Saya

Foto saya
SEMOGA SEDIKIT SEBANYAK DAPAT KITA JADIKAN ILMU WALAUPUN HANYA SEDIKIT.. KATA SEORANG ULAMAK "SEMAKIN KITA MENDALAMI ILMU SEMAKIN KITA TAHU YANG KITA SEBELUM INI ADALAH BODOH..

Sabtu, 27 Ogos 2011

Pena Mujahid
Daripada Ibnu Umar r.a. berkata, sabda Rasulullah s.a.w, ”Sesungguhnya hati ini berkarat seperti mana berkaratnya besi apabila terkena air, seorang sahabat bertanya, “bagaimana menghapuskan karat tersebut’? Jawab Nabi s.a.w., banyakkan menyebut mati dan membaca al-Quran.
Dari sahabat Jabir bin Abdillah sesungguhnya Rasulullah bersabda: Sesungguhnya Aku melihat Lailatulqadar kemudian dilupakannya, Lailatulqdar turun pada 10 akhir (bulan Ramadhan) iaitu malam yang terang, tidak dingin dan tidak panas serta tidak turun hujan”. (HR. Ibnu Khuzaimah no.2190 dan Ibnu Hibban no.3688 dan disahihkan oleh keduanya).

copy paste by: Mawar Berduri
usah mengejar yang pasti kita akan dapat..
kejarlah yang pasti kita dapat..
kerana itulah matlamat yang satu..
jika ditaya umat yang derhaka itu juga jawapannya..
iaitu syurga..
pikirlah adakah itu sekadar mulut..
kalau tidak insya'allah ia akan menjadi milik kita..
insya'allah..

LQ..

‎"Barangsiapa ingin mencari lailatul qadar, hendaklah ia mencarinya pada malam kedua puluh tujuh" (HR. Ahmad, dishahihkan Al-Albani)
copy paste by : bersama dakwah

Antara doa Siti Aisyah isteri rasulullah: beliau mahukan sihat..
kerana jika sihat segalanya boleh lakukan..
tp hakikannya sekarang jika sihat lupa akan kekuasaannya..
jika x sihat bru terhegeh-hegeh teringatkan Allah..

hujan oh ujan..

Hujan turun sgt lebat..mengiringi detik2 pemergian Ramadhan..ramai jemaah terperangkap tak dpt keluar dr masjid..sungguh sayu..Terasa seolah2 masjid tidak mahu melepaskan tetamunya..Trbisik d hati seolah2 masjid merayu2.."Wahai tetamuku..walaupun Ramadhan hmpir brlalu..nmun jgnlah kamu meninggalkanku..krn slps ini Aku pasti merindui kamu..
copy paste by : IMAM MUDA Asyraf
Assalamualaikum..
saya ucapkan kepada semua sahabat saya..

"berkata benar walaupun perit"..
saya menyusun sepuluh jari miminta ampun..
sama ada dosa dua mata saya..
dan dosa tangan saya..
yang memengekalkan posisi jari saya untuk berpena..
Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin..
Semoga Ramadan kali ini bukannya bukan sekadar berpuasa..
tetapi sebagai mendan melawan hawa nafsu..
sekian..
..by kias pena..

Sabtu, 20 Ogos 2011

DOA KU YA ALLAH..

Ya Allah temukan (hamba mu) dengan malam yang disebut-sebut itu..
pada 10 malam terakhir yang semua umat islam menantikan itu..

Ya Allah kuatkan iman mereka..
agar mencari malam yang disebut Lailatul Qodar..

jangan kau lupakan doa hamba mu baru berubah..
agar hamba mu tetap dengan perubahannya itu..

jangan kau lupakan doa hamba mu yang peberontak..
agar kau matikannya dalam keadaan syahid..

jangan kau lupakan doa hamba mu yang berkuasa..
agar kau lahirkan Islam yang sebenar-benarnya..

jangan kau lupakan doa hamba mu yang jahil..
agar kau tunjukkan Nur..

jangan kau lupakan doa hamba mu yang kaya..
agar si kaya membantu si miskin..

jangan kau lupa doa hamba mu yang berpuasa..
agar hamba mu berasa syukur dengan kurnian mu..

jangan kau lupa doa hamba mu yang bersabar..
agar hamba mu tidak berputus asa..

jangan kau lupakan doa hamba mu yang ditindas..
agar hamba mu berasa soronok apabila mendegar syurga adalah miliknya..

jangan kau lupakan doa hamba mu yang terputus hubungan..
agar ukhwah yang terbina sekian lama erat semula..

Allah berfirman dalam Surah Al-Mu'min ayat 60 yang tafsirannya:

"Dan Tuhanmu berfirman: Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohanan kamu."

Aminnnnnnnnnnnnnn Ya Allah..

Jumaat, 19 Ogos 2011

PUASA TANPA SOLAT..

DALAM kehidupan ini, setiap apa yang kita laksanakan perlu dilakukan secara sempurna. Allah SWT dan rasul-Nya tidak suka kepada individu yang melakukan sesuatu kerja dengan tidak bersungguh-sungguh dan sambil lewa kerana ia tidak boleh mendatangkan hasil yang baik. Sesuatu kerja yang tidak lengkap dan sempurna pastinya mempunyai nilai yang rendah di mata masyarakat.

Sebagai manusia yang telah dikurniakan Allah dengan Islam, kita mestilah melaksanakan Islam dengan sempurna. Kegagalan berbuat demikian tentunya akan dianggap sebagai tidak menghargai pemberian nikmat beragama sebagai nikmat terbesar dan ternilai dalam kehidupan kita.

Islam seumpama sebuah rumah yang lengkap dan sempurna. Kita diperintahkan untuk membina rumah yang lengkap tersebut mengikut spesifikasi dan reka bentuk yang telah ditetapkan oleh Allah.

Islam yang tidak lengkap adalah seumpama sebuah rumah tanpa dinding atau bumbung. Walaupun ia adalah rumah, namun tidak dapat dimanfaatkan dek kerana belum sempurna. Bahkan, dengan ketidaksempurnaan itu, ia langsung tidak dapat diiktiraf sebagai rumah!

Dalam kerangka inilah, Allah memerintahkan hamba-hamba-Nya yang beriman supaya melaksanakan Islam secara keseluruhannya. Firman Allah yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata (al-Baqarah: 208).

Setiap kali datangnya bulan Ramadan, seringkali kita dipaparkan khabaran tentang tangkapan segelintir umat Islam yang tidak berpuasa.

Maka kita yang menyaksikannya menggeleng-gelengkan kepala tanda meluat, geram dan jijik dengan angkara tersebut.

Mungkin juga kita pelik dan hairan dengan sikap mereka yang mengaku beragama Islam, namun tidak mahu berpuasa.

Keingkaran melakukan fardu puasa ini seolah-olah berita sensasi yang menjadi rutin biasa bulan Ramadan.

Namun, kadang-kadang kita terfikir kenapa kita hanya mengkhususkan tindakan tersebut kepada puasa sahaja? Kenapa tidak kepada ibadah-ibadah yang lain seperti solat?

Dewasa ini terdapat segelintir orang Islam yang sanggup meninggalkan solat secara terbuka. Lihat sahaja mereka yang terus-menerus leka dengan berniaga walaupun jemaah di masjid sedang melakukan solat Jumaat.

Bahkan, yang menambahkan kehairanan kita ialah terdapatnya yang berpuasa di bulan Ramadan, tetapi tetap enggan melakukan solat atau sewenang-wenangnya meninggalkan solat ketika sibuk dengan urusan dunianya. Bukankah ini merupakan sebuah kepincangan dalam beragama?

Antara faktor suasana ini berlaku ialah disebabkan krisis kefahaman tentang kesyumulan Islam. Kedangkalan ilmu dalam diri ditambah pula dengan sikap ego serta sombong akhirnya menjadikan golongan ini tetap dalam keadaan serba-salah dalam kehidupan beragama.

Faktor yang lain ialah adanya tanggapan bahawa ibadah hanyalah tidak ubah seperti adat. Oleh kerana majoriti orang ramai di sekelilingnya berpuasa, maka dia juga berpuasa. Jika ramai yang berkunjung ke masjid atau surau untuk mendirikan solat hari raya, maka dia pun menyertai mereka, walaupun kakinya hanya menjejakkan kaki ke masjid atau surau tersebut di kala hari raya sahaja.

copy paste by:http://www.islamituindah.my/puasa-tanpa-solat

islamkah kita..?



Assalamualaikum wahai reader sekalian.

Salam 16 Ramadhan kepada semua umat Islam yang membaca blog ini… tadi.. masa terawih.. lepas je empat rakaat.. ada tazkirah ringkas.. lepas itu.. sambung semula lagi empat rakaat dan witir.. alhamdulillah.. malam nie.. atq dapat buat yang sunat dan yang wajib..

Tajuk tazkirah tadi adalah.. Islam kah kita.. semua yang sudah mengucapkan kalimah syahadah adalah islam.. kita mengaku bahawa Allah itu ada.. tapi adakah kita tahu apa dalil tentang kewujudan Allah.??
Ada kitab akidah mengatakan bahawa:

“Sesiapa yang tidak mengetahui dalil tentang kewujudan Allah, semasa matinya, dia tidak boleh ditanam di tanah perkuburan Islam”ini yang agak berat..

“Sesiapa yang tidak mengetahui dalil tentang kewujudan Allah, dia masih boleh ditanam di perkuburan islam, tetapi 24jam hidupnya berdosa” yang ini agak ringan sedikit

Sebagai contoh, jika ada seseorang bertanya “betul je Allah itu wujud sedangkan kita tidak dapat merasa, tidak dapat menyentuh, kita tidak dapat melihat Allah”.. jika seseorang itu akidahnya hanya senipis kulit bawang.. dia akan berpikir. “betul jugak apa yang ditanya oleh orang itu”…

Jawapannya senang sahaja “tak semua benda yang ada dimuka bumi ini kita dapat lihat, dapat sentuh dan dapat rasa”.. mudah bagi seseorang itu menjawab persoalan tersebut jika kita selalu menghadiri kelas-kelas agama..

Cuba kita renung-renungkan bersama.. kita di mana.. akidah kita bagaimana.. kalau ada dugaan yang boleh memurtadkan kita.. boleh tak kita menghadapinya tanpa kita sendiri masuk dalam golongan orang kafir.??? fikir-fikirkan lah…

Semoga kita tergolong dalam dolongan orang yang kuat akidahnya.. amin.. insyaAllah

copy paste by: http://www.islamituindah.my/islamkah-kita

Khamis, 18 Ogos 2011

disaat jiwa meronta..
kata iman "bersabarlah munkin ada hikmahnya"..
Allah sentiasa bersama hambanya yang bersabar..
sesungguhnya Allah menjadikan sesuatu bukanlah sia-sia..
tiada iman tiada islam..
tiada islam tiada adab..
tiada adab tiada sifat..
tiada sifat setanding rasulullah..
tiada kersempurnaan kecuali Al-quran
tiada jalan selurus islam..
tiada tempat seindah syurga..

Selasa, 16 Ogos 2011

DI SEBALIK BERPUASA..

Lagi Mengenai Puasa: Ini Satu Fashal Pada Menyatakan Rahsia Puasa Dan Menyatakan Segala Syaratnya Yang Bathin.
Artikel disalin dari :http://al-fanshuri.blogspot.com/

Di dalam kitab Sair as-Salikin oleh al-‘Allamah al-‘Arifbillah asy-Syeikh ‘Abdus Shomad al-Falimbani رحمه الله, pengarang menyebut:

فصل في أسرار الصوم وشروطه الباطن

Ini Satu Fashal Pada Menyatakan Rahsia Puasa Dan Menyatakan Segala Syaratnya Yang Bathin

Ketahui olehmu, hai orang yang menjalani jalan akhirat dan jalan kepada Allah Ta’ala, bahwa adalah bagi puasa itu 3 darjat:

Darjat Pertama - Puasa orang yang awwam yakni puasa kebanyakkan manusia yaitu menegahkan ia daripada makan dan minum dan jima’ [bersetubuh] dan menahan daripada segala yang membatalkan puasanya seperti yang tersebut pada fashal yang lalu

Darjat Kedua - Puasa orang yang khawwas iaitu puasa orang yang sholihin dan orang yang muttaqin iaitu menegahkan segala yang tersebut daripada yang pertama itu [seperti diatas] dan menegahkan pula akan segala anggotanya daripada berbuat ma’siat dan daripada berbuat yang sia-sia yang tiada memberi manfaat kepada akhirat dan hasil kesempunaan puasa mereka itu dengan 7 perkara:

(Pertama) memejamkan kedua matanya dan menegahkan keduanya itu daripada melihat kepada suatu yang mubah yang membimbangkan hatinya dari dhikruLlah Ta’ala dan daripada ingat kepada Allah. Sabda [Nabi] صلى الله عليه وآله وسلم:

النظر سهم مسموم من سهام إبليس لعنه الله، فمن تركه خوفا من الله آتاه الله إيمانا يجد حلاوته في قلبه – رواه الحاكم، صحيح (العراقي)

Ertinya: Melihat dengan syahwat itu iaitu satu panah yang dibubuh racun daripada beberapa panah iblis, maka barangsiapa meninggalkan melihat itu kerana takut akan Allah Ta’ala, nescaya memberi akan dia oleh Allah Ta’ala akan iman yang mendapat akan manis iman itu di dalam hatinya.

Dan lagi sabda Nabi صلى الله عليه وآله وسلم:

خمس يفطرن الصائم، الكذب، والغيبة، والنميمة واليمين الكاذبة والنظر بشهوة – رواه الأزدي، ضعيف (العراقي)

Ertinya: 5 perkara yang membatalkan (pahala) puasa: (pertama) berdusta; (kedua) mengumpat; (ketiga) mengadu-ngadu akan orang; (keempat) bersumpah dengan dusta; (kelima) melihat akan sesuatu dengan syahwatnya, yakni dengan ingin.

(Kedua) memelihara lidah:

daripada perkataan yang haram dan daripada perkataan yang sia-sia yang tiada memberi manfaat di dalam akhirat dan memeliharakan pula akan lidah daripada berdusta dan daripada mengumpat akan orang dan daripada mengadu-ngadu akan orang danmemelihara pula akan dia daripada segala perkataan yang keji-keji dan memelihara pula akan dia daripada berbantah-bantah dan berkelahi dengan orang dan memelihara daripada memaki orang. Dan sayogianya hendaklah orang yang puasa itu melazimkan diam dan masyghul [sibuk] ia dengan membanyakkan dhikrullah Ta’ala dan
membanyakkan membaca al-Quran.

Dan kata Mujahid رحمه الله تعالى خصلتان يفسدان الصيام الغيبة والكذ

Ertinya: 2 perkara membinasakan ia akan puasa: (pertama) mengumpat-umpat akan orang dan(dua) berdusta.

Dan sabda Nabi صلى الله عليه وآله وسلم:
إنما الصوم جنة، فإذا كان أحدكم صائما فلايرفث ولايجهل، وإن امرؤقاتله أو شاتمه فليقل إني صائم، إني صائم

Ertinya: Hanyasanya puasa itu perisai. Maka apabila ada seorang kamu puasa, maka jangan mengerjakan suatu yang sia-sia dan jangan berbuat akan perbuatan orang yang jahil. Dan jika ada seorang hendak membunuh akan dia atau memaki akan dia maka hendaklah ia berkata bahwasanya aku puasa, bahwasanya aku puasa. (Hadits Muttafaqun ‘alaih). Maka jangan dilawan akan orang itu.

(Ketiga) sayogia bagi orang yang puasa itu memeliharakan telinganya daripada mendengar perkataan yang haram dan perkataan yang makruh dan memeliharakan telinganya daripada mendengar perkataan yang sia-sia yang tiada memberi manfaat di dalam akhirat.

Dan sabda Nabi صلى الله عليه وآله وسلم:

المغتاب والمستمع شريكان في الإثم

Ertinya: Orang yang mengumpat akan orang dan orang yang mendengar akan dia itu bersekutu keduanya itu pada berdosa (Hadits riwayat ath-Thabrani, dhaif - al-‘Iraqi)

(Keempat) seyogianya bagi orang yang puasa itu memeliharakan tangannya dan kakinya daripada segala yang diharamkan dan segala makruh dan segala yang sia-sia, tiada memberi manfaat di dalam akhirat.

(Kelima) memeliharakan perut pada ketika waktu berbuka itu daripada memakan makanan yang haram atau memakan yang syubhat. Maka tiada faedah bagi puasa, iaitu meninggalkan daripada makan yang halal kemudian maka berbuka dengan makanan yang haram. Maka adalah misal orang yang puasa itu seperti misal orang yang berbuat mahligai pada hal ia merobohkan negeri kerana makanan yang halal itu memberi mudharat ia dengan memakan banyak akan dia dan tiada memberi mudharat ia dengan makan sedikitnya. Dan puasa itu mensedikitkan makan yang halal, iaitu ubat yang memberi manfaat bagi hati dan membanyakkan akan dia itu membinasakan akan hati dan memakan yang haram itu membinasakan agama. Sabda Nabi صلى الله عليه وآله وسلم:

كم صائم ليس له من صومه إلا الجوع والعطش

Ertinya: Beberapa daripada orang yang puasa padah al tiada baginya daripada puasanya itu melainkan lapar dan dahaga jua.

Maka kata ulama [dalam menjelaskan maksud hadits diatas] orang itu ialah orang yang berbuka dengan memakan yang haram. Dan kata setengah ulama, iaitu menahan daripada memakan yang halal dan berbuka dengan daging manusia dengan mengumpat-umpat akan orang dan mengumpat itu haram. Dan kata setengah ulama iaitu orang yang tiada memelihara akan segala anggota daripada yang haram yang membawa kepada dosa.

(Keenam) seyogianya bahwa jangan membanyakkan pada ketika berbuka itu dengan memakan yang halal sekira-kira memenuh perutnya, kerana sabda Nabi صلى الله عليه وآله وسلم:

ماملأابن آدم وعاء شرا من بطنه

Ertinya: Tiada memenuh oleh anak Adam akan suatu tempat yang terlebih jahat daripada memenuh perutnya dengan memakan yang halal.

Ini kerana maksud dengan puasa itu iaitu hendak mengurangkan makan supaya dhoif syahwat nafsunya dan syahwat syaitannya, maka jika dihimpunkan makanan yang pagi-pagi dan makanan yang petang-petang itu dengan sekali maka pada ketika berbuka puasa itu, maka tiada faedah puasanya itu. Jadi tiada manfaat puasanya itu melainkan dengan sedikit daripada memakan yang halal kerana mengurangkan makan itu meringankan tubuh pada berbuat ‘ibadat dan berbuat sembahyang tahajjud pada malam hari dan merajinkan mengerjakan wiridnya dan dhikirnya hingga terang hatinya.

(Ketujuh) sayogia bahwa adalah hatinya kemudian daripada berbuka itu berulang-ulang antara khauf dan raja’ yankni berulang-ulang antara takut akan Allah Ta’ala dan antara harap akan Allah Ta’ala kerana tiada diketahui adakah diterima akan puasanya itu, maka iaitu daripada orang yang muqarrabin atau ditolongkan akan puasa itu atasnya, maka iaitu daripada orang yang dimurkai Allah Ta’ala. Dan seyogianya ia menghadirkan yang demikian itu pada ketika kemudian daripada tiap-tiap ‘ibadat yang lain daripada puasa itu. والله أعلم

Darjah ketiga - Puasa orang khawwasul khawwas iaitu puasa orang yang muqarrabin yang ‘arifin iaitu menahan hati daripada mencita-citakan dunia dan memikirkan akan dia dan mengosongkan rahsia yang di dalam hati [sirr] daripada barang yang lain daripada Allah Ta’ala. Dan sentiasa hatinya itu syuhud kepada Allah Ta’ala dan batal puasanya itu dengan memikirkan barang yang lain daripada Allah Ta’ala dan yang lain lain daripada negeri akhirat. Demikian lagi batal puasa itu dengan memikir akan pekerjaan dunia, melainkan jika ada dunia itu membawa kepada manfaat akhiratdan jadi bekal baginya di dalam akhirat, maka iaitu tiada dinamakan dunia. Kerana inilah kata ulama ahlul bathin:

من تحركت همته بالتصرف في نهاره لتدبر ما يفطر عليه كتبت عليه خطيئة
Ertinya: Barangsiapa bergerak cita-citanya dengan berbuat di dalam harinya itu kerana membicarakan sesuatu yang akan dimakannya pada ketika berbukanya itu, nescaya disurat atasnya akan dosa.

Dan yang demikian itu kerana kurang percaya dengan anugerah Allah Ta’ala dan kemurahanNya pada memberi rezqi akan dia dan kurang yaqin ia dengan rezqinya yang dijanjikan oleh Allah Ta’ala.

Dan darjat puasa yang ketiga iaitu martabat anbiya’ dan orang-orang siddiqin dan orang-orang muqarrabin yang ‘arifin, kerana cita-cita hati mereka itu semata-mata berhadap kepada Allah Ta’ala dan berpaling hati mereka itu daripada segala yang lain daripada Allah Ta’ala dan telah masuk mereka itu di dalam makna firman Allah:

قُلِ ٱللَّهُ ثُمَّ ذَرْهُمْ فِي خَوْضِهِمْ يَلْعَبُونَ

Ertinya: Ucap olehmu akan Allah Ta’ala kemudian maka tinggalkan olehmu akan manusia di dalam pekerjaan mereka itu pada hal bermain-main mereka itu. (Surah al-An’am: 91)

[Petikan dari kitab Sair as-Salikin ila ‘Ibaadati Rabbil ‘Alamin, tahqiq al-Fadhil Ustaz Abu ‘Ali Ahmad Fahmi Zamzam al-Banjari an-Nadwi al-Maliki, edisi jawi, halaman 414 – 419]

Usahakanlah paling kurang puasa peringkat kedua. Semoga kita memperolehinya dengan rahmat dariNYA.

bersih hati bermula ramadan ini..

Mulianya seseorang tidak dilihat dari penampilan luarannya, melainkan dari hatinya. ‘‘Sesungguhnya, Allah tidak melihat rupa dan harta-harta kamu, tetapi melihat hati dan perbuatanmu.” (HR Muslim).

Dalam riwayat lain, Ali bin Abi Thalib r a menceritakan bahwa Rasulullah bersabda, ”Tiada satu hati pun kecuali memiliki awan seperti awan menutupi bulan. Walaupun bulan bercahaya, kerana hatinya ditutup oleh awan, ia menjadi gelap. Ketika awan itu berlalu, ia pun kembali bersinar.” (HR Bukhari dan Muslim).

Hadis ini memberikan gambaran yang sangat indah. Hati manusia sebenarnya bersih atau bersinar, namun kerap ditutupi oleh awan kemaksiatan hingga sinarnya menjadi tidak nampak. Oleh sebab itu, kita harus berusaha menghilangkan awan yang menutupi cahaya hati kita.

Bersempena dengan Ramadhan kali ini, marilah kita ambil peluang untuk membersihkan hati kita.

Bagaimana caranya?


Pertama, Muhasabah diri.

Muhasabah diri dalam bahasa Arab disebut muhasabatun nafsi, ertinya mengenalpasti apa sahaja penyakit hati kita. Semua orang akan tahu apa sebenarnya penyakit qalbu (hati) yang dideritanya itu.

”Hai, orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memerhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat) dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (QS Alhasyr [59]: 18).



Kedua, perbaiki diri atau bertaubat.

Ini merupakan tindakan lanjut dari muhasabah diri. ”Hai, orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang sebenar- benarnya. Mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapus kesalahan-kesalahanmu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai ….” (QS Attahrim [66]: 8).



Ketiga, Taddabur Al Quran.

Menelaah isi Al-Quran lalu menghayati dan mengamalkannya. ”Maka, apakah mereka tidak memerhatikan AlQuran ataukah hati mereka terkunci?” (QS Muhammad [47]: 24).



Keempat, menjaga kelangsungan amal soleh.

Amal soleh adalah setiap ucapan atau perbuatan yang dicintai dan diredhai Allah SWT. Amalan walaupun sedikit tetapi berterusan, adalah lebih disukai oleh Allah



Kelima, berzikir

Sentiasa mengisi waktu dengan berzikir. Mulut yang sentiasa basah dengan zikir kepada Allah. Rasulullah SAW telah bersabda: pada hari kiamat orang yang paling beruntung mendapat syafaatku ialah orang yang banyak membaca kalimah ‘Laailaha illallah’ dengan hatinya dan jiwanya iaitu dengan hati yang ikhlas.



Tuntunan Islam, jika dilaksanakan dengan sungguh-sungguh, akan menghadirkan hati yang tenteram, bersih, serta bersinar terang.

Ibnu Abbas r a menceritakan bahwa ketika menginap di rumah Rasulullah Sallallhu ‘alaihi Wasallam, ia pernah mendengar beliau mengucapkan doa berikut : ”Ya Allah, jadikanlah di dalam hatiku cahaya, di lidahku cahaya, di pendengaranku cahaya, di penglihatanku cahaya. Jadikan di belakangku cahaya, di hadapanku cahaya, dari atasku cahaya, dan dari bawahku cahaya. Ya Allah berikan kepadaku cahaya.” (HR Muslim).



Itu adalah perkara-perkara basic. Asas dalam menjaga kesihatan jiwa dan menghidupkan hati. Dalam apa jua peringkat umur, perkara-perkara inilah yang perlu diperhati. Semoga amalan ini berpanjangan, walaupun selepas bulan Ramadhan

http://akuislam.com/blog/renungan/hati-bersih/

sedekah..

Sabda Rasulullah SAW "Sedekah itu dapat menghapuskan dosa dan kesalahan sebagaimana air memadamkan api." Berapa banyakkah telah kita bersedekah sepanjang Ramadhan ini? Ingatlah mereka yg miskin & tidak berkemampuan... InsyaAllah dgn byk bersedekah, Ramadhan kali ini lebih bermakna & diri lebih tenang... Amiin.
(Ima Mohd)

dunia

hakikatnya dunia umpama kenderaan yang kekurangan minyak..
setiap ciptaan yang hidup akan mati umpama manusia..
semakin lama semakin tidak berupaya melakukan pekara yang kebiasaanya..
hari-harinya tidak sesekali berubah..
yang mampu mencipta hanyalah pencipta yang maha kuasa..
manusia mampu menanding manusia tetapi..
tidak ada yang dapat menandingi pencipta..
seharusnya kita bersyukur kepada pencipta yang maha kuasa..

10 Perkara Yang Mensia-siakan

Sufyan Ats-Tsauri, seorang ulama hadith yang terkemuka, menyatakan bahawa ada sepuluh hal yang termasuk dalam kategori sia-sia, iaitu:-

Lelaki atau wanita yang berdoa untuk dirinya sendiri tetapi tidak dimohonkan doa untuk ibu bapanya dan kaum Muslimin.
Orang yang sentiasa membaca Al Quran tetapi tidak membaca secara tertib sampai seratus ayat tiap-tiap hari.
Lelaki yang masuk ke dalam masjid, kemudian ia keluar kembali dari masjid itu tanpa mengerjakan solat tahiyatul masjid.
Orang yang melintasi tanah perkuburan tetapi tidak mengucapkan salam kepada penghuni kubur dan tidak mendoakan untuk keselamatan mereka.
Lelaki yang masuk pada hari Jumaat ke suatu kota, kemudian ia keluar lagi dari kota itu tanpa mengerjakan solat Jumaat berjama’ah.
Lelaki atau wanita yang tinggal di suatu lingkungan dengan seorang ulama, tapi dia tidak mempergunakan kesempatan itu untuk menambah ilmu pengetahuan.
Dua orang lelaki yang bersahabat tetapi mereka tidak saling menanyakan tentang keadaan masing-masing dan keluarganya.
Lelaki yang mengundang seseorang menjadi tetamunya tetapi tidak dipedulikan dan tidak dilayani tetamunya itu.
Pemuda yang menjadikan zaman mudanya berlalu begitu saja tanpa memanfaatkan waktu yang berharga itu untuk menuntut ilmu dan meningkatkan budi pekerti.
Orang yang tidak menyedari jiran tetangganya yang merintih kelaparan, sedangkan ia sendiri makan kekenyangan di dalam rumahnya.

(Amir)

Jumaat, 12 Ogos 2011

hati berbicara..

begitu mudah dia pergi tidak sesukar sebuah pertemuan..

ADAKAH HINA SEORANG HAMBA ALLAH APABILA MENDEKATI SEORANG HAMBA YANG LEMAH..
BUKAN NIAT UNTUK MENYAKITI TETAPI PIKIR-PIKIRKANLAH WAHAI SAHABAT..

bersangka baik itu perlu..
bukan mengharap tetapi sekadar bersahabat..
bukan semudah itu adakah itu permintaan ku..?

ku tau cinta ku tehadap kasihnya Allah tidak lah sehebat mu..
untuk mendapatkan cinta Allah kita perlukan ketakwaan kepada pencipta baru lah memburu impian iaitu seorang teman yang bernama isteri..

yang pahit bagi ku pengubat segala kedukaan..
yang termanis mendamai kan jiwa ku..

Jumaat, 5 Ogos 2011

SAHABAT..

SAHABAT - berbeza dengan kawan biasa..
sahabat biasanya insan yang penting dalam hidup kita..
yang sentiasa bersama dalam duka maupun suka..
tetapi bukan mudah mencari sahabat yang sejati..

SAHABAT - bukanlah bererti kita perlu meluangkan masa bersama-sama..
walau jarak yang jauh pun kita masih kekal bersahabat..
kerana ikatan persahabatan itu berada didalam hati..
walau jarak beribu batu sekali pun..
sahabat tetap sahabat..

Terlalu sukar untuk menjalani persahabatan kerana ia adalah pertautan hati dan bukannya pertautan fikiran..
kerana pertautan jiwa dan bukannya pertautan rasa..
0leh itu untuk mendapat sahabat yang baik..
bersahabatlah dengan hati kita terlebih dahulu..
daripada bersahabat dengan orang lain..
kenali lah dan fahami lah akan diri kita terlebih dahulu..
sentiasa jujur dengan diri sendiri..

Insya`Allah sahabat akan hadir mengenali dan memahami kita..

SAHABAT - adalah anugerah Allah untuk menjaga kita..
rasa hormat tidaklah selalu membawa kepada persahabatan..
jangan pernah menyesal untuk bertemu dengan orang lain..
TETAPI menyesal lah kalau orang itu menyesal bertemu dengan kita..!!!!!!!

RASUULULLAH S.A.W. ADA BERSABDA :-
"Apabila seseorang itu di kehendaki oleh Allah menjadi baik..maka Allah akan memberikan rezeki kepadanya berupa seorang kekasih (sahabat) yang soleh.. apabila ia lupa maka kekasih itu lah yang akan mengingatinya dan apabila ia ingat maka kekasih itu suka pula menolongnya."
Hadis riwayat : Abu Daud

(by:Ned Cenderawasih)

KEAJAIBAN SUJUD..

Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya. Dia amat kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran.

Dia adalah seorang Doktor Neurologi . Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan perubatan secara Islam dan dengan itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan “Perubatan Me...lalui Al-Qur’an” . Kajian perubatan melalui Al-Qur’an membuatkan ubat-ubatannya berteraskan apa yang terdapat di dalam Al-Qur’an.

Di antara kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (black seed) dan sebagainya. Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam, maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki oleh darah . Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal. Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya beliau mendapati Bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan Sembahyang!!!

Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk Beberapa sukatan yang tertentu sahaja. Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam…… Begitulah keagungan ciptaan Allah!!! tidak menunaikan sembahyang , akan otaknya tidak Akan dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal!!! Oleh yang demikian, kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganuti agama Islam ’sepenuhnya’ kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agama-Nya yang indah ini

Khamis, 4 Ogos 2011

Kulalui Ramadhan Kali ini..

kali ni saya sambut ramadhan dengan penuh kesabaran..
detik ku diuji ku ucapkan subaha'nallah..

inikah ujian..?

lalu ku berfikir disaat ku susah ku mencari mu..
disaat ku senang ku tinggalkan mu..
Ramadhan kali ini aku berlajar lebih bersabar..
Alhamdulillah..

di saat ku menanti berbuka dulunya bersik kedengaran..
kini kian menyepi..
adakah sepi mencari ku atau kalu saja inginkannya..
maha suci Allah..

segalanya ku serah kepada mu dengan hikmah..
ku redha dengan takdir mu..
ku tabah dengan ujian mu..
ku terima segala kelemahan ku..
bantulahku dalam mencari keredhaan mu..

jikaku tersasar dari nur hidayah mu majukanlah aku..
kejalan yang engkau kehendaki..