu pada rumah-rumah berhala dan pada batu, Kayu dsb.Apabila mereka menyembah selain daripada Allah, maka hamba cenderungkan hati mereka supaya bertambah yakin pada perbuatan yang syirik. Berapa ramai umat tuan yang telah hamba pesongkan masuk ke rumah berhala Majusi dan Hindu itu menunjukkan bertapa nipisnya iman mereka".

Soalan Nabi s.a.w :"Hai Iblis ! Siapakah yang menyokong engkau ?"
Jawab Iblis: "Iaitu orang yang tidak bertaubat dan suka ketawa ketika berbuat dosa itu. Ya Nabi Allah ! Sesungguhnya telah hamba binasakan sekelian manusia dengan mengerjakan dosa daripada pelbagai maksiat, maka betapa sukanya hamba, tiba-tiba mereka itu mengucap La Illahillah dan istighfar maka binasalah hamba dengan sebab ucapannyanya itu".

"Lagi satu keuntungan yang besar kepada hamba ialah orang tua dan kanak-kanak yang bersiul itulah anak buah hamba, kerana pada masa hamba dibuang ke dunia hamba mengembara dengan bersiul-siul dan orang yang bersiul itu penghibur Iblis Syaitan".

Soalan Nabi s.a.w: "Hai Iblis ! Sekarang apakah kesudahan ikhtiar Engkau di atas umatku, kerana Aku telah dibangkitkan ke dunia ini bagi menyelamatkan sekelian bani Adam daripada kafir kepada iman, dari gelap-gelita kepada terang-benderang".
Jawab Iblis: "Maka Iblispun mengangkatkan kepalanya ke hadrat Allah katanya
: "Ya Rabbi, demi kemuliaan Engkau, sentiasalah hamba Akan berusaha dengan
bersungguh-sungguh untuk menarik sekelian Anak Adam kepada berbagai-bagai
jalan maksiat. Selama ada nyawa di Dalam batang tubuh mereka itu, hamba
jadikan pemuda-pemudi bercampur Berkenalan supaya senanglah hamba mencelah
di dalamnya"

Maka firman Allah SWT :

"Hai Malaun (yang dilaknat - Iblis)! Demi kebesaranKu dan ketinggianKu !Bahawa Aku sentiasa sedia Mengampuni dosa umat Muhammad selagi mereka itu meminta ampun kepada Ku".

Maka kata Iblis : "Ya Rasulullah ! Bahawasanya hamba sangat hairan melihat dua macam hal sekelian hamba Allah.

1.Mereka itu mengaku kasih kepada Allah padahal mereka itu taat kepada hamba dengan berbuat maksiat
2. Mereka sangat marah kepada hamba tetapi mereka itu mengikut hasutanku.

Maka datang firman Allah : "Hai Malaun ! Demi kemulaiaanKu dan kebesaranKu,
Aku anugerahkan atas umat Muhammad dua kebahagiaan;Kasih mereka kepadaKu, Aku jadikan kaffah (penebus dosa) bagi maksiat mereka kerana perdayaan mereka Marah mereka kepada engkau (IBLIS) Aku jadikan kaffah (penebus dosa) bagi maksiat mereka kepadaKu"

Setelah itu Rasulullah SAW pun menghalau Iblis. Iblis pergi dengan hati yang sangat dukacita kerana tipu dayanya telah diketahui oleh umat Muhammad SAW.

Ahad, 24 Julai 2011

INIKAH DUGAAN..

mulanya ku ciria..
pengahirnya ku derita..

setiap gerakku menjadi kesalahnan buat ku..
ku hanya mahukan sedikit teguran..
untuk ku memperbetulkan kesilapan yang telah ku lakukan..
bukan di sengajakan tetapi ku cuai dalam berbicara..

sememangnya tidak semudah itu untuk memaafkan ku..
bagi mu munkin ku menaruh harapan..
tetapi hakikatnya ku hanya mencari kawan yang dapat memahami ku..
inikah yang dinamakan dugaan..

walaupun mu jauh dimata..
namun ku mengharapkan sediki belas mu..
maafkan ku..

seandainya esok bukan milikku..
alangkah malangnya hidupku..
bukan niatku mengambil kesepantan atas kekurangan mu..
tetapi niat ku hanya mencari tempat yang sunyi supaya tiadak didengar orang..

sering kali ku berdoa..
"Ya Allah kekalkan bersahabatan ku dalam berkawan,
maafkan mereka jika meraka menghinaku, kuterima dengan kekurangku,
ku tabah dengan cabaran mu, seandainya kami tersasar,
dari landasan mu perpetulkan landasan kami dengan nur kurniaan mu,
tidak kisahlah secepat mana mu hendak memakburkan doa ku,
ku setia menanti, pastinya penantian saya keperitan"..

Jumaat, 22 Julai 2011

PMR 2010..

ASSALAMUALAIKUM..

SAHABAT KEHILANG MU KUJADIKAN MEMORI..

JASA MU KUJADIKAN SAKTI..

UKWAH MU KUJADIKAN IKATAN..

TAWA MU KUJADIKA HIBURAN..

SENYUM MU KUJADIKAN PENAWAR..

TANGIS MU KUJADIKAN MUSIBAH..

GURU KU DIJADIKAN TONGGAK..

KEJAYAAN MU KUJADIKAN PEMANGKIN KU..

PENGUBAT SEGALA RINDU..


(KATA-KATA IBU NORA)
Kau selalu setia disitu
Walau siapa yang bertandang
Walau apa gelora yang datang
Tidak membezakanku disisimu
Masih aku begitu dimatamu
Masih aku begitu dijiwamu
Masih aku begitu difikiranmu
Aku tetap aku dalam hidupmu
Tanpa jemu kau selalu menunggu
Tanpa bosan kau selalu melayan
Tanpa pernah marah dengan semua karenah
Disisimu kau tetap terima aku begitu

(Ibu Nora)

Mengubah Derita Menjadi Bahagia Mengubah Derita Menjadi Bahagia

By: M. Agus Syafii

Cobaan yang terberat dalam hidup adalah musibah yang datangnya bertubi-tubi. Tekanan hidup yang begitu teramat berat ada yang malah menjauh dari Allah, membuat hidupnya semakin menderita, jatuh sakit dan terpuruk namun juga banyak malah, mendekatkan diri kepada Allah yang membuat segala musibah dan masalah, mengubah derita menjadi bahagia. Itulah yang dialami seorang bapak ketika yang memiliki usahanya yang bergerak rental mobil sedang mengalami seret bahkan nyaris tidak ada pemasukan, padahal cicilan modal usahanya harus dibayar setiap bulan, malah dikejutkan salah satu mobilnya hilang. 'Astaghfirullah' ucapnya lirih. Rasanya bagaimana bagai dihempas gelombang yang menghantam, membuatnya antara percaya dan tidak percaya sampai tertegun.

Ditengah kebingungannya, tiba-tiba dokter bilang istrinnya harus melahirkan melalui operasi caesar karena tubuh istrinya yang mungil panggulnya dianggap tidak cukup memadai untuk melahirkan secara normal. Kepahitan hidup yang bertubi-tubi yang dihadapinya mencoba instropeksi diri, beliau menyadari sejak lama sudah lama meninggalkan kewajibannya, shodaqohpun tidak pernah dilakukan, menjalankan sholat lima waktu aja hampir tidak pernah dikerjakan, 'hidup kita aja sudah susah, banyak hutang. buat apa shodaqoh?' begitulah katanya setiap kali bila diingatkan istrinya untuk bershodaqoh akibatnya dengan kejadian pahit ini membuat hidupnya menjadi terasa hampa.

Melihat kepanikan dirinya, sang istri menenangkan hatinya agar lebih mendekatkan diri kepada Allah. 'Mungkin juga karena bapak tidak pernah shodaqoh maka Allah menimpakan musibah bertubi-tubi pada keluarga kita.' Ucapan sang istri membuatnya tersentak, 'Iya, musibah ini semua karena aku jauh dari Allah, kufur nikmat, tidak pernah shodaqoh.' tuturnya, air matanya mengalir tanpa terasa, banyak hal anugerah Allah yang dilimpahkan pada dirinya tidak pernah disyukurinya. Tersadar akan hal itulah yang membuat beliau datang ke Rumah Amalia untuk bershodaqoh agar Allah berkenan mengampuni dosa-dosanya dan menjauhkan keluarganya dari segala musibah dan bencana.

Alhamdulillah, ketika persalinan tiba waktunya, istri melahirkan dengan normal tanpa harus operasi caesar, setelah terasa mulas beberapa menit kemudian bayinya lahir dengan selamat, sehat dan normal. Sejak itulah kehidupan rumah tangga lebih mendekatkan diri kepada Allah, banyak keberkahan yang dialaminya. Kemudahan dalam menjalankan usaha rental mobilnya dan keuntungan dari hasil disisihkan untuk shodaqoh. Bahkan tidak segan-segan mobil rentalnya digunakan untuk mengantar tetangga yang sedang sakit tanpa dipungut biaya sepeserpun. Kehidupan keluarga dirasakan lebih indah. Keberkahan demi keberkahan kerap dirasakan. Selain membuat usaha rental mobil bertambah maju, menyelamatkan istri dari operasi caesar, menyehatkan hati, juga tidak kalah penting adalah kebahagiaan bagi keluarganya.

"Musibah yang menimpa seseorang pada keluarga, harta, jiwa, anak dan tetangganya bisa dihilangkan dengan puasa, sholat, sedekah dan amar ma'ruf nahi mungkar." (HR. Bukhari & Muslim).

Wassalam,
M. Agus Syafii
--
Yuk, raih keberkahan ramadhan hadir pada kegiatan 'Berkah Ramadhan Bersama Amalia' (BELIA) jam 4 s.d 6 sore, Ahad, 14 Agustus 2011. Bila berkenan berpartisipasi buku2, baju layak pakai, peralatan sekolah, peralatan sholat, konsumsi berbuka. Kirimkan ke Rumah Amalia. Jl. Subagyo IV blok ii, no. 24 Komplek Peruri, Ciledug. Tangerang 15151. Dukungan & partisipasi anda sangat berarti bagi kami. Info: agussyafii@yahoo.com atau SMS 087 8777 12 431..

Sabtu, 16 Julai 2011

Malam Nisfu Sya‘ban Malam Pengampunan..

Antara petikan dari blog Ustaz Rahim :

Hadis yang boleh dipegang dalam masalah Nisfu Syaaban ialah:

“Allah melihat kepada hamba-hamba-Nya pada malam Nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hamba-Nya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci).” [Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain].

Adapun amalan membaca Yasin sebanyak 3x pada malam tersebut sebenarnya adalah TIDAK WARID ( tiada sandaran ) dari Al Quran dan Hadis Rasulullah SAW. Namun…tidak salah kita nak membaca Yasin pada malam tersebut.Yang salahnya ialah kefahaman sebahagian orang melayu yang meletakkan kepercayaan bahawa MESTI BACA YASIN 3x. Itulah yang salah.

Berikut ada kitaran semula entri Nisfu Syaaban aku yang lepas :

Dari Abu Hurairah r.a : Nabi saw bersabda :

“Telah datang kepadaku Jibrail pada malam nisfu Syaaban dan dia berkata :“Ya Muhammad, pada malam ini pintu-pintu langit dan pintu-pintulah rahmat dibuka. Maka berdirilah dan kerjakan solat lalu angkatlah kedua tanganmu ke langit”. Kata saya : Hai Jibrail, apakah erti malam ini?” Dia menjawab : “Pada malam ini telah dibuka 300 pintu rahmat, maka Allah swt mengampuni orang-orang yang tidak mensyerikatkan Allah dengan sesuatupun, kecuali para ahli sihir, dukun, orang yang suka bermusuhan, peminum khamar, orang yang berbuat zina, pemakan riba, orang yang derhaka kepada kedua orang tua, orang yang suka mengadu domba dan orang yang memutuskan tali persaudaraan, maka sesungguhnya mereka itu tidak akan diampuni sehingga mereka bertaubat dan tidak mengulangi.”
(Zubdathul Wa’izhin)

Diriwayatkan, bahawa Nabi saw bersabda : “Barangsiapa berpuasa tiga dari permulaan Syaaban dan tiga hari di pertengahan Syaaban dan tiga hari di akhir Syaaban, maka Allah swt mencatat untuknya, pahala seperti pahala 70 Nabi, dan seperti orang-orang yang beribadah kepada Allah swt selama 70 tahun dan apabila dia mati di tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid.”

Nabi saw bersabda : “Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah dan berbuat ketaatan kepada-Nya serta menahan diri dari segala perbuatan maksiat, maka Allah swt mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam satu tahun itu dari segala macam bencana dan dari macam-macam penyakit.”

Petikan dari buku Duratun Nasihin tulisan Usman AlKhaibawi.

Jadi mari sama-sama kita ikut nasihat Ustaz Rahim : marilah kita mengambil kesempatan kelebihan bulan Syaaban khususnya pada malam tersebut untuk membanyakkan amalan. Bertahajjud,membaca Al Quran,berzikir,memberi sedekah dan sebagainya.Sebenarnya kita digalakkan berdoa apa sahaja pada perkara-perkara yang baik pada malam tersebut.

Kelebihan Malam Nisfu Sya‘ban itu telah disebutkan di dalam hadis sahih daripada Mu‘az bin Jabal r.a Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :

“Allah menjenguk datang kepada semua makhluk-Nya di Malam Nisfu Sya‘ban, maka diampunkan dosa sekalian makhlu-kNya kecuali orang yang menyekutukan Allah atau orang yang bermusuhan.” (H.R Ibnu Majah, at-Thabaroni dan Ibnu Hibban)

Pada malam Nisfu Sya‘ban juga, adalah di antara malam-malam yang dikabulkan doa. Menyedut pendapat Imam asy-Syafi‘e dalam kitabnya al-Umm telah berkata:

“Telah sampai pada kami bahawa dikatakan: sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu: pada malam Jumaat, malam Hari Raya Adha, malam Hari Raya ‘Aidil fitri, malam pertama di bulan Rejab dan malam nisfu Sya‘ban.”

Dalam sebuah hadith Rasulullah SAW bersabda :

”Keutamaan bulan Syaaban di atas semua bulan itu, seperti keutamaan aku di atas semua Nabi dan keutamaan bulan Ramadhan itu di atas semua bulan ibarat keutamaan Allah SWT di atas semua hamba-Nya.” Bulan Syaaban adalah bulan Rasulullah dan bagi kita umatnya berbagai ganjaran yang disediakan untuk setiap amalan bagi persediaan menghadap bulan Ramadhan.

Salah satu amalan yang paling mudah yang perlu kita amalkan sepanjang bulan Syaaban adalah berdasarkan Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik : “Sesungguhnya Allah SWT telah menciptakan laut dari sinar di bawah Arasy, lalu menciptakan satu Malaikat yang mempunyai dua sayap, satu sayapnya di timur dan sayapnya yang lain di barat, sedang kepalanya di bawah Arasy dan kedua kakinya di bawah lapis bumi ke tujuh. Apabila seseorang hambanya membaca selawat untukku di bulan Syaaban maka Allah SWT menyuruh Malaikat itu, supaya menyelam di air “Hidup”. Malaikat itupun menyelam, kemudian keluar dari dalam air serta mengibas-ngibaskan kedua sayapnya, sehingga bertitisanlah air dari bulu-bulu yang sangat banyak sekali. Maka Allah SWT menciptakan dari tiap-tiap titis air itu, satu Malaikat yang memohonkan ampunan bagi orang yang membaca selawat, sampai hari Kiamat.”

Kedua hadith di atas petikan dari buku Duratun Nasihin Mutiara Mubaligh.

Mengikut petikan di buku Duratun Nasihin Mutiara Mubaligh tulisan Usman AlKhaibawi alih bahasa oleh Dr. Syamsudin Manap solat sunat Nisfu Syaaban antara yang dilarang diamalkan pada malam Nisfu Syaaban :

Demikianlah anggapan perbuatan sunat di malam itu dengan mengerjakan solat berjemaah adalah bid’ah yang buruk dan wajib ditentang. Kerana ahli Fikah telah sepakat akan makruhnya solat sunat berjemaah selain solat Terawih, Istisqo’, Khusuf (Gerhana), dari pendapat Imam yang empat selainnya di luar pendapat mereka. Dan solat yang dikerjakan dengan berjemaah yang banyak pada malam itu kemudian dinamakan solat Bara’ah, juga hukumnya bida’ah, kerana tidak pernah ada di masa sahabat dan tidak pula ada pada masa Tabi’in.

Maka sebaiknya untuk orang yang lemah, supaya menghindari perbuatan yang mungkar ini, dengan tidak mendatangi jemaah di malam pertengahan bulan Syaaban, cukup mencukupkan solat di rumah sahaja, kalaulah tidak didapatkan Masjid yang terhindar dari perbuatan bida’ah tersebut, kerana solat berjemaah di Masjid itu hukumnya pun sunat dan wajib untuk solat fardu.

Ramai Ulama yang tidak melarang untuk memperbanyakan solat sunat seperti solat sunat taubat, tahjud dan istiqarah di rumah sebagaimana yang telah diamalkan pada malam-malam yang lain tetapi tidak solat sunat Nisfu Syaaban. Selain itu melebihkan bacaan Al Quran, Dzikir dan banyak berdoa bagi mendekatkan diri kepada Allah SWT kerana pintu rahmat dibuka luas pada malam Nisfu Syaaban.

KU PETIK DARI:
http://denaihati.com/