Saya

Foto saya
SEMOGA SEDIKIT SEBANYAK DAPAT KITA JADIKAN ILMU WALAUPUN HANYA SEDIKIT.. KATA SEORANG ULAMAK "SEMAKIN KITA MENDALAMI ILMU SEMAKIN KITA TAHU YANG KITA SEBELUM INI ADALAH BODOH..

Jumaat, 5 Ogos 2011

SAHABAT..

SAHABAT - berbeza dengan kawan biasa..
sahabat biasanya insan yang penting dalam hidup kita..
yang sentiasa bersama dalam duka maupun suka..
tetapi bukan mudah mencari sahabat yang sejati..

SAHABAT - bukanlah bererti kita perlu meluangkan masa bersama-sama..
walau jarak yang jauh pun kita masih kekal bersahabat..
kerana ikatan persahabatan itu berada didalam hati..
walau jarak beribu batu sekali pun..
sahabat tetap sahabat..

Terlalu sukar untuk menjalani persahabatan kerana ia adalah pertautan hati dan bukannya pertautan fikiran..
kerana pertautan jiwa dan bukannya pertautan rasa..
0leh itu untuk mendapat sahabat yang baik..
bersahabatlah dengan hati kita terlebih dahulu..
daripada bersahabat dengan orang lain..
kenali lah dan fahami lah akan diri kita terlebih dahulu..
sentiasa jujur dengan diri sendiri..

Insya`Allah sahabat akan hadir mengenali dan memahami kita..

SAHABAT - adalah anugerah Allah untuk menjaga kita..
rasa hormat tidaklah selalu membawa kepada persahabatan..
jangan pernah menyesal untuk bertemu dengan orang lain..
TETAPI menyesal lah kalau orang itu menyesal bertemu dengan kita..!!!!!!!

RASUULULLAH S.A.W. ADA BERSABDA :-
"Apabila seseorang itu di kehendaki oleh Allah menjadi baik..maka Allah akan memberikan rezeki kepadanya berupa seorang kekasih (sahabat) yang soleh.. apabila ia lupa maka kekasih itu lah yang akan mengingatinya dan apabila ia ingat maka kekasih itu suka pula menolongnya."
Hadis riwayat : Abu Daud

(by:Ned Cenderawasih)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan