Saya

Foto saya
SEMOGA SEDIKIT SEBANYAK DAPAT KITA JADIKAN ILMU WALAUPUN HANYA SEDIKIT.. KATA SEORANG ULAMAK "SEMAKIN KITA MENDALAMI ILMU SEMAKIN KITA TAHU YANG KITA SEBELUM INI ADALAH BODOH..

Selasa, 3 Julai 2012

MIMPI..

Assalamualaikum..

Sekian lama mendiamkan diri akhirnya satu peristiwa yang berlaku membuatkan ada sesuatu yang perlu dikongsikan.. Perkara ini menyedarkan diri yang serba hina ini.. Mimpi adalah mainan tidur.. Ada kalanya mimpi itu menjadi kenyataan dan ada juga yang membuatkan kita seronok, gelisah, suka, dan duka.. Ada kala kita ingin menyambung kembali mimpi itu dan ada juga mimpi yang kita tidak mahu bermimpi tentangnya..

Perkongsian ini satu pengajaran untuk diri sendiri dan sesiapa sahaja yang membaca.. Bukan untuk berbangga atau sebaliknya ini hanyalah satu perkonsian yang munkin tidak sehebat kalian semua.. Insya'allah; pastinya yang berlaku itu pasti ada hikmahnya.. Pekara ini berkaitan dari mimpi seorang sahabat yang berkonsikan mimpinya..

Cerita seorang sahabat..

Seorang sahabat ini selalunya sebelum keluar dari rumah dia akan cuba membaca sekurang-kurangnya 3 ayat daripada Al-Quran tidak kiralah kesuntukan masa sekalipun dia tidak pernah tinggal membaca 3 ayat sebelum keluar rumah, Sesudah solat dan ketika waktu lapangnya..
Setiap kali keluar bermain; Masjid berdekatan ada memasang ayat Al-Quran setiap petang; surah itu sering diulang-ulang sehinggakan surah itu boleh diikut olehnya ketika alunan Al-Quran berkumandang di masjid berdekatan.. Ayat yang dibaca itu menarik perhatiannya sehinggakan keinginan untuk mengetahui maknanya sangat tinggi..

Pada malamnya, sesudah menghabiskan kerjanya dia menutupnya dengan 3 ayat sebelum tidur.. Diceritakan di dalam tidurnya, seorang sahabat ini berjalan ke arah sesuatu tempat, ketika berjalan dia terdengar alunan yang tidak dikenal pasti apa yang sedang dibuat oleh sekumpulan manusia yang berkumpul secara bulatan.. Dia cuba untuk mendekati sekumpulan manusia itu dan dia cuba memahami dan mengenalpasti apa yang sedang mereka lakukan.. Setelah mengenal pasti apa mereka sedang perlakukan, dia mendapati surah yang sering diperdengarkan di masjid persekitaran.. Seperti kebiasa dia cuba membaca mengikut alunan yang didengari setelah dia dengari tetapi kali ini alam mimpi.. Semasa dapat menyambungkan surah tersebut dia terus terjaga dan lantas didengari dari Masjid.. Dia terus mengambil wuduk dan terus solat tahadjud..

Mimpi yang berlaku pada seorang lagi sahabat..

Alam mimpi; Semasa melalui tanah yang sangat luas kelihatan pokok-pokok dan semak-semak menghiasi persekitaran.. Dia berhenti berehat di bawah pohon yang rendang dibuai angin sepoi-sepoi bahasa.. Ketika berehat, dia memerhati di persekitaran yang hijau mewarnai bumi.. Kelihatan seorang pemuda yang melalui tempat yang sama yang sahabat itu melaluinya.. Kelihatan sangat sukar untuk melaluinya kerana jalan yang dia melaluinya itu menenggelamkan kaki pemuda tersebut.. Ada seorang lagi, sahabat yang ke-2 berada jauh di belakang dipegangnya sebuah buku yang menerangi tubuh badannya.. Ketika dia melalui jalan itu kakinya sangat mudah bagai air yang mengalir..

Alam dunia; Lantas terjaga, dan mengambil wuduk dan solat tahjud lalu menitiskan air mata dalam solat tersebut.. Sudah sekian lama tidak menghabiskan masa dengan menyentuh Al-Quran.. Sesungguhnya Al-Quran itu penyuluh jalan kebenaran.. Kesedihan itu dikongsiakan dengan rakan berdekatan dan munkin satu hidayah untuk kembali semula pada jalan yang benar..


Al-Quran adalah penyuluh kebenaran.. Al-Quran merupakan mukjizat yang paling besar yang di turunkan oleh Allah kepada Rasulullah secara beransur-ansur.. Seharusnya kita bersyukur kerana dikurniakan kitab yang merangkumi ilmu dunia dan akhirat.. Keagungannya tidak dapat ditandingi oleh mana-mana manusia.. Subahanallah..

Maaf jika penulisan ini merumitkan pembaca.. Tegurlah jika ada yang terkurang munkin dengan teguran itu membuatkan penulisan ini bertambah baik Insya'allah.. sekian Assalamualaikum.. TERIMA KASIH SAHABAT YANG MEMBACA..