Saya

Foto saya
SEMOGA SEDIKIT SEBANYAK DAPAT KITA JADIKAN ILMU WALAUPUN HANYA SEDIKIT.. KATA SEORANG ULAMAK "SEMAKIN KITA MENDALAMI ILMU SEMAKIN KITA TAHU YANG KITA SEBELUM INI ADALAH BODOH..

Rabu, 29 Jun 2011

nafsu,akal dan hati..

"Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal
mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan
hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya"

Sabtu, 25 Jun 2011

Allah.. Allah.. Allah..

YA ALLAH..
kuatkan imanku..
kuatkan pemikiran..
kuatkan ingatanku..
Aku rasa semakin jauh aku berada disampingmu..
setelah aku berjumpa dengan hambamu..
Kekuatan imanku tergugat..
sehinggakan pemikiranku serabut..
mengingatkan hambamu itu..
Aku rasa aq jauh sejauh jauhnya dari kekuatanmu..
hambamu telah buatkanku lebih rendah..
bahkan hina disisimu..
hambmu ini jika dibandingkan denagn hamba mu yang lain..
hambamu ini tidak pernahku lihat..
perhebatkan ku sepertinya..
kuatkan ku sepertinya..

Hoi..!! mata..

Assalamualaikum..
nikmat mata yang Allah berikan..
kepada manusia hebat tidak terkata..
dengan kurnian mata..
lahirnya cinta..
lahirnya dosa..
lahirnya pengzinaan..
seterusnya melahirkan kegairahan dalam berhubungan..
dalam berhubungan jika berlandaskan nafsu serta keimanan yang lemah..
maka rosok-serosaknya cinta..
pesan saya: Nikmat hanya sekali..
dan lagi ada juga orang buta yang bercinta tetapi..
sangat sedikit..

Khamis, 16 Jun 2011

BENARKAH KAU MENCINTAIKU KERANA ALLAH..?

Adam..

♥ Jika kau mencintaiku kerana Allah jangan dekati aku

..Jika kau mencintaiku kerana Allah jangan menggodaku

Jika kau mencintaiku kerana Allah jangan merayuku

Jika kau mencintaiku kerana Allah jaga izzahmu denganku

Jika kau mencintaiku kerana Allah jangan menyentuhku

Jika Mencintaiku kerana Allah jagalah hatimu dan hatiku agar tetap Mencintai-Nya.

♥ Jika kau mencintaiku kerana Allah jangan menjadikan aku kekasihmu

Jika kau mencintaiku kerana Allah pilihlah jalan yang Allah redhai untuk mendapatkan hatiku

Jika kau mencintaiku kerana Allah, menjauhlah jika kau tahu aku belum siap menerima pinanganmu.

Jika kau mencintaiku kerana Allah, bersabarlah mengungkapkannya di saat yang tepat.

♥ Jika kau mencintaiku kerana Allah, tak perlu risau andai kita tak dapat bersatu, kerana kita tidak pernah tahu apakah aku sudah baik untukmu dan kau baik untukku menurut Allah.

♥ Jika kau mencintaiku kerana Allah, Yakinlah!

Jika aku memang di takdirkan Allah menjadi bidadarimu, kita pasti akan bersatu.

Jangan menodai kesucian cinta hanya karena nafsu semata.

Hawa..

♥ Jika aku seorang lelaki yang mengatakan cinta padamu kerana Allah namun tanpa malu mendekatimu, apa kau tidak merasa takut terjerat padaku?

♥ Jika aku seorang lelaki yang mengatakan cinta padamu kerana Allah namun tanpa malu dengan gatal menggodamu, apa kau tidak merasa risau pada kegatalanku?

♥ Jika aku seorang lelaki yang mengatakan cinta padamu kerana Allah namun tanpa segan merayumu, apakah kau terbuai oleh pujuk rayuku?

♥ Jika aku seorang lelaki yang mengatakan cinta padamu kerana Allah namun tidak boleh menjaga izzah ketika berdekatan denganmu, apakah tidak boleh menolakku dengan perisai malumu?

♥ Jika aku seorang lelaki yang mengatakan cinta padamu kerana Allah namun tanpa berasa berdosa berani menyentuhmu, apakah kau tidak takut Allah murka padamu, masihkah kau percaya pada ucapanku?

Tak curigakah kau padaku? Tak inginkah kau menjauhiku? Atau kerana kau telah terjebak ke dalam jurang cinta nafsu sehingga kau tak mampu menolakku walaupun kau tahu semua ucapanku:

"Mencintaimu Kerana Allah"

adalah palsu.

Ketahuilah Hawa..

♥ Jika aku seorang lelaki sejati yang mencintaimu kerana Allah, aku tidak akan berani menyentuhmu, bahkan hatimu sekalipun.

Kerana aku malu pada Allah jika bayanganku mengacaukan kekhusyukan ibadahmu.

♥ Jika aku seorang lelaki sejati yang mencintaimu kerana Allah, aku tidak akan pernah berani merayumu, menggodamu, bahkan dengan bebas tanpa batas berinteraksi denganmu

Kerana kau belumlah halal bagiku.

Aku malu jika harus membuatmu lebih banyak mengingatku dari pada mengingat-Nya.

Aku malu jika harus menjadi seseorang yang membuat-Nya cemburu padamu kerana kau rela melanggar larangan-larangan-Nya kerana cintamu padaku.

♥ Jika aku seorang lelaki sejati yang mencintaimu kerana Allah, aku tidak akan risau tidak dapat memilikimu kerana tidak mengungkapkan cintaku padamu sekarang walau saat ini aku begitu mengagumimu dan menginginkanmu menjadi bidadariku.

Kerana aku yakin jika engkau memang ditakdirkan untukku, engkau pasti akan menjadi milikku walau aku tidak mengikatmu.

Bukankah jika Allah tidak mentakdirkan kita bersama di ikatpun pasti akan terlepas juga akhirnya?

Jadi untuk apa aku risau?

Hawa.. Sadarlah.!

♥ Jika aku seorang lelaki yang benar-benar mencintaimu kerana Allah,aku hanya akan berani merayumu, menggodamu, dan menyentuhmu setelah engkau halal bagiku..

by: http://www.myfriends2u.com/blog.php?user=princessmuslimah&blogentry_id=4357

Selasa, 14 Jun 2011

Dulu Kemarau Kini Dihujani Salji.. PETANDA KEDATANGAN IMAM MAHADI..

Tahukah anda? Tidak lama lagi akan berlaku cuaca yang tidak menentu sepanjang tempoh 2011,2012 dan 2013?Ada yang telah berlaku sepanjang tahun ini dan sebelum-sebelum ini sama ada anda mengetahuinya atau anda pura-pura tidak mengetahuinya.

Salah satu kekuasaan ALLAH S.W.T dan tiada siapa dapat menandinginya. Ketahuilah bahawa tidak lama lagi segenap kawasan di seluruh dunia ini akan dilitupi salji dan tempohnya hanya di dalam kehendak ALLAH S.W.T.

Mengapa kami mengatakan sedemikian?

Ini bersesuaian dengan hadis Rasulullah S.A.W. yang telah dicakapkan 1400 tahun yang lalu.Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Nabi Muhammad pernah berkata:

"Jika kamu semua melihat PANJI-PANJI HITAM datang dari arah Khurasan,

maka sambutlah mereka walaupun kamu terpaksa merangkak di atas salji. Sesungguhnya di tengah-tengah panji-panji itu ada Khalifah Allah yang mendapat petunjuk iaitu Al-Mahdi.

[Hadis Riwayat Ibnu Majah dan Al-Hakim: Sahih menurut syarat Al-Bukhari dan Muslim serta direstui Adz-Dzahab]

Dari Sauban RA katanya bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda,“Panji-panji Hitam akan datang dari arah Timur, hati mereka bagaikan kepingan-kepingan besi. Sesiapa yang mendengar mengenai mereka, datangilah mereka walaupun terpaksa merangkak di atas salji.”

merangkak di atas salji?

MERANGKAK DI ATAS SALJI?

MERANGKAK DI ATAS SALJI?

Apakah yang anda faham dengan makna di atas?Mungkinkah salji akan melanda di kawasan anda sahaja?atau mungkinkah salji akan melanda di seluruh dunia? Atau mungkinkah salji hanya melanda di sesetengah kawasan sahaja seperti yang telah berlaku kini sehinggakan kawasan yang dulunya kemarau,sudah dilanda salji….

Allahualam…sama ada pada waktu itu anda masih hidup atau tidak!!!

ALLAH S.W.T. berfirman:

“Sesungguhnya pada penciptaan langit dan bumi silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda – tanda bagi orang yang berakal, iaitu orang yang mengingat Allah sambil berdiri,duduk, berbaring, dan mereka memikirkan (tafakur) penciptaan langit dan bumi, seraya berkata “Ya Tuhan kami tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari seksa api neraka.” (Surah Al Imran: 190-191).

ALLAH S.W.T. berfirman:

“Maka masing-masing (mereka itu) kami seksa disebabkan dosanya, Maka di antara mereka ada yang kami timpakan kepadanya hujan batu kerikil dan di antara mereka ada yang ditimpa suara keras yang mengguntur, dan di antara mereka ada yang kami benamkan ke dalam bumi, dan di antara mereka ada yang kami tenggelamkan, dan Allah sekali-kali tidak hendak menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri.” (Surah Al-Ankabut : 40)

Cuba anda kaitkan hadis Rasulullah SAW,firman ALLAH SWT dan fenomena bukti salji yang akan kami buktikan di bawah ini,apakah kesimpulan yang bakal anda dapat?

Antara 5 negara yang berbeza dilanda salji dalam tempoh 6 hari berturut-turut:

Gunung yang dikenali sebagai ‘White Mountain’ yang terletak di Hawaii dilitupi salji pada 6.6.2011.melingkari dalam warna putih pada hujung minggu.

Kebanyakan penduduk di kawasan tersebut terperanjat apabila gunung itu dilitupi salji setebal 6 hingga 12 inci salji dan hujan batu selepas dua minggu malu dilanda musim panas.

Kawasan tenggara Australia dilitupi salji pada 7.6.2011.Daerah Tasmania telah dilanda ribut kuat mengakibatkan 9000 rumah terputus bekalan elektrik.

Victoria akan bertahan satu daripada Jun yang paling dingin hari-hari dalam hampir 20tahun hari ini dan keadaan serta jiran di utaranya meramalkan untuk mengalami angin kencang, guruh, salji turun hujan batu dan tanah tinggi.

Salji turut melanda kawasan Dandenongs,Macedon Ranges dan Ballarat mengakibatkan suhu kini sekitar -3 untuk -6'c.

Salji melanda negara Namibia pada 9.6.2011 mengakibatkan suhu -2'c hingga 5'c pada siang hari.Menurut Pusat Kaji Cuaca Namibia,salji yang melanda pada tahun ini telah mencatat rekod paling sejuk yang belum pernah dialami negara Namibia sebelum ini.

Salji turun di Gunung Snowdon yang terletak di negara Wales pada 11.6.2011. Para petani di negara tersebut sebelum ini kekurangan hujan dan kemarau hampir dua puluh tahun.Salji turun selama satu jam dan lebih mengejutkan lagi ialah cuaca hanya sejuk pada bahagian puncak gunung tersebut tetapi cuaca panas pada bahagian bawah gunung.

Salji turut melanda Norway pada 11.6.2011 serta mengakibatkan banjir .

Cuba anda kaitkan hadis Rasulullah SAW, firman ALLAH SWT dan fenomena bukti salji yang akan kami buktikan di bawah ini,apakah kesimpulan yang bakal anda dapat?

MENGHAIRANKAN!!! Maklumat ini tidak disiarkan di kaca tv anda dan tidak dipaparkan di surat khabar anda.Apa yang bakal mengejutkan anda sekiranya anda pergi ke tempat yang saya tuliskan itu,memang benar turunnya salji dan tanyalah penduduk tempatan di kawasan itu atau anda ada saudara-mara yang melanjutkan pelajaran di luar negara.

Apakah kaitannya turunnya salji dengan kedatangan Imam Mahadi?Mengapakah mereka rahsiakan maklumat ini dari anda?MENGAPA????Cuba anda kaitkan hadis Rasulullah SAW,firman ALLAH SWT dan fenomena bukti salji yang akan kami buktikan di bawah ini,apakah kesimpulan yang bakal anda dapat?

Kesimpulannya,bumi kini sudah tua dan kita kini sudah di akhir zaman.Buktinya?Bacalah segala tulisan-tulisan kami di alam maya yang menakutkan golongan zionis dan akhirnya PAGE lama kami dibuang oleh zionis dan sekutunya.Ingatlah,mereka boleh mematikan PAGE dan tulisan kami di alam maya ini tetapi mereka tidak dapat mematikan jiwa jutaan manusia yang berjuang di jalan ALLAH SWT. Alhamdulillah,kami sempat mengumpulkan segala tulisan kami tahun lepas dan tersusun rapi di dalam buku kami. Apa yang kami bentangkan kini merupakan sambungan dari buku nukilan kami sebelum ini dan kami ukirkan nota ini khas kepada semua umat ISLAM terutamanya mereka yang memahami bahasa melayu.

Ketahuilah bahawa bumi umpama tanah,manusia jua umpama tanah,apakah yang berlaku kepada manusia apabila sudah tua?Itu jualah yang berlaku pada bumi tatkala sudah tua…Manusia ketika menjelang usia tua,mereka akan bersikap seperti kebudak-budakan dan seumpama perbuatan mereka itu ingin kembali ke zaman muda dahulu.

Apa yang anda perhatikan kini,gunakan tafsiran ilham kami di atas dan kaitkan dengan sifat bumi.Ya,bumi kini bersifat umpama ingin kembali ke zaman mudanya seperti mana yang kita semua ketahui bahawa bumi suatu ketika dulu dilitupi salji tebal.Fenomena inilah yang sedang dalam perjalanan bumi kini tatkala usianya hampir tiba ke penghujung.Alhamdulillah, ALLAH SWT telah menggerakkan hati kami membentangkan kepada anda hujahan dan konsep asas yang amat terperinci apabila tiba masanya,semoga anda sebarkan ilmu ini dengan jalan yang betul dan kirimkanlah salam peringatan kami kepada seluruh umat manusia.Moga peringatan yang kami hujahkan ini dapat menghasilkan nur keimanan di dalam jiwa mereka.Kadangkala apabila kami bercerita mengenai akhir zaman dan ditemani dengan bukti-buktinya,maka semakin ramailah yang mula sedar seperti pada tahun lepas.

RASULULLAH SAW bersabda yang bermaksud: “Dunia adalah penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir.”-Hadis Riwayat Muslim.Bagaimanakah dengan anda pada masa kini?Sudah terlalu selesa dengan segala kemudahan agen-agen dajjal cipta sehingga terlupa tanggungjawab sebagai seorang muslim?Ingatlah,kadangkala keselesaan akhirnya akan membinasakan dan membawa kesesatan.

Kami dedahkan maklumat yang tidak didedahkan di kaca tv anda, maklumat yang tidak disiarkan di dada akhbar anda...Dunia sudah akhir zaman,jangan lepaskan peluang untuk anda mengetahuinya dengan lebih banyak pendedahan yang bakal kami lakukan.Kami ceritakan kepada anda satu cerita yang jarang diberitahu oleh guru anda semasa di bangku sekolah,amat jarang diberitahu oleh pensyarah anda semasa di IPT,amat jarang diberitahu oleh ustaz/ustazah yang anda kenali,amat jarang dikaji oleh ulamak di sekeliling anda…..

Hantarkan butiran yang kami hendak itu ke alamat emel kami jika anda serius ingin mengikuti perkembangan ilmu yang akan kami hujahkan dengan lebih mendalam.Terpulanglah kepada anda hendak menganggap sesuatu yang negatif pada kami kerana sesungguhnya Allah MAHA MENGETAHUI.Kepada semua yang selalu mengikuti perkembangan semasa kami,semestinya mereka dapat memahami setiap kata-kata kami.Nantikan penjelasan ringkas yang bakal terungkap tidak lama lagi kepada semua dan penjelasan lebih mendalam di kalangan ahli Brigade Zameer Fisabilillah….

Artikel ini dipetik secara rasmi menerusi laman web www.brigadezameerfisabilillah.blogspot.com

###Salam Peringatan dari Brigade Zameer Fisabilillah###

Tiga Golongan Selepas Membaca NOTA BERMANFAAT Ini

Selepas anda membaca nota ini, anda berhak memilih anda golongan yang mana seperti tertera di bawah.Tiga golongan manusia selepas membaca artikel ini:

1) golongan yang suka share nota ini kepada semua MANUSIA

Sila klik button share di bawah nota ini. Segala kandungan bermanfaat boleh diambil untuk sebaran umum,simpanan, dan sebagainya.Sekiranya anda ingin menyebarkan nota ini ke halaman website lain, SILA LETAKKAN pautan link pada blog anda atau pada artikel yang diambil sebagai kredit kepada penulis...Jazakumullah..Awas!!!Jangan sesekali kerana anda ingin mengejar populariti sehingga suka copy paste dan letakkannya sbg nota hasil penulisan anda sedangkan bukannya anda yang menulis dan mengkaji dengan lebih mendalam nota ini.Ingatlah,ALLAH memerhati segala yang anda lakukan dan Allah mengetahui niat tersembunyi anda itu.

Contohnya,SILA LETAKKAN AYAT INI,

SUMBER dari brigadezameerfisabilillah@yahoo.com, www.brigadezameerfisabilillah.blogspot.com & http://www.facebook.com/pages/Salam-Peringatan-Fisabilillah/187949327922436

Anda umpama tanah. Walaupun hujan hanya turun seketika,anda telah memanfaatkannya sebaik mungkiin. Contohnya, tanah ini akan cepat-cepat mengambil manfaat dari air hujan yang turun sebentar tadi lalu menumbuhkan buah-buahan yang segar untuk kebaikan manusia sejagat.



2) golongan yang suka membantah ayat Al-Quran dan As-Sunnah

Golongan ini suka membantah sesuka hati seolah-olah dia sahaja yang betul. Padahal tanpa dia sedari, kadangkala dia bercakap secara membantah.Ingatlah,perselisihan itu akhirnya akan membawa kecelakaan kepada diri anda sendiri. Apa yang pasti,JANGAN SESEKALI MENOLAK AL-QURAN AS-SUNNAH DALAM KEHIDUPANMU, rajinkanlah dirimu mendekatinya sebelum kamu diiringi ke pusara....JANGAN SESEKALI MENOLAK AL-QURAN DAN AS-SUNNAH DALAM KEHIDUPANMU...(hendak baca huraian lebih lanjut,sila baca sepenuhnya info pada page ini)

Anda seumpama batu-batuan dan pasir.Walaupun hujan selalu turun, namun tidak ada apa-apa perubahan yang berlaku. Batuan tadi tetap kekal sebagai batuan serta tidak menumbuhkan sesuatu yang bermanafaat seperti buah dan sebagainya.



3)golongan yang masuk telinga kanan,keluar telinga kiri

Golongan ini akan memudaratkan dirinya sendiri tanpa dia sedari. Golongan ini walaupun tidak menentang Dakwah Islamiyyah itu contohnya, namun kehadiran mereka juga seolah-olah tidak dirasai oleh masyarakat, kerana mereka menjadi golongan yang tidak ada sensitiviti dan kesedaran untuk membangunkan ummah dengan wasilah Islam yang syumul.Ingatlah,anda boleh komen setiap statement dan nota saya,asalkan komen anda adalah komen motivasi bukannya komen yang bersifat membantah atau komen yang dikategorikan lari dari topik seperti yang telah berlaku sebelum ini.

Anda di ibaratkan seperti air kolam yang bertakung. Keadaan air ini tetap kekal sebagai air dan tidak membuahkan apa-apa hasil yang lain. Apabila hujan turun, air tadi hanyalah akan bertambah, namun tidak ada apa-apa perubahan yang berlaku.

###Sila klik butang SHARE di bawah untuk share maklumat ini bersama rakan-rakan anda, apalah gunanya jika anda mendapat maklumat bermanfaat ini tetapi anda terlupa untuk menyebarkannya kepada orang ramai###

Daripada Luqman: ini sekadar berkongsi apa yang Luqman baca..

Sabtu, 11 Jun 2011

FITNAH BUKAN LAGI PERKARA YANG BOLEH DIPERTIMBANGKAN..

ADAKAH PATUT BEMBELA ISLAM DIANGGAP SEBAGAI TERORIS..
INI DISEBABKAN FITNAH..
OLEH ITU SEBAIK-BAIKNYA HINDARILAH DIRI KITA DARI FITNAH..
KERANA FITNAH DAPAT MEMECAH BELAHKAN NEGARA YANG DULUNYA AMAN..
BERINGAT-INGATLAH KITA APABILA LIDAH KITA PETAH BERTUTUR..

‎"Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya".
( RW ABU NAIM )

Barangsiapa yang beriman kpd Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia berkata yang baik atau diam"
(RW BUKHARI & MUSLIM)

"Barangsiapa diam maka dia terlepas dari bahaya"
( RW AT-TARMIZI )

BANYAK DIAM TIDAK SEMESTINYA BODOH,
BANYAK CAKAP TIDAK SEMESTINYA CERDIK,
KERANA KECERDIKAN ITU BUAH FIKIRAN,
ORANG CERDIK YANG PENDIAM LEBIH BAIK DARI ORANG BODOH YANG BANYAK CAKAP..
MENASIHATI ORANG YANG BERSALAH ,
TIDAK SALAH..
YANG SALAH MEMIKIRKAN KESALAHAN ORANG..

KALAU ORANG MENGHINA KITA,
BUKAN KITA TERHINA,
YANG SEBENARNYA ORANG ITU MENGHINA DIRINYA SENDIRI.

Jangan anda berbicara sesuka hati kecuali perkara yang perlu saja kerana kalau anda ucapkan satu kalimat saja bererti kalimat itu telah menguasai anda dan anda tidak boleh menguasainya..

bersama-samalah kita bercermin diri atau erti kata lain memuhasabah diri agar neraka bukan hak milik kita..

Dari Abi Zar r.a, Nabi S.A.W bersabda: (Hadith Qudsi) ”Firman Allah Taala:

Wahai hamba-hamba-Ku, Aku telah haramkan ke ats diri-Ku kezaliman dan Aku jadikan kezaliman itu juga haram ke ats kamu semua maka janganlah berlaku zalim sesama sendiri..

Wahai hamba-hamba-Ku, semua kamu adalah seasat kecuali orang-orang yang mendapat petunjuk-Ku, maka mintalah hidayah daripada-Ku, nescaya akan Aku berikan..

Wahai hamba-hamba-Ku semua kamu adalah dalam kelaparan kecuali orang yang mendapat makanan daripada-Ku, maka mintalah daripada-Ku nescaya Aku berikan kepadamu..

Wahai hamba-hamba-Ku semua kamu adalah tidak berpakaian kecuali orang yang Aku berikan kepadanya pakaian, maka mintalah daripada-Ku nescaya akan Aku berikan..

Wahai hamba-hamba-Ku, kamu semua melakukan salah dan silap setiap masa dan Aku adalah pengampun dosa-dosa, maka pohonlah keampunan daripada-Ku nescaya Aku akan ampunkan..”

Jumaat, 10 Jun 2011

ZINNIRAH WANITA YANG SUNGGUH AGUNG..

Wanita mithali ini bukanlah terkenal kerana kecantikan atau kebangsawanan. Dia memang tidak memiliki kecantikan atau kekayaan. Dia hanyalah seorang hamba kepada Umar al-Khattab sebelum keislamannya namun dia memiliki aqidah tauhid yang menebal pada zaman penentangan Islam. Biarpun fizikal wanita ini diseksa dengan berbagai-bagai kesakitan, penderitaan & kesusahan tetapi hatinya tetap kepada Allah S.W.T. Dia menerima penyeksaan itu walaupun tubuhnya hancur akibat pukulan demi pukulan, sepakan terajang & hantukan. Namun, demi Islam dia tidak akan menyerah kalah.

Zinnirah, begitulah indah namanya, mungkin tidak ramai yang tahu kisah ketabahan & keagungan cintanya kepada Allah S.W.T. Wanita ini tidak punya ijazah, tidak terkenal di dunia, tidak mempunyai harta apalagi memiliki pangkat yang besar. Namun, Allah S.W.T memuliakan dan memberi penghormatan yang tinggi kepadanya.

Dunia dan segala isinya bukan lagi matlamat. Sekalipun dilonggokkan emas sebesar Bukit Uhud, dia tidak akan menukar aqidah yang telah bertunjang di hatinya. Menurut riwayat islam, Zinnirah adalah di antara org yang awal memeluk Islam.Zaman awal Islam penuh cubaan. Sesiapa yang memeluk Islam, tidak seorang pun bebas daripada pelbagai penderitaan, kecaman, kata nista dan penindasan. Zinnirah mengalami itu semua. Wanita berbangsa Rom ini telah ditawan dan dijual di Kota Makkah. Kemudian Umar al-Khattab membelinya dengan harga yang murah utk dijadikan hamba, seterusnya menjadi tawanan tuannya.

Pada peringkat awal, Zinnirah cuba menyembunyikan pengislamannya daripada diketahui oleh Umar. Dia melakukan ibadah ketika org lain tiada di rumah atau pada waktu tengah malam ketika org lain sedang nyenyak tidur. Namun, lama kelamaan amalan solehahnya dapat dicium oleh musuh.

Sudah tentu org yang paling marah ialah tuannya sendiri iaitu Umar. Siapakah yang tidak kenal dengan Umar al-Khattab yang terkenal dengan sikap kejam, bengis, ganas, garang, tidak berhati perut, tidak berperikemanusiaan itu. Umar terus menampar Zinnirah, menendang, mengikat kedua belah kai tangan Zinnirah. Kemudian, dijemur di tgh panas mentari. Bayangkanlah antara seksaan yang dihadapinya. Sungguh panas padang pasir pada waktu siang dan terlalu sejuk pada waktu malam, badannya dihempap dengan batu besar dan 1001 macam penyeksaan yang diterimanya.

Dalam keperitan fizikal, Zinnirah masih mampu menguntum senyuman. Hatinya tidak putus-putus mengucapkan " Allah, Allah, Allah, Allahu Akbar, Allah lah yang Maha Besar ". Dan hatinya berbisik, " Ini untuk-Mu wahai Tuhan, aku membeli kesusahan ini utk mendapat kesenangan di akhirat ". Begitulah ungkapan katanya yang menjadi penawar utknya.

Kemuncak penyeksaan yang diterima oleh Zinnirah ialah matanya dicucuk dengan besi tajam dan akhirnya gelaplah seluruh pandangan. Hatinya masih mampu berbisik," Tuhan, walau aku dibunuh mati, aku lebih rela daripada menjual agama-Mu ini Tuhan. Semakin aku diuji, semakin terasa kehebatan dan keagungan-Mu Tuhan. Panahan cinta dari-Mu itulah makin menguatkan diri ini utk menerima apa shj. Cuma satu permintaanku, berilah petunjuk kepada org yang menyeksaku ini.

Ternyata doa org teraniaya ini makbul. Akhirnya Umar memeluk Islam setelah mendapat hidayah Allah S.W.T melalui adiknya, Fatimah. Malah Saidina Umar menjadi sahabat yang tergolong Khulafa Arrasyidin...Sifat pembengisnya bertukar menjadi lembut, garang bertukar kepada pemaaf, bakhil bertukar pd pemurah,tidak berhati perut kepada bertimbang rasa, gila dunia kepada gila akhirat.

Kembali kepada Zinnirah, walaupun matanya buta utk melihat alam maya tapi hatinya tidak buta utk menerima cahaya kebenaran Islam. Pandangan hati boleh menembusi pandangan zahir. Apabila melihat keadaan Zinnirah, org-org Quraisy cuba mempermain-mainkannya. Mereka mengatakan Zinnirah buta kerana menerima laknat dari Tuhan mereka iaitu, latta dan Uzza.

Zinnirah menolak penghinaan itu. Baginya kedua berhala itu tiada sedikitpun kena mengena dengan matanya. Dia cuba meyakinkan mereka bahawa masalah buta itu adalah datang daripa Allah S.W.T. Maka Allahlah yang berkuasa mengembalikan pancainderanya seperti biasa.

Berlakulah sedikit kekecohan, org-org Qurais mencabar Zinnirah kerana mempertahan dirinya. Umar pula sudah berhenti menyeksa kerana bosan melihat ketabahan hatinya.

Hambanya tidak mahu sedikitpun berganjak daripada keimanan kepada Allah S.W.T. Tiada siapa yang boleh menolak ketentuan Tuhan. Apabila Allah S.W.T mengambil sekejap nikmat mata, kemudian memulangkannya semula kepada Zinnirah. Allah S.W.T menggantikannya dengan mata yang lebih baik. Zinnirah boleh melihat seperti biasa, lebih terang daripada matanya yang asal. Demikianlah pertolongan Allah S.W.T kepadanya bagi menguatkan lagi keimanannya. Tidak lama kemudian, Saiyidina Abu Bakar datang menyelamatkan Zinnirah dengan membelinya dengan harga tinggi. Terselamatlah dia daripada menjadi penindasan org-org kafir.

Di antara sifat wanita yang solehah ini, dia sentiasa merasa Allah S.W.T memerhatikan dirinya, setiap detik dan saat. Apabila nafsunya mengajak berbuat sesuatu perkara yang mungkar, segera pula hatinya bertindak balas dengan mengatakan Allah S.W.T Maha Melihat. Nafsu yang mahu berbuat segera ditepis dengan katanya," wahai nafsu mengapa engkau tidak takut dengan neraka?".

Hati Zinnirah sentiasa terpimpin, begitu juga dengan akhlaknya. Hasilnya, hati dan jiwa merasa aman daripada kongkongan hawa nafsu. Kemerdekaan jiwa inilah yang diperolehi oleh Zinnirah, wanita yang tidak terkenal di dunia tetapi terkenal di langit.

Marilah kita berazam dengan membulatkan sepenuh pengharapan memohon pada Allah S.W.T supaya sentiasa mendapat petunjuk dan hidayah. Sekiranya diuji dengan pelbagai dugaan biarlah hati kita setabah Zinnirah. Biarlah iman kita sekuat dirinya. Biarlah hati kita terus celik...inilah idola kita, Zinnirah....

by: http://ustaznaim.blogspot.com/2010/03/kisah-zinnirah-wanita-buta-yang-celik.html

Khamis, 9 Jun 2011

CEMBURU YANG PROFESIONAL

Dari Abu Hurairah, Aisyah berkata : “ Aku tidak pernah merasa cemburu kepada seorang wanita sebesar rasa cemburu ku pada Khadijah.. Aku tidak pernah melihatnya, tetapi Rasulullah sering menyebut dan mengingatnya ”. Ketika menyembelih seekor kambing, beliau selalu memotong sebagian ...dagingnya dan menghadiahkannya kepada sahabat-sahabat Khadijah.. Aku pernah berkata kepada Rasulullah, ‘ Seperti tidak ada wanita lain di dunia ini selain Khadijah ’. Rasulullah menjawab, ‘ Khadijah itu begini dan begitu, dan dari dialah aku memperoleh anak.’
(HR Bukhari, Muslim, Tirmidzi, dan Baghawi)

Subhanallah, begitu detail Aisyah, isteri Rasulullah yang jelita menceritakan rasa cemburunya.. Dan itu di ungkapkannya kepada semua orang yang berniat mendengarkan kisah tauladan dan perasaan yang di alami Aisyah.
Bagaimana bisa seorang wanita menceritakan rasa cemburunya, kejadian demi kejadian yang secara jujur pasti menyakitkan dan membuat hati serasa teriris pisau.. Namun Aisyah dengan cara yang sangat professional ternyata mampu mengatasi itu semua serta menceritakan semua kejadian dan perasaan yang di alaminya untuk di jadikan ibrah atau pelajaran bagi siapa saja yang mendengarkan bahkan sampai beratus tahun kemudian... Aisyah akan terus bercerita tentang kisah hidup rumah tangganya berulang kali sampai sekarang, seakan-akan apa yang di alami oleh beliau baru beberapa hari yang lalu terjadi.. Sehingga kitapun seakan hadir pada waktu peristiwa itu terjadi.. Subhanallah demikian indah beliau menggambarkan perasaannya yang secara fitrah pasti tidak enak, kerana sikap profesionalnya yang di landasi keimanan yang tinggi..

Ya, Aisyah demikian profesional dalam menjalankan tanggungjawab sebagai isteri terdekat Rasul yang meriwayatkan berbagai hadhis, untuk di jadikan hikmah bagi umat.. Aisyah mampu mengelola rasa cemburunya sehingga rasa cemburu itu di kemas dengan indah sehingga menjadi cemburu yang profesional... Sanggupkah kita memiliki cemburu yang profesional?, Iaitu cemburu namun tetap professional, tidak menyakiti diri sendiri, tidak kekanak-kanakan atau mencelakan orang lain dan atau marah marah tidak keruan, memendam rasa berbulan bulan, cemberu serta negative thinking ketika cemburu menyerang kita... Mampukah kita mengelola rasa cemburu agar menjadi cemburu yang profesional, misalnya ketika kita mengalami cemburu yang sangat dahsyat di saat suami kita berpoligami atas dasar agama, memperluas dakwah dan menolong si papa. Kita tetap tabah dan sabar dan tetap beribadah serta melakukan tugas sebagai isteri dengan ikhlas secara profesional sehingga cemburu tidak mengganggu kerja dan ibadah kita.. Selain itu cemburu juga harus tetap profesional bila suami kita di haruskan untuk berdakwah kemana-mana dan hanya menyisakan waktu sedikit saja untuk kita.

Ada pepatah yang mengatakan bukan berbagi suami, tapi memang tidak kebagian suami, kerana waktunya habis untuk yang lain selain kita iaitu isteri yang lain, dakwah, kerjayan dan lain sebagainya.. Ternyata hanya keimanan yang tinggilah yang mampu membuat kita memiliki kepandaian untuk mengelola rasa cemburu sehingga menjadi cemburu yang profesional.. Hidup Aisyah, darimulah aku terinspirasi untuk memiliki cemburu yang professional. Milikilah cemburu seperti Aisyah, tetap melakukan tugas dan tanggung jawab dengan baik tanpa terganggu oleh rasa cemburu itu...

Wallahu'alam..

by:Ibu Nora

WAKTU BERKAIT RAPAT DENGAN KEHIDUPAN SEHARIAN..

Ambillah waktu untuk berfikir,
kerana itulah sumber kekuatan minda..

Ambillah waktu untuk bermain,
kerana itulah rahsia masa muda kita...

Ambillah waktu untuk berdoa,
kerana itulah sumber ketenangan di hati..

Ambillah waktu untuk belajar,
kerana itulah sumber kebijaksanaan yang kita terokai

Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai,
kerana itulah hak istimewa dari Tuhan

Ambillah waktu untuk bersahabat,
kerana disitu tercipta keseronokan

Ambillah waktu untuk tertawa,
kerana itulah alunan muzik yang menggetarkan hati

Ambillah waktu untuk memberi,
kerana itu membuat hidup rasa amat beerti

Ambillah waktu untuk bekerja,
kerana itulah nilai keberhasilan kita

Ambillah waktu untuk beramal,
kerana di situlah kuncinya pintu syurga...

by:Ibu Nora

JADIKAN DIA DEKAT DENGAN KITA...

Jika sedang sendiri janganlah merasa sepi....
ada Allah yang mengawasi..

Jika sedih jangan di pendam dalam hati....
ada Allah tempat berbagi..

Jika susah jangan menjadi pilu....
ada Allah tempat mengadu..

Jika gagal janganlah putus asa....
ada Allah tempat meminta..

Jika bahagia janganlah menjadi lupa....
ada Allah tempat memuja..

Ingatlah Allah selalu....
niscaya Allah akan mengingat mu...

by : Ibu Nora

AKU MILIK MU..

"Sesungguhnya aku kepunyaan Allah dan kepada Mu Ya Allah aku kembali”

Semua akan meninggalkan kita jika kita tersilap langkah.. Mereka akan mencemuh walaupun hati bisa berkata akan memaafkan.. Mulut yang manis akan bertukar jadi pahit, masin dan busuk akibat kemaraan syaitan yang membakar obor kejahatan dala...m diri.. Jika benar ini ujian dari Allah, maka sabarlah.. Jika ini pengajaran untuk perolehi teman yang terbaik maka redhalah.. Dan jika ini membuat kita matang maka bersangguplah.. Inilah nikmat ujian..

Usah khuwatir kerana hati yang jauh dari Allah akan di dekatkan hanya kerana keizinan Allah.. Allah itu maha memelihara dan usah sedih kerana cintakan makhluk tidak akan kekal dan cintakan manusia akan membuat hati yang sihat bisa sakit.. Jika ini jalan untuk dapat cahaya Ilahi maka biarkan ia datang tapi bersyarat kenal Allah dalam diri.. Berhati-hati dari terpaut pada yang fana.. Kerana yang kekal adalah DIA dan yang luput adalah kita dan isi yang ada di sekeliling.. Usah bersedih kerana inilah masa untuk dekat dengan Allah dan inilah masa untuk melihat mana yang terbaik bersama kita..

Benar.. Diri akan menangis kerana bermacam ujian.. betapa beratpun akan cuba di pikul... Kerana ujian inilah diri kerdil ini kembali membuka kitab hadith untuk memujuk hati yang hiba.. Teringat pesan baginda saw Rasulullah pernah bersabda:

" Apabila Allah kasihkan seseorang, Allah mengenakan dengan suatu cubaan sehingga Allah mendengar rengekan permintaan yang bersungguh-sungguh.”
(Dari Masnad Firdaus oleh Dailami)

Mungkin ujian ini cukup perit untuk di lalui…Terkadang terjatuh seorang diri, tetapi jangan sesekali tinggalkan Ya Rabbi.. Jika benar hari esok akan cerah maka tunggu dan bertawaqallah dengan doa dan harapan.. Biarlah masa kelmarin, kerana dosa lepas akan buat hati terus sayu.. Benar, Kabus akan hilang, malam akan di gantikan siang, Tangis akan di ganti dengan tawa. Itulah lumrah alam. Jadikan setiap langkah hari esok adalah langkah yang benar dan di bantu oleh Mu Ya Allah..

... Ibu Nora ...

ITULA SOMBONG SANGAT..


Oleh Mohd Zakuan Tak


SOMBONG bererti terasa kelebihan dan kehebatan yang ada pada diri sendiri, kemudian ditambah dengan sifat suka menghina dan merendahkan orang lain. Orang sombong memandang rendah manusia lain kerana berasakan sesuatu kelebihan yang ada pada diri mereka.


Begitulah sombongnya Iblis yang enggan sujud kepada Nabi Adam. Tidak cukup dengan kesombongannya kepada Allah, lalu ia menempelak: “Mana bisa aku bersujud kepada manusia, kerana aku dijadikan dari api yang mulia, sedangkan Adam dijadikan dari tanah yang hina.


Penyakit sombong akan menyerang sesiapa saja, baik lelaki atau perempuan, golongan bangsawan atau bawahan, berjawatan tinggi ataupun pengemis di jalanan.


Allah berfirman yang bermaksud:



“Aku akan belokkan dari keterangan-Ku, orang yang menyombongkan dirinya di muka bumi, di luar kebenaran.” (Surah al-A’raf, ayat 146)


Sombong yang paling keji ialah bersifat sombong terhadap Allah. Tercatat dalam al-Quran, antara manusia yang pernah sombong terhadap Allah ialah Namrud yang ingin memerangi tuhan, keduanya Raja Firaun yang pernah mengaku dirinya Tuhan.


Allah berfirman yang bermaksud:



“Sesungguhnya, orang yang menyombongkan dirinya dari menyembah Aku, akan masuk neraka jahanam dengan kehinaan.” (Surah al-Mukmin, ayat 60)


Sombong yang kedua ialah bersifat sombong kepada Rasul dan ajarannya seperti tidak mengiktiraf rasul yang diutus Tuhan kerana kemiskinan dan kehinaan keturunan, seperti Firaun yang mengaku dan menganggap dirinya tuhan, tidak mengaku Nabi Musa rasul utusan Allah.


Begitu juga Abu Lahab serta kaum Quraisy yang enggan menerima Muhammad SAW sebagai nabi akhir zaman.


Oleh itu mari kita memeriksa diri, apakah kita sudah dijangkiti virus sombong ini atau tanpa diketahui kita adalah salah seorang penghidap serius penyakit itu selama berpuluh tahun.


Iman Al-Ghazali menyimpulkan ada tujuh cara untuk mengenali seseorang yang sedang dan sudah menghidap penyakit hati yang merbahaya ini :



  • Pertama, kelebihan seseorang kerana pengetahuan ilmunya, baik ilmu dunia atau ilmu akhirat. Apabila ilmu sudah penuh di dada dia menganggap semua orang lain jahil belaka, semua orang buta dan jika ada pandangan yang bernas tetapi tidak diterimanya.

Orang sombong seumpama ini, menghendaki dirinya selalu dihormati oleh orang lain terutama ketika di khalayak ramai, oleh anak muridnya dan orang bawahannya serta sentiasa meminta diberi layanan mulia.


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:



“Tidak akan masuk neraka, orang yang di dalam hatinya ada seberat sebiji sawi darinya iman, dan tidak akan masuk syurga yang di dalam hatinya ada seberat biji sawi darinya sombong.” (Hadis riwayat Muslim dan Abu Daud)



  • Keduanya kerana kelebihan beribadat seseorang. Penyakit orang ahli abid yang merasa diri mereka terlalu banyak beribadat berbanding dengan orang lain sehingga menganggap orang lain tidak mampu beribadat seperti mereka.

Sedangkan mereka terpedaya dengan tipu daya syaitan. Rasulullah SAW mengingatkan melalui sabda Baginda yang bermaksud:



“Bahawa siapa yang memuji dirinya sendiri atas suatu amal salih, bererti sudah tersesat daripada mensyukurinya, dan gugurlah segala amal perbuatannya.”


Jika kita bersifat seperti ini, menghina orang yang tidak bersembahyang atau apabila orang mengerjakan maksiat, lantas menggelengkan kepala dan terdetik di dalam hati, “Apa nak jadi dengan kamu semua. Mengapa tidak alim dan warak seperti aku,” maka kita adalah dalam kategori orang yang berpenyakit sombong. Oleh itu, bersegeralah bertaubat atas kejelekan akhlak.



  • Perkara ketiga yang membuatkan kita sombong ialah kerana ego memperkasakan keturunan, bangga kita berketurunan mulia lagi bangsawan, suka menyebut nama datuk nenek moyang kita yang dulunya dikatakan keramat atau hebat.

Sifat sombong seperti ini tidak ubah seperti kaum Bani Israel yang dilaknat Tuhan, seperti termaktub dalam al-Quran. Mereka bangga dengan keturunan mereka yang banyak menjadi nabi ikutan, konon keturunan mulia dikasihi tuhan.


Mereka rakus melakukan apa saja termasuk membunuh golongan lemah kerana keegoan menganggap orang lain tidak semulia mereka. Seandainya kita zalim, bangga dengan status keturunan, maka kesombongan itu sama dengan kesombongan kaum Bani Israel yang dilaknat tuhan.



  • Perkara keempat menjadikan kita beroleh sombong ialah kerana berasa diri cantik dan sempurna malah memandang orang lain dengan hina, seperti merendah-rendah ciptaan Allah hingga sanggup menyindir atau memberi gelaran tidak baik seperti pendek, berkulit hitam atau gemuk.

  • Sifat sombong kelima berpunca daripada kelebihan harta diberi Allah membuat kita lupa daratan, berbangga dengan kekayaan yang ada, rumah besar, kereta mewah hingga memandang rendah orang yang kurang berada.

  • Keenam, sombong kerana kekuatan dan kegagahan diri. Semua orang akan dibuli kerana kuatnya badan kita tidak terperi, hingga boleh memakan kaca seperti mengunyah. Boleh menarik bas dan lori hanya dengan gigi. Boleh dihempap badan dengan batu dan besi.

  • Akhirnya yang ketujuh kata Imam Ghazali, ialah sombong dan berbangga kerana ramainya pengikut setia di belakang diri, sepertinya orang alim berbangga dengan ramainya murid yang memuji. Guru silat pula berbangga dengan ramainya murid yang tidak lut ditetak dan dijilat api.

Justeru, hendaklah memeriksa diri sama ada tujuh perkara yang membawa kepada penyakit sombong ada pada kita atau tidak. Penawarnya ada di tangan sendiri kerana penyakit sombong hanya akan memakan diri.


Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud:



“Orang yang sombong, keras kepala dan takbur, akan dikumpulkan pada hari kiamat, dalam bentuk semut yang kecil, yang dipijak mereka oleh manusia, kerana hinanya mereka pada Allah.” (Diriwayatkan oleh Al-Bazzar dari Abu Hurairah)



HANYA TEGURAN SAHAJA..


Sabda Rasulullah S.A.W.


“Sesiapa antara kamu yang melihat satu kemungkaran, maka ubahlah ia dengan tangannya, sekiranya tidak mampu maka ubahlah dengan lidahnya, sekiranya tidak mampu ubahlah dengan hatinya dan itu selemah-lemah iman.”


(hadis Muslim)


Tapi INGAT, mengumpat, mengata, perli-memerli jelas jauh menyimpang daripada definisi tegur menegur. Sedikit pun tidak ada kaitan dengan menegur..



“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah suatu kaum


mengolok-olok kaum yang lain, (kerana) boleh jadi mereka


(yang diperolok-olokkan) lebih baik dari mereka (yang mengolok-olok), dan jangan pula perempuan-perempuan (mengolok-olokkan) perempuan lain, (kerana) boleh jadi perempuan


(yang diperolok-olokkan) lebih baik dari perempuan


(yang mengolok-olok).


Janganlah kamu saling mencela satu sama lain, dan janganlah saling memanggil dengan gelar-gelar yang buruk.


Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk (fasik) setelah beriman. Dan barang siapa tidak bertaubat, maka mereka itulah


orang-orang yang zalim.”




(Surah Al-Hujurat, ayat 11)




“Celakalah bagi setiap pengumpat dan pencela.”




(Surah Al-Humazah, ayat 1)

JIKA SESUATU IBADAH DILAKUKAN DENGAN IKHLAS MAKA..!!

Suatu ketika Syufayyi Al-Ashbahy memasuki Madinah , kemudian ia melihat seseorang sedang dikerumuni massa yang ternyata adalah Abu Hurairah RA, lalu Syufayyi mendekatinya dan duduk didepannya. Syufayyi berkata, “aku memintamu dengan sebenar-benarnya, engkau belum menceritakan pada kami sebuah Hadits yang engkau dengar dari Rasulullah SAW, dan engkau benar-benar mengetahuinya”. Abu Hurairah RA, menjawab, “akan kuceritakan padamu Hadits yang diceritakan Rosulullah.

Rasulullah bercerita kepadaku, ”pada hari kiamat kelak, Allah SWT akan turun menemui hamba-hambaNya untuk memberikan keputusan. Saat itu setiap umat bersimpuh dihadapan Allah SWT, orang yang pertama dipanggil adalah para penghafal Al Qur’an, orang yang diberi harta melimpah, dan orang yang syahid dijalan Allah SWT.


Allah berfirman, ”bukankah telah Aku ajarkan kepadamu wahyu yang Kuturunkan pada Rasulmu,” dia menjawab, ”benar wahai Rabbku, ” lalu Allah bertanya, “apakah yang engkau lakukan dengan ilmu yang kau ketahui?” mereka menjawab, “kugunakan untuk shalat siang dan malam. Allah berfirman, “kau dusta”. Para malaikatpun berkata,”kau bohong”, Allah berfirman, “bahkan kau ingin dikatakan sebagai Qori’ dan cita-citamu kinipun terlaksana”.

Lalu didatangkan orang yang berharta, Allah berfirman kepadanya, “bukankah telah Kulapangkan rezki untukmu sehingga kau tidak membutuhkan orang lain?” jawabnya, “benar wahai Rabbku”, amal apakah yang kau lakukan dengan harta yang Ku berikan?” jawabnya, “kusambung kekrabatan dan kugunakan untuk bersedekah”, Allah berfirman, “kau dusta”, bahkan para malaikatpun berkata, “kau bohong”, Allah berfirman, “kau ingin agar disebut dermawan dan keinginanmu pun kini telah terwujud”.


Kemudian didatangkan lagi orang yang terbunuh dijalan Allah, lalu Allah berfirman, “karena apa kau terbunuh?” jawabnya, “Engkau perintahkan aku untuk berjihad dijalanMu, lantas aku berperang hingga terbunuh”, Allah berfirman, “kau dusta”, para malaikatpun berkata, “kau bohong”, Allah berfirman ,”Engkau ingin disebut sebagai pemberani dan kini keinginanmu telah terkabul”.


Kemudian Rasulullah memukul lututku sambil berkata, “wahai Abu Hurairah, tiada lain orang tersebut adalah makhluk Allah yang pertama kali dijadikan bahan bakar api neraka pada hari kiamat nanti.


By: SETYAWAN

IKHLAS..

Ikhlas sifat yang paling indah,
seindah indah permandangan..

Ikhlas ini halus,
halus sehalus kuman..

Ikhlas itu tidak berbayar,
tetapi hendak mendapatkan ikhlas sangat sukar..

Ikhlas ibarat pohon hijau,
apabila dipukul angin pohon turut bergoyang..

Bayangkan engkau sedang kelaparan ketika sedang berpuasa,
ketika kamu berjalan dibelakang kedai sesudah membeli juadah untuk berbuka,
Dan engkau terlihatan wanita mencari makanan di situ,
wanita itu meminta sedikit daripada juadah yang anda beli..
Dan engkau memberinya wang atau juadah tersebut..

Adakah anda beri itu kerana kasihan atau keikhlasan..?

Niat salah satu daripada cara supaya melatih engkau ikhlas dalam berbuat sesuatu..

Ahad, 5 Jun 2011

Binalah Keikhlasan dalam Setiap Amalmu..

Assalamualaikum warahmatullah,



Alhamdulillah. Setinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah SWT kerana dengan kasih sayang Allah SWT, kita masih lagi diberi peluang untuk meneruskan kehidupan kita sebagai hambaNya. Justeru, marilah kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dan beriltizam dalam mentaati setiap suruhan-Nya dan meninggalkan setiap larangan-Nya.


Wahai sahabat dan akhowat yang dikasihi kerana Allah,


Ikhlas merupakan salah satu daripada amalan hati. Maksud ikhlas ialah melakukan sesuatu semata-mata mencari keredhaan Allah SWT, tanpa dicampuri dengan tujuan lain seperti keinginan hawa nafsu, keuntungan, pangkat, harta, kemasyhuran, kedudukan, meminta pujian atau lari dari kejian, mengikut hawa nafsu tersembunyi atau tujuan-tujuan lain yang bukan kerana Allah SWT.


Sesungguhnya, Allah tidak menerima satu amal atau perbuatan tanpa disertai keikhlasan.


Firman Allah SWT;


“Barangsiapa mengharap perjumpaan dengan Tuhan-Nya maka hendaklah ia mengerjakan amal salih dan janganlah ia mempersekutukan seorang pun dalam beribadah kepada Tuhannya.”






[Surah Al-Kahfi: 110]






Rasulullah SAW juga ada berpesan sebagaimana telah diriwayatkan oleh Abu Daud dan An-Nasa’i menjelaskan:






“Sesungguhnya Allah Azzawajalla tidak akan menerima sesuatu amalan melainkan ikhlas kepada-Nya, dan ditujukan hanya untuk-Nya.”






Wahai sahabat dan akhowat yang dikasihi kerana Allah,






Tuntasnya, keikhlasan merupakan elemen yang sangat penting dalam setiap amal. Hal ini kerana, keikhlasan merupakan garis pemisah sama ada amalan atau kerja-kerja itu diterima atau ditolak oleh Allah SWT. Kerja yang baik mempunyai dua rukun iaitu; pertama, Ikhlas dan betul niat, serta kedua, bertepatan dengan sunnah dan syarak.






Allah SWT berfirman tentang amal yang dimaksudkan selain daripada Allah akan menjadi sia-sia. Firman Allah SWT;






“Dan Kami hadapi segala amal yang mereka kerjakan, lalu Kami jadikan amal itu sebagai debu berterbangan”






[Surah Al-Furqan: 23]






Wahai sahabat dan akhowat yang dikasihi kerana Allah,






Terdapat beberapa unsur yang sangat penting dalam melahirkan keikhlasan, antaranya ialah:






[1] Menumpukan perhatian hanya kepada ‘pandangan’ Al-Khaliq, bukan pandangan makhluk. Al-Fudhail bin Iyadh berkata;






“Amal yang dikerjakan kerana manusia adalah syirik, meninggalkan amal kerana manusia adalah riak, sedangkan ikhlas adalah jika engkau bebas daripada keduanya.”






[2] Tidak menghitung-hitung pahala amalnya. Orang mukhlis (yang ikhlas) tidak merasa aman terhadap amalnya kerana dia bimbang amalnya tidak diterima Allah SWT.






[3] Orang mukhlis melihat amal yang dilakukannya itu adalah dengan taufiq daripada Allah SWT. Oleh itu, tidak layak baginya menuntut ganjaran daripada amalnya. Malah, dia melihat pahala merupakan kebaikan daripada Allah SWT atas dirinya, sebagaimana sabda Rasulullah SAW;






“Sekali-kali amal salah seorang daripada kamu tidak akan mempu memasukkannya ke dalam syurga.” Mereka bertanya, “Begitu juga amalan kamu wahai Rasulullah?” jawab baginda,”Ya, begitu juga aku, kecuali Allah melimpahkan Rahmat-Nya kepadaku.”






[Muttafaq Alaihi]






Wahai sahabat dan akhowat yang dikasihi kerana Allah,






Mengapa Allah menyuruh kita ikhlas? Ikhlas dapat melahirkan berbagai natijah kepada individu. Secara umumnya, dapat dijelaskan seperti berikut:






[1] Ketenangan jiwa.






Ikhlas memberi ketenangan jiwa dan kedamaian hati kepada pelakunya, sehingga lapang dada dan terang hatinya. Hatinya hanya fokus kepada satu tujuan, iaitu keredhaan Allah SWT.






[2] Kekuatan rohani.






Ikhlas memberi kekuatan rohani kepada orang mukhlis kerana keunggulan tujuan ikhlas di dalam dirinya dan kehendaknya yang menyatu iaitu keredhaan Allah SWT. Sebaliknya, orang yang gila harta, kedudukan, kehormatan atau gelaran adalah amat lemah, kerana takut kehilangan keuntungan yang diharapkannya. Sedangkan orang yang menjual dunia kerana Allah, dia akan memperoleh kekuatan.






[3] Kerja berkesinambungan.






Ikhlas melahirkan individu yang bekerja secara berterusan. Orang yang bekerja kerana Allah tidak akan memutuskan kerjanya, tidak berundur dan tidak merasa malas. Hal ini kerana asas kerja mereka tidak akan luput. Firman Allah SWT;






“Tiap-tiap sesuatu pasti binasa, kecuali Allah. Bagi-Nyalah segala penentuan, dan hanya kepada-Nyalah kamu dikembalikan.”






[Surah Al-Qasyasy: 88]






Sebagai kesimpulan, Allah tidak menerima amal yang tiada keikhlasan. Allah redha amalan yang baik jika disertai keikhlasan, terlepas daripada syirik, samada kecil atau besar, samada kelihatan atau tersembunyi. Keikhlasan tidak akan sempurna kecuali dengan niat yang tulus, semata-mata kerana Allah, yang terlepas daripada kecenderungan individu atau duniawi. Wallahu’alam.






Amnani Binti Shamjuddin.






Presiden SiswiHALUAN,






HALUANSiswa Nasional.






28 Februari 2011.

Jumaat, 3 Jun 2011

MUSLIMAH SOLHAH..



gerak langkahmu memikat dihati,


lirik senyummu manis sekali,


namun kini aku menyedari,


ia adalah ranjau berduri..


senyumman itu racun berbisa,


Mengugat naluri menggoda jiwa,
Walau rupamu amat menawan,
Namun ku tetap pilih yang beriman


Ranjau Menawan - NowSeeHeart


Dahulu muslimat mungkin merupakan cabaran yang besar yang dapat meruntuhkan keimanan seorang muslimin. Namun hari ini, ketahuilah wahai muslimin, anda merupakan cabaran yang besar bagi muslimat dalam memagari diri di dalam rumah 'solehah'. Saban hari ada sahaja penjaja-penjaja cinta yang melalui halaman rumah 'solehah' ini, yang membuatkan kadang-kadang, muslimah ini teruja untuk melihat 'apakah yang dijual mereka?'.


Kami memagari diri kami,
Agar kamu (wahai muslimin) dapat istiqamah dalam perjuanganmu,
Kami mengeraskan kelembutan kami,
Agar kamu mampu fokus dalam gerak langkahmu,
Kami lari dari fitrah azali kami,
Agar tidak terganggu imanmu,
Namun mengapa kamu masih mengusik hati serta keimanan kami?
Sedang kita perlu saling bantu-membantu dalam menjaga iman masing-masing.


Agar gerak kerja kita dalam perjuangan ini tidak terganggu. Sekiranya kamu sering menganggu iman kami, maka kelemahan kami yang terserlah pula akan menganggu imanmu. Dan akhirnya kita bersama-sama jatuh ke tempat yang binasa. Na'uzubilahi min zalik!


Apabila kamu melihat ada muslimat yang solehah, atau yang sedang mengadaptasi sifat 'solehah' dalam diri. Jangan kamu ganggu mereka dengan kata-kata manismu, jangan kamu ganggu iman mereka dengan menguji sejauh mana tahap 'solehah' mereka. Apakah kamu tegar kehilangan bunga-bunga 'solehah' yang bakal mengindahkan dunia Islam ini?.


Kami sendiri pelik, apabila ada muslimin yang mengirimkan article tentang 'ikhtilat', sebagai peringatan buat muslimat. Tetapi kemudiannya muslimin itu sendiri menghantar mesej,
'Hati-hati ye balik, kalau terjatuh,bangun sendiri, hehe'.


Atau mungkin apa sahaja perbuatan atau perkataan yang boleh mengundang dosa. Jangan menipu diri sendiri muslimin hanya dengan bertopengkan ilmu kepalsuan.


"Owh maksud saya tu, jaga diri. Awak jangan su'uzhon",
"Saya tak nak lah rasa ikhtilat ni terlalu formal kita biasa-biasa je "


Apa sebenarnya yang kamu (wahai muslimin) cari?
Kamu mahu kami menjadi muslimah solehah, tapi kamu tidak membantu kami ke jalan itu,
Malah kamu sering menganggu 'perhatian' kami.
Atau mungkin kamu ingin kami jadi muslimah yang hipokrit? Di depan semua orang, ikhtilat, aurat, ibadah semua dijaga,
Tetapi di belakang orang,kami hanya memiliki abu-abu iman yang ringan, yang tidak berguna.


Ketahulah wahai muslimin,
Kita memerlukan kekuatan satu sama lain,
Dalam memangkin perjuangan ini,
Jika salah satu dari kita lemah dalam mempertahankan iman,
Ia akan memberi kesan kepada keduanya.


ketahuilah wahai muslimin
kami ingin menjadi isteri yang solehah, juga ibu yang dapat menjadi qudwatun hasanah,
Bagi melahirkan mujahid dan mujahidah,
kami memerlukan seorang suami yang soleh sebagai ketua keluarga,
Jadikan kami ini selayaknya untuk kamu,
Dan kamu selayaknya untuk kami.




Muslimat- perempuan


Muslimin- lelaki


Ikhtilat - perhubungan lelaki dan perempuan


su'uzhon- bersangka buruk




Artikel iluvislam.com




pic By: RUSDYEE ARTZ

SOLEHAH..




Kehebatan wanita pada zaman rasul terserlah..

dan sehingga hari ni kisah seperti Zinnirah, Balqis, Aisyah, Khadijah dan ramai lagi..

kehebatan mereka sememangnya tidak ada tandingannya..

Ya Allah perliharalah mereka daripada terdedah aurat..

kuatkan Iman mereka untuk menjadi Isteri yang solehah dan menjadi ibu yang sentiasa mengasihi anaknya serta Ikhlas dalam melakukan sesuatu perkara..

Rabu, 1 Jun 2011

DIA BUKAN MILIKKU..



kehidupan didunia hanyalah sementara..

dunia ini hanyalah pinjamnan sewaktu kita hidup..

MUHASABAH..

setiap orang mukmin seharusnya memuhasabah diri agar tidak tergelincir dilandasan menuju Allah..


pic by: rusydee artz

kekangan masa menyebabkan pelajar hilang arah dan tumpuan dalam kelas..?


"perasaan cinta itu adalah normal dan bercinta itu adalah fitrah.
Tapi, bagaimana CARA kita bercinta itulah yang menentukan kualiti cinta kita di sisi Allah..."

Hiduplah untuk buat apa yang Allah suka,
bukan
apa yang kita suka..


by: musegslo.blogsport.com