Saya

Foto saya
SEMOGA SEDIKIT SEBANYAK DAPAT KITA JADIKAN ILMU WALAUPUN HANYA SEDIKIT.. KATA SEORANG ULAMAK "SEMAKIN KITA MENDALAMI ILMU SEMAKIN KITA TAHU YANG KITA SEBELUM INI ADALAH BODOH..

Isnin, 28 Februari 2011

Akidah..

jadikan Akidah umpama layang-layang yang tidak putus talinya..

Ikhlas itu umpama semut hitam yang berjalan di atas batu yang sangat hitam pada

malam yang gelap gelita..

Sabar umpama irama dan nyanyian..

Nikmat itu umpama binatang buas hendaklah diikat dengan tali syukur..

... Pada hari ini, telah Ku-sempurnakan untuk kamu agama-mu, dan telah Kucukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah , Ku-redhai Islam itu agama bagimu ..."
(Al-Quran al-Maidah, 5 :3 )

Aqidah secara etimologi dari asal kata ’aqada – ya’qidu yang bermakna mengikat sesuatu, jika seseorang mengatakan (aku ber’itiqad begini) artinya saya mengikat hati dan dhamir terhadap hal tersebut. Dengan demikian kata aqidah secara terminologi bermakna : sesuatu yang diyakini sesorang, diimaninya dan dibenarkan dengan hatinya baik hak ataupun batil.

Sedangkan makna aqidah ditinjau dari pengertian syariat Islam adalah beriman kepada Allah, para malaikat-Nya, kitab-kitab dan rasul-rasul-Nya beriman kepada hari akhir dan taqdir (ketentuan) Allah yang baik maupun buruk.

Allah berfirman:

”Wahai orang-orang yang beriman,

berimanlah kamu kepada Allah,

Rasul-Nya dan kitab yang diturunkan kepda Rasul-Nya dan kitab yang diturunkan sebelum itu,

dan barangsiapa yang kufur kepada Allah,

dan malaikat-Nya,

kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya,

dan hari akhir benar-benar ia telah sesat dengan kesetan yang jauh.”

(QS. An-Nisa’ 136)

Adapaun mengenai takdir, Allah berfirman:

”Sesungguhnya Kami menciptakan segala sesuatu menurut ketentuan”

(QS. Al-Qamar: 49)

“Yang kepunyaan-Nya-lah kerajaan langit dan bumi, dan Dia tidak mempunyai anak,

dan tidak ada sekutu bagi-Nya dalam kekuasaan (Nya),

dan Dia telah menciptakan segala sesuatu,

dan Dia menetapkan ukuran-ukurannya dengan serapi-rapinya.”

(QS. Al-Furqon: 2)

Apa yang disebutkan diatas dari pengertian aqidah secara syar’i merupakan pokok-pokok aqidah Islam yang dinamakan dengan Arkanul Iman (rukun-rukun iman) atau Al-Ushulusittah (dasar-dasar keimanan yang enam). Dari keenam pokok keimanan inilah akan bercabang semua masalah aqidah lainnya yang wajib diimani oleh setiap muslim baik berkaitan dengan hak-hak Allah, urusan akhirat maupun masalah-masalah ghaib lainnya.


BERMAIN..

tahukah anda..?
kita dibentuk oleh Rasulullah dari pelbagai aspek..
sehinggakan bermain pun diajar olehnya..
sesetengah orang menganggap bermain ini tidak mendapat apa-apa pun..
melainkan letih dan darharga..
tetapi jika kita niat kerana Allah semuanya akan dikira sebagai pahala..
kerana kita bermain untuk sihat..
kita diajar cara bermain serta kita perlu menjaga akidah kita ketika bermain..
jika kita menjaga akhlak, adab ketika bermain..
serta kita sabar yakni ..
dan kita menjaga aurat kita..
nescaya allah akan memberi ganjar pahala kepada kita..
Rasulullah juga menyuruh kita memanah menuggang kuda dan berenang..

Dalam riwayat lain dari salman bin al akhwa berkata:” Rasulullah Saw berjalan melewati sekumpulan lelaki yang sedang berlawan memanah, lalu Rasulullah bersabda,” Memanahlah kalian wahai bani Ismail karana ayah kalian adalah para pemanah, memanahlah sedangkan saya berada pada pihak bani fulan.” Salman melanjutkan,” salah satu kelompok memegang panah ditangannya ( tidak mau berlawan ) Rasulullah lantas bertanya,” Mengapa kalian tidak mau memanah ?” Mereka menjawab,” Bagaimana kami akan memanah sedangkan engkau berada di pihak mereka?” Rasulullah menjawab,” Memanahlah karana aku ada dipihak kalian semua.”

Ahad, 27 Februari 2011

Pahlawan Neraka..

Suatu hari satu pertempuran telah berlaku di antara pihak Islam dengan pihak Musyrik. Kedua-dua belah pihak berjuang dengan hebat untuk mengalahkan antara satu sama lain. Tiba saat pertempuran itu diberhentikan seketika dan kedua-dua pihak pulang ke markas masing-masing. Di sana Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabat telah berkumpul membincangkan tentang pertempuran yang telah berlaku itu. Peristiwa yang baru mereka alami itu masih terbayang-bayang di ruang mata. Dalam perbincangan itu, mereka begitu kagum dengan salah seorang dari sahabat mereka iaitu, Qotzman. Semasa bertempur dengan musuh, dia kelihatan seperti seekor singa yang lapar membaham mangsanya. Dengan keberaniannya itu, dia telah menjadi buah mulut ketika itu.


"Tidak seorang pun di antara kita yang dapat menandingi kehebatan Qotzman," kata salah seorang sahabat. Mendengar perkataan itu, Rasulullah s.a.w. pun menjawab, "Sebenarnya dia itu adalah golongan penduduk neraka." Para sahabat menjadi hairan mendengar jawapan Rasulullah s.a.w. itu. Bagaimana seorang yang telah berjuang dengan begitu gagah menegakkan Islam boleh masuk dalam neraka. Para sahabat berpandangan antara satu sama lain apabila mendengar jawapan Rasulullah s.a.w. itu. Rasulullah s.a.w. sedar para sahabatnya tidak begitu percaya dengan ceritanya, lantas Baginda s.a.w. berkata, "Semasa Qotzman dan Aktsam keluar ke medan perang bersama-sama, Qotzman telah mengalami luka parah akibat ditikam oleh pihak musuh. Badannya dipenuhi dengan darah. Dengan segera Qotzman meletakkan pedangnya ke atas tanah, manakala mata pedang itu pula dihadapkan ke dadanya. Lalu dia terus membenamkan mata pedang itu ke dalam dadanya."

"Dia melakukan perbuatan itu adalah kerana dia tidak tahan menanggung kesakitan akibat dari luka yang dialaminya.
Akhirnya dia mati bukan kerana berlawan dengan musuhnya, tetapi membunuh dirinya sendiri.
Melihatkan keadaannya yang parah, ramai orang menyangka yang dia akan masuk syurga.
Tetapi dia telah menunjukkan dirinya sebagai penduduk neraka.
" Menurut Rasulullah s.a.w. lagi, sebelum dia mati, Qotzman ada mengatakan, katanya, "Demi Allah aku berperang bukan kerana agama tetapi hanya sekadar menjaga kehormatan kota Madinah supaya tidak dihancurkan oleh kaum Quraisy.
Aku berperang hanyalah untuk membela kehormatan kaumku.
Kalau tidak kerana itu, aku tidak akan berperang."

(Riwayat ini telah dirawikan oleh Luqman Hakim)

6 Perkara Allah Sembunyikan..?

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:

“Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik
daripada aku?.”

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. “Tidak”

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud.


“Wahai Jibrail, ka! mu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.’ Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu.”

Kemudian Jibrail as berkata: “Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?”

Lalu Allah berfirman yang bermak! sud. “Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma’waa sebagai tempat tinggal…”

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurgaMa’waa. Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrailas dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh men empuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbangla malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah danakhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

“Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?”

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. “Wahai Jibrail, kalau kamu
dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan
kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti
yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh
dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap
imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan…..”

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan…

Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iai tu :

Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

Kehebatan Saidina Ali r.a di medan perang..

Suatu hari ketika ‘Ali sedang berada dalam pertempuran, pedang musuhnya patah dan orangnya terjatuh. ‘Ali berdiri di atas musuhnya itu, meletakkan pedangnya ke arah dada orang itu, dia berkata, “Jika pedangmu berada di tanganmu, maka aku akan lanjutkan pertempuran ini, tetapi kerana pedangmu patah, maka aku tidak boleh menyerangmu.”

“Kalau aku punya pedang saat ini, aku akan memutuskan tangan-tanganmu dan kaki-kakimu,” orang itu berteriak balik.

“Baiklah kalau begitu,” jawab ‘Ali, dan dia menyerahkan pedangnya ke tangan orang itu.

“Apa yang sedang kamu lakukan”, tanya orang itu kebingungan. “Bukankah saya ini musuhmu?”

Ali memandang tepat di matanya dan berkata, “Kamu bersumpah kalau memiliki sebuah pedang di tanganmu, maka kamu akan membunuhku. Sekarang kamu telah memiliki pedangku, kerana itu majulah dan seranglah aku”. Tetapi orang itu tidak mampu. “Itulah kebodohanmu dan kesombongan berkata-kata,” jelas ‘Ali. “Di dalam agama Allah tidak ada perkelahian atau permusuhan antara kamu dan
aku. Kita bersaudara. Perang yang sebenarnya adalah antara kebenaran dan kekurangan kebijakanmu. Iaitu antara kebenaran dan dusta. Engkau dan aku sedang menyaksikan pertempuran itu. Engkau adalah saudaraku. Jika aku menyakitimu dalam keadaan seperti ini, maka aku harus mempertanggungjawabkannya pada hari kiamat. Allah akan menanyakan hal ini kepadaku.”

“Inikah cara Islam?” Orang itu bertanya.

“Ya,” jawab ‘Ali, “Ini adalah firman Allah, yang Mahakuasa, dan Sang Unik.”

Dengan segera, orang itu bersujud di kaki ‘Ali dan memohon, “Ajarkan aku syahadat.”

Dan ‘Ali pun mengajarkannya, “Tiada tuhan melainkan Allah.Tiada yang ada selain Engkau, ya Allah.”

Hal yang sama terjadi pada pertempuran berikutnya. ‘Ali menjatuhkan lawannya, meletakkan kakinya di atas dada orang itu dan menempelkan pedangnya ke leher orang itu. Tetapi sekali lagi dia tidak membunuh orang itu.

“Mengapa kamu tidak membunuh aku?” Orang itu berteriak dengan marah. “Aku adalah musuhmu. Mengapa kamu hanya berdiri saja?,’Dan dia meludahi muka ‘Ali.

Mulanya ‘Ali menjadi marah, tetapi kemudian dia mengangkat kakinya dari dada orang itu dan menarik
pedangnya. “Aku bukan musuhmu”, Ali menjawab. “Musuh yang sebenarnya adalah sifat-sifat buruk yang ada dalam diri kita. Engkau adalah saudaraku, tetapi engkau meludahi mukaku. Ketika engkau meludahi aku, aku menjadi marah dan keangkuhan datang kepadaku. Jika aku membunuhmu dalam keadaan seperti itu, maka aku akan menjadi seorang yang berdosa, seorang pembunuh. Aku akan menjadi seperti semua orang yang kulawan. Perbuatan buruk itu akan terbekam atas namaku. Itulah sebabnya aku tidak membunuhmu.”

“Kalau begitu tidak ada pertempuran antara kau dan aku?” orang itu bertanya.

“Tidak. Pertempuran adalah antara kearifan dan kesombongan. Antara kebenaran dan kepalsuan”. ‘Ali menjelaskan kepadanya. “Meskipun engkau telah meludahiku, dan mendesakku untuk membunuhmu, aku tak boleh.”

“Dari mana datangnya ketentuan semacam itu?”

“Itulah ketentuan Allah. Itulah Islam.”

Dengan segera orang itu tersungkur di kaki ‘Ali dan dia juga diajari dua kalimat syahadat.

Sabtu, 26 Februari 2011

Sekali-kali tidak !..

Sekali-kali tidak !
Barangsiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah,
dan diapun berbuat baik,
maka untuk­nyalah pahalanya di sisi Tuhannya,
dan tidaklah ada ketakutan atas mereka dan tidaklah mereka akan berduka­ cita.

(al-baqoroh ayat 112)

keraguan..

Dan jika kamu (tetap) dalam keraguan tentang Al-Quran yang Kami wahyukan kepada hamba Kami (Muhammad), buatlah satu surat (saja) yang semisal Al-Quran itu dan ajaklah penolong-penolongmu selain Allah, jika kamu orang-orang yang benar.
(Al Baqarah: 23)

Jumaat, 25 Februari 2011

sahabatku..


ini semua kenangan lama ini masa aku kali pertama pegang jawatan pengawas..
ini kawan aku di 2khas yang paling bising di dalam sekolah itu..
tapi x semua ada dalam gambar ini..
tu yang tidak seronok tu..
tp semua nampak baik dalam gambar n..
klu tengok gambar ini nak tergelak pun ada..
ini semua kerenah kawan-kawan aku..

2009 tidak akan ku lupakan..


cinta akan engkau..

ini aku yang lukis tidak secantik macam ampa lukis..

Cinta adalah kekuatan yg mampu..
mengubah duri jadi mawar..
mengubah cuka jadi anggur..
mengubah sedih jadi riang..
mengubah amarah jadi ramah..
mengubah musibah jadi muhibah..

Engkau berbuat durhaka kepada Allah,
padahal engkau mengaku cinta kepada-Nya?

Sungguh aneh keadaan seperti ini. Andai kecintaanmu itu tulus,

tentu engkau akan taat kepada Nya..

Karena sesungguhnya, orang yang mencintai itu tentu selalu taat kepada yang ia cintai..

(A’idh Al-Qorni)


Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan..

Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan..

Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat.

Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setetes embun yang turun dari langit, bersih dan suci..

Cuma tanahnyalah yang berlain-lainan menerimanya..


Jika ia jatuh ke tanah yang tandus, tumbuhlah oleh karena embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipu, langkah serong dan lain-lain perkara yang tercela. Tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur, di sana akan tumbuh kesuciaan hati, keikhlasan, setia budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji.

(Hamka)


Khamis, 24 Februari 2011

Apa Maksud Iman dari Hadits Jibril?

Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin ditanya:

Bagaimana kita mengkompromikan antara hadits Jibril yang dijelaskan oleh Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bahwa iman adalah beriman kepada Allah, para Malaikat-Nya, Kitab-kitab-Nya, Rasul-rasul-Nya, hari akhir dan Taqdir yang baik dan buruk.

Dengan hadits Wafd Abdul Qais yang di dalamnya Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam menjelaskan bahwa iman adalah bersyahadat bahwa tiada ilah yang berhak disembah selain Allah saja tanpa berbuat syirik kepada-Nya, menegakkan shalat, menunaikan zakat dan menunaikan seperlima bagian harta ghanimah.

Jawaban:
Sebelum pertanyaan ini dijawab saya ingin mengatakan bahwa sesungguhnya tidak akan pernah ada pertentangan dalam Kitabullah dan Sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam. Di dalam Al-Qur’an tidak ada yang saling merusak antara ayat satu dengan ayat yang lain, demikian juga di dalam As-Sunnah. Dalam Al-Qur’an dan As-Sunnah tidak ada sesuatupun yang tidak sesuai dengan kenyataan. Karena realita adalah benar, dan Al-Qur’an sunnah adalah benar juga, kebenaran tidak mungkin saling bertentangan. Jika kamu faham kaidah ini maka terjawablah segala musykilah.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

Artinya: “Maka apakah mereka tidak memperhatikan Al-Qur’an? Kalau kiranya Al-Qur’an itu bukan dari sisi Allah, tentulah mereka mendapat pertentangan yang banyak di dalamnya.” [An-Nisaa : 82]

Jika demikian, maka hadits-hadits Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam tidak mungkin saling bertentangan. Bila Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam menerangkan tentang iman dengan suatu keterangan dan beliau menjelaskan di tempat lain dengan keterangan yang lain, dan menurut kamu bertentangan, maka jika kamu merenungkan, niscaya tidak akan terjadi pertentangan. Dalam hadits Jibril ‘alaihis salam, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam membagi dien menjadi tiga: Islam, Iman ,dan Ihsan.

Sedangkan di dalam hadits Wafd Abdul Qais, Rasul shallallahu ‘alaihi wa sallam tidak menyebutkan kecuali hanya satu, yaitu Islam. Islam ketika diucapkan secara mutlak termasuk didalamnya iman. Karena tidak mungkin melaksanakan syiar-syiar Islam kecuali orang beriman. Bila disebutkan Islam saja ini mencakup iman, dan bila disebut katan iman saja di dalamnya mencakup kata Islam. Namun bila disebut kedua-duanya, makna iman bermakna hal-hal yang berhubungan dengan hati sedangkan Islam bermakna amalan anggota badan. Ini adalah fungsi (istilah) penting, yang harus diketahui oleh thalibul’ ilmu (penuntut ilmu).

Maka kata Islam bila disebut sendirian, di dalamnya mencakup makna iman. Allah subhanahu wa Ta’ala berfirman:

Artinya: “Sesungguhnya agama (yang diridhai) di sisi Allah hanyalah Islam.” [Ali-Imran : 19]

Hal yang sudah dimengerti bahwa Islam itu terdiri dari aqidah, iman dan syariat. Bila kata iman disebutkan sendirian mencakup di dalamnya makna Islam. Dan bila kata iman dan Islam disebutkan bersamaan, maka kata iman bermakna hal-hal yang berkaitan dengan hati dan kata Islam bermakna hal-hal yang berkaitan dengan amalan anggota badan.

Oleh karena itu sebagian salaf berkata: Islam adalah hal-hal yang tampak dan iman adalah hal-hal yang tersembunyi. Karena ia di hati. Oleh karena itu bisa jadi kamu mendapati seorang munafiq yang melakukan shalat, bershadaqah dan puasa, maka ini adalah seorang muslim secara dhahir, bukan mu’min, sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:

Artinya: “Di antara manusia ada yang mengatakan: “Kami beriman kepada Allah dan Hari Kemudian”, padahal mereka itu sesungguhnya bukan orang-orang yang beriman.” [Al-Baqarah : 8]

[Disalin dari kitab Majmu Fatawa Arkanil Islam, edisi Indonesia Majmu Fatawa Solusi Problematika Umat Islam Seputar Akidah dan Ibadah, Penulis Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin, Terbitan Pustaka Arafah]

Sumber: almanhaj.or.id

RASULULLAH..

engkau diumpamakan sebagai bedadari hidupku..
kau umpama permata di lautan luas..
kau cita abadi yang pernah ku miliki..
kau umpama bintang yang menunjuk jalan..
kau penawar racun berbisa..
hadirlah kepada ku..
tidak akan ku lari pada mu..
aku yang bayak berdosa..
mengharap mahfirah Allah..
agar ku dapat bersamamu..
ya rasulullah..

Hakikat kebijaksanaan

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
”Tujuh golongan manusia yang akan diberi perlindungan oleh Allah..
dalam naungannya di hari yang tiada naungan melainkan perlindungan Allah itu sendiri iaitu:
Imam (pemimpin) yang adil,
pemuda yang sentiasa beribadat kepada Allah,
lelaki yang hatinya sentiasa terpaut dengan masjid,
dua orang yang saling cinta mencintai kerana Allah di mana keduanya berkumpul..
dan berpisah kerana Allah, seorang lelaki yang diajak..
oleh wanita rupawan serta berkedudukan tinggi untuk melakukan zina,
lalu ia menjawab, “Aku takut kepada Allah”,
seseorang yang bersedekah dengan sesuatu sedekah lalu menyembunyikan..
sedekahnya itu sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dibelanjakan..
oleh tangan kanannya, seseorang yang mengingati Allah di tempat yang sunyi..
lalu mengalir air matanya.”
(
Riwayat at-Tirmidzi)

TEMAN KU..

wahai teman..
walaupun engkau tidak berada di sampingku..
kehadiranmu yang terlintas di pemikiranku sudah memadai..
kerana jika engkau di depan mataku..
nescaya zina akan berlaku..
aku juga insan yang lemah seperti kamu..
tidak akan ku lepas dari godaaan syaitan..
kerana syaitan mencari sejuta jalan..
untuk menggoda nafsu umat manusia..
nafsu umpama api dalam serkam..
yang tidak akan lihat apinya sedangkan serkam itu terbakar..
walaupun engkau sering menyokongku dari perbagai arah..
tidak akan pernahku cuba melupakanmu..
wahai teman..


Rabu, 23 Februari 2011

RASIA MATA LELAKI..

Malam pasangannya siang,
Jaga pasangannya tidur,
Rajin pasangannya malas,
Dan lelaki pasangannya perempuan.

Kerana perempuan adalah
pasangan kepada lelaki,
maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita
itu dapat memikat hati lelaki.
Bila berkata tentang terpikat,
maka ia ada hubung kait dengan nafsu.
Jika ia ada hubungkait dengan nafsu,
ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan

Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal dengan iman.
Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah
Allah dan RasulNya dan menjauhi laranganNya.

Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol.
Simbol apa, semua orang tahu.
Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika
tidak dikawal dengan iman.
Maka mata lelaki ini selalu menjalar
apabila terlihat seorang perempuan.Setiap bentuk badan seorang
perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki
dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu.
Apabila seorang lelaki terlihat seorang
perempuan, maka perkara pertama yang akan
dilihatnya ialah rambut wanita berkenaan.

Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara oleh
seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan.
Oleh kerana itulah wanita wajib menutup
rambutnya.

Apabila rambut wanita itu telah ditutup, maka
mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat
bentuk lehernya,
maka wajiblah wanita itu menutup lehernya.

Maka mata lelaki itu akan turun lagi
melihat bentuk payu daranya,
maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk
payu daranya dengan melabuhkan tudungnya.

Setelah itu mata lelaki akan
turun lagi melihat bentuk ramping pinggangnya,
maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak
bentuk pinggangnya,
maka mata lelaki itu akan melihat

pula akan
bentuk punggungnya,
maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya
agar bentuk punggung tidak kelihatan, dan
lelaki itu akan pula melihat bentuk pehanya,maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain
yang agak ketat sehingga terlihat bentuk
pehanya walau sedikit,
maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan
bentuk kakinya

pula,
maka janganlah wanita itu berseluar, kerana
terus-terang pihak lelaki bercakap, walau
muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh,
jika beliau memakai seluar,walau nampak besar
sedikit, nafsu kami lelaki akan terusik secara
sepontan, entah tak tahu Kenapa?Mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampak
akan bentuk kakinya,
maka akan dilihatlah

pula akan mata lelaki itu
kepada kakinya,
maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki
itu tidak berdosa, menutup kakinya dengan
melabuhkan kain, atau memakai stokinyg warnanya
jangan sesekali berwarna kulit perempuan,
maka mata lelaki ini akan kembali ke atas,
akan melihat pula
bentuk tangan wanita itu,
maka tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkan
tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki.Maka wahai lelaki,
janganlah

pula kamu melihat mukanya,
kerana ia akan menimbulkan fitnah, kecuali jika
kamu wahai lelaki, ingin meminangnya..
Jika wanita itu cukup soleh, takut mukanya yang
cantik akan menimbulkan fitnah,
maka berpurdahlah kamu,
jika itu lebih baik untuk kamu.Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis..
penyakit,iaitu mata..
lelaki itu akan tertangkap dengan sepontan jika..
ia terlihat warna yang menyerlah atau terang..
jika ianya berada pada perempuan..
Maka oleh itu wahai perempuan, tolonglah jangan..
memakai pakaian yang warnanya terang-terangan sangat..

Jika hendak pakai pun, pakailah untuk suami..
Itulah wahai muslimah, jika anda semua ingin tahu..
apakah dia mata lelaki itu, dan perlu..
diingatkan, jika semua aurat telah ditutup,
jangan anggap tugas kita telah selesai, perlulah..


pula kita menjaga kehormatan diri masing-masing,
jangan keluar seorang2,keluarlah dengan..
mahram, atau keluarlah sekurang2nya 3 wanita agar..
tidak diganggu gangguan luar, mata lelaki pula..
janganlah menjalar langsung kepada muslimah,
walau muslimah itu telah menutup aurat,
insyaAllah selamat dunia akhirat..

Seperti firman Allah,“Dan tundukkanlah pandanganmu..
dan jagalah kemaluanmu”.Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya,
sehingga ketaraf seseorang yang memakai tudung..
masih beliau tidak menutup aurat, dan pada kaum..
lelaki, mata kamu itu wajib untuk tidak..
mencuri2 melihat wanita muslimah, kerana ia..
dilarangi oleh Allah SWT..
Ingat-ingatkanlah wahai muslimin muslimat..

Sekilau-kilau berlian paling menarik untuk dicuri..
Seindah-indah ciptaan adalah yang paling sukar untuk dijaga..

ZINA hati..

Rasulullah bersabda:
mata boleh berzina dgn melihat,
lidah boleh berzina dengan bercakap,
tangan boleh berzina dengan berpegangan.
Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat..
Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia
(HR Bukhari dan Muslim, rujuk Riyadu solihin bab larangan melihat wanita)
Secara mudahnya Zina hati ini:
Zina hati ialah seseorang yang hatinya mempunyai keinginan
dan berangan-angan untuk melakukan zina,tak kira lah wanita atau lelaki..
contoh keinginan itu seperti ingin dirindui, dicintai, dibelai, mengingati si dia lebih daripada kita mengingati Allah..