Saya

Foto saya
SEMOGA SEDIKIT SEBANYAK DAPAT KITA JADIKAN ILMU WALAUPUN HANYA SEDIKIT.. KATA SEORANG ULAMAK "SEMAKIN KITA MENDALAMI ILMU SEMAKIN KITA TAHU YANG KITA SEBELUM INI ADALAH BODOH..

Rabu, 25 Januari 2012

Sekarang..

Assalamualaikum..

kenapa jadi mcm ni yer..? Membisu dalam seribu persoal.. Merasai sendiri apa orang lain rasa amat berat untuk orang itu pikul kesukaran yang dihadapi orang lain.. Bukan mudah nak berada di tempat orang lain.. Memang mudah jika dengan mengeluarkan perkataan saja belum lakukan lagi.. x begitu..?

Perkara remeh akan menjadi berat atau sebaliknya yang belaku..
Mudah untuk membuat perkara kebiasaan yang kita sering melakukanya.. Macam itu juga dengan ujian jika kita sering diuji lama kelamaan kita mudah untuk mengatasi ujian demi ujian.. Walau sehebat mana kita sebagai hamba Allah, kita tetap akan diuji.. Ujian macam mana..?

Allah uji mengikut keupayaan kita, jika kita seorang lelaki Allah uji secara lelaki dan jika kita seorang wanita, Allah uji secara wanita.. jika kita seorang remaja Allah akan uji kita secara remaja.. Allah mengetahui segalanya yang tersirat mahupun yang tersurat.. Ada ketika seorang hamba Allah ini tewas dengan ujian lalu ia bangkit mencari jalan yang Allah redha sekali di uji sekali bangkit walaupun kita tahu dihujung jalan itu ada dunia yang penuh dengan nikmat yakni syurga atau sebaliknya..

Kini jika Allah uji kita bersukurlah kepada Allah kerana kita masih dekat dengan Allah.. jika kita tersungkur terlanggar batu usahlah melatah mengeji batu tersebut sebaik-baiknya melatah memuji Allah kerana Allah menjadikan batu tersebut untuk berzikir kepada Allah..

Setiap ujian mengajar kita besabar jika kita tidak besabar umpama kita menggali telaga tetapi menyerah sebelum kelihatan air kita tidak akan dapat hasilnya.. Sabar adalah kunci untuk kita mencapai kejayaan.. Janganlah jika kita menang kita lupa Allah seperti kacang lupakan kulit..

perkataan yang baik datangnya dari Allah, yang buruk itu datangnya dari saya sendiri sekian Assalamualaikum..

Rabu, 11 Januari 2012

Mencari Kawan..

jom cari kawan..?
kata seorang ustaz perlu ada ciri-ciri ini agar kita tidak salah memilih kawan..

kawan itu solat lima waktu..
solat itu akan membentuk sikap amanah dan Ikhlas serta menhargai masa..

kawan itu menutup auratnya..
jika dia menutup aurat tentulah dia akan menjaga maruahnya serta pandangan mata..

kawan itu mestilah kaya, kaya dengan apa..?
kaya dengan ilmu agar ilmu itu dapat dikongsi bersama..

kawan itu tidak bercakap berlebihan..
bercakap berlebihan akan mendekatkan kita dari perkara sia-sia yakni beredosa..

banya lagi klu nak senaraikan semua tidak sempat punya lah..

Khamis, 5 Januari 2012

Kisah Aiman..

Assalamualaikum..

Pada suatu hari, Aiman tugas sebagai seorang pengawas di sekolah. Pada minggu ke tiga dia bertugas di blok, pada hari ke dua persekolahan dia terlihat sekumpulan pelajar menghisap rokok di belakang blok lalu dia pergi ke tempat itu berpesan kepada kawanya agar mereka tidak merokok, sekumpulan pelajar itu tertawakanya lalu tersenyum Aiman lantas mengambil nama setiapa pelajar yang ada di situ. Ada seorang sahabat yang masih memegang rokok yang masih berbara lalu Aiman menampar tangan seorang sahabat yang memegang batang rokok yang berbara tersebut, lalu diambil Aiman batang rokok membara yang terjatuh. Terdiam sekumpulan pelajar tersebut dengan muka yang terkejut. Tiba-tiba lintas seekor kucing yang sering berada di kantin tapi kali ini kucing tersebut berada di belakang blok lalu Aiman mengankat kucing tersebut. Aiman yang memegang rokok yang berbara tersebut lalu dimasukan ke dalam mulut kucing. Aiman adakah kamu kesian jika kucing ini menghisap rokok? jawab mereka tentulah tidak sangup melihatnya. Balas Aiman begitu juga aku. Bukan niat aku untuk samakan kucing dengan kamu. Tapi kali sikap ikhsan aku terhadap kamu itu yang aku terpaksa berbuat sedemikian kerana tidak sanggup melihat sahabat persepejuangan rosak dengan rokok. Selepas sahaja peristiwa itu dan sehingga hari terakhir persekolahan Aiman tidak lagi kelihatan mereka menghisap rokok di sekolah tapi yang Aiman risaukan ke mana kucing tersebut menghilang adakah kucing telah....?

Ambil jernih buang yang keruh.. insya'allah Allah akan memudahkan setiap perbuatan yang kita lakukan kita kena yakin dengan kekuasaan Allah, Wallahualam.. Cerita ini tidak ada kaitan dengan sesiapapun cuma meminjam nama dari sahabat bernama Aiman..