Saya

Foto saya
SEMOGA SEDIKIT SEBANYAK DAPAT KITA JADIKAN ILMU WALAUPUN HANYA SEDIKIT.. KATA SEORANG ULAMAK "SEMAKIN KITA MENDALAMI ILMU SEMAKIN KITA TAHU YANG KITA SEBELUM INI ADALAH BODOH..

Khamis, 3 Mei 2012

Jin Dan Manusia

Berdoalah kerana doa adalah satu perlindungan. Allah sukakan hambanya yang meminta pertologan darinya agar kita dijauhkan dari godaan syaitan dan perkara yang dapat memesongkan akidah kita sebagai orang islam..  

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”. mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): “Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal Kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?”. Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya” (Al-Baqarah 2: 30)

Syaitan (makhluk halus) wujud. Mereka pada umumnya adalah musuh manusia. Makhluk halus boleh menyerupai manusia dengan pelbagai rupa. Salah satunya mereka boleh menyerupai manusia seperti yang disabitkan dalam Firman Allah SWT dalam al-Quran (mafhumnya): "Dan (ingatlah) ketika syaitan memperhiaskan kepada mereka perbuatan mereka, serta menghasut mereka dengan berkata: "Pada hari ini tidak ada sesiapa pun dari umat manusia yang dapat mengalahkan kamu, dan sesungguhnya aku (syaitan) adalah pelindung dan penolong kamu........(hingga akhir ayat)." (Surah al-Anfaal, ayat 48) 

Rasulullah s.a.w memerintahkan daku dengan bersabda: "Hendaklah engkau memohon perlindungan Allah daripada angkara syaitan-syaitan manusia dan jin". Aku pun meminta penjelasan Baginda s.a.w, dengan berkata: "Ya Rasulullah! Adakah manusia juga menjadi syaitan-syaitan?" Baginda menjawab: "Ya! Benar!"..

Jika manusia mengalami mati jin juga akan mengalaminya. Dan Allah mengetahui apa yang manusia tidak mengetahuinya...

Dari Ibnu 'Abbas r.a. katanya Rasulullah saw. sering membaca doa: Allahumma laka aslamtu, wa bika aamantu, wa 'alaika tawakkaltu, wa ilaika anabtu, wa bika khashamtu. Allahumma inni a'udzu biizzatika, laa illaaha illa anta an tudhillani, antal hayyul ladzi laa yamuutu, wal jinnu, wal insu yamuutuuna. " (Wahai Allah! kepada Mu aku tunduk, dengan Mu aku beriman, atasMu aku tawakkal, kepada Mu aku kembali, kerana Mu aku berkesumat (bermusuhan). Wahai Allah! Aku berlindung dengan keperkasaan Mu , tidak ada Tuhan selain Engkau, janganlah disesatkan aku. Engkau Maha hidup dan tidak mungkin mati, sedangkan jin dan manusia semuanya mengalami mati)

sesungguhnya yang kurang itu dari kelemahan diri sendiri..