Saya

Foto saya
SEMOGA SEDIKIT SEBANYAK DAPAT KITA JADIKAN ILMU WALAUPUN HANYA SEDIKIT.. KATA SEORANG ULAMAK "SEMAKIN KITA MENDALAMI ILMU SEMAKIN KITA TAHU YANG KITA SEBELUM INI ADALAH BODOH..

Khamis, 8 Mac 2012

Teman, Sahabat, dan kau adalah Kenalan Ku..

Assalamualaikum..>>
Bercuti ada la sikit masa untuk update blog ni selalunya menyebokan masa dengan aktiviti lain sekarang ini nak kongsi sesuatu munkin tidak sehebat kamu semua sedikit sebanya dapat dijadikan tauladan kepada kamu semua insya'allah..

>>>>>>>

     Kedatangan ku menggambarkan sepasangan suami isteri yang bahagia. Lahirnya seorang insan yang memerlukan kasih dan belaian manja. Diberikan nama oleh mereka sehinggakan berkitab-kitab dan menemuramah dengan keluarga terdekat apakah nama yang sesuai untuk seorang insan ini. Katanya dengan nama yang diberi itu akan terpancar keperibadian seorang insan itu.

     Kau adalah sahabat yang sentiasa memahami kehendak ku tika aku menangis kau berikan aku susu mu, tika aku menangis kau mendampingiku dan tika aku menangis kau tukarkan lampin ku, kau sentiasa memahami kehendak ku. Pada mulanya kau biarkan aku merangkak, kau biar aku berdiri dan kemudiannya ada seorang manusia yang berwaja garang bagiku, dia biar aku bertaktih, malah tidak dia kesian terhadap ku walaupun sedikit setelah aku jatuh diangkat olehnya hingga beberapa kali aku diakat olehnya tetapi tetap jatuh jua, itulah erti kehidupan. Setalah beberapa bulan aku telah berjaya melangkah dan terus melangkah kemudian aku berlari sehinggakan ibu mengerjarku dengan mukanya yang penuh kasih sayang, tiba-tiba aku terlihat manusia berwajah garang itu aku terus berlari dengan pantas. Satu hari manusia berwajah garang itu memberi aku sebuah basikal beroda empat aku mula menyukainya.

     Di waktu petang, aku bersamanya keluar bersama dia menunggang basikal moutain dan aku menuggang basikal beroda empat itu, setelah beberapa kali pusing aku meminta supaya menanggalkan roda di sisi itu lalu aku mulakan dengan kaki kanan tika itu aku mengimbangkan basikal ku akhirnya aku jatuh tersungkur dan aku menangis, diangkat oleh manusia berwajah garang tersebut dengan kelembutan sehinggakan aku merasai kasihnya kepada ku itu erti Teman bagi ku.. Ibu selalu memanggil manusia itu ayah..

     Pertama kali aku memijak kaki ke sekolah aku takut dan menangis lalu dipujuk oleh seorang wanita yang tidak putus-putus memujuk ku, aku berhenti menangis dan megelap air mata yang mengalir. Taya wanita itu "kamu ada kawan"? aku menjawab tiada. Jawab wanita tersebut "patut la kamu menangis, saya adalah cikgu kamu so kamu kenal sapa saya kan, selamat berkenalan, kalau kamu nak tahu selagi kita duduk bermasyarakat kita mesti kenal antara satu sama lain jangan jadi seperti kata di bawah tempurung". macam tu ke, saya Luqman. "hebat nama tu", balas cikgu. Setelah beberapa hari datang seorang budak lelaki menghampiriku katanya nak berkonsi makanan bersama aku, aku menerima pelawaannya sambil-sambil menelan makanan dia banyak mengeluarkan soalan aku hanya menjawab.

     Semasa pulang ayah mengambilku dengan muka yang penuh kasih sayang dan aku pergi memeluk ayah kerana ayahlah, aku mengenal sedikit sebanyak tentang erti dunia dalam hidupku. Tiba di rumah, ibu menyediakan makanan kerana tahu ayah baru balik dari bekerja. Sesudah makan ayah dan ibu berpakaian putih dan duduk di ruang tamu. Aku bertaya ayah ''kenapa ibu dan ayah duduk di sini?''  jawab ayah, kerana Allah sedang memanggil ibu dan ayah untuk menyembahnya. Tanya anak lagi ''siapa itu Allah?" jawab ayah, itulah tuhan yang menjadikan kamu sempurna dan menjadikan apa yang kamu pijak sekarang ini adalah tempat medan Allah menguji setiap hambanya, adakah mereka tunduk kepadaku, atau mereka berpaling dariku. "oOoOoOo macam tu ke ayah, nak ikut" kata anak, balas ayah marilah kita berjemaah di masjid saja, lagi pu azan telah dilaungkan itu ayah mengajar aku dengan membalas azan itu sehingga terdengar di telingaku. Ibu hanya tersenyum mendengar ayah menjawab azan itu. Itulah ayah mengajar aku tentang ketuhanan.

     Ketika aku berumur 10 tahun, ayah menujukan sebatang rotan yang tergantung kemas di dinding katanya jika kamu tidak mendengar kata ibu atau ayah, ayah akan pukul kamu dengan rotan ini. "Pada hari esok kita akan berpuasa", kata ayah. "Apa itu puasa ayah?" puasa ialah menahan diri dari makan dan minum serta perkara-perkara yang membatalkan puasa mulai terbit fajar sehingga terbenam mata hari. Tanya anak lagi "apa itu perkara yang membatalkan puasa ayah?" jawab ayah jika kamu masukan sesuatu kedalam hidung kamu dan telinga kamu, puasa kamu tidak akan dikira sebagai puasa yang sempurna. "OoOoOoO macam tu ka?" kata anak. Keesokan hari aku dikejutkan untuk makan. "makan apa pagi-pagi ni?" kata anak. "Makan sahor la anak, Sahor! sarapan waktu pagiiiii", jawab ibu.. "OoOoOoO" balas anak. ketika waktu berbuka ibu dan ayah menanti suara azan. Sesuudah kedengaran azan, ayah memulakan dengan doa dan kami menjamu selera dengan kadar sederhana..

     Segala perbuatan ayah aku jadikan sebagai contoh untuk menjalani kehidupan aku ini. Kata ayah jika kita mahu ikut contoh terbaik tauladan terbaik adalah tidak lain hanyalah Muhammad saw kerana beliaulah contoh teladan yang melengkapi setiap sudut dalam kehidupan ini, "macam ke tu ayah". "Tapi siapa pula Muhammad tu?", Muhammad itu adalah Nabi, utusan dari Allah untuk menyampaikan wahyu. Bagindalah orang yang paling berpengaruh di dunia ini walaupun beliau telah lama wafat, ajarannya sentiasa berterusan kerana baginda adalah kekasih Allah, sebut jer Nabi orang ingat mesti igat Nabi Muhammad saw dulu yang mereka ingat kerana keagungannya, sehinggakan awan melindunginya ketika Nabi Muhammad saw berjalan.
"Hebatnya dia", kata anak. "Mestilah", balas ayah.

     Alunannya sangat merdu dan lenggok bahasanya umpama lagu yang menarik yang belum pernah ku dengari datangnya suara itu dari ruang tamu, aku melangkah mencari siapakah yang sedang mengalunkan dengan bahasa yang mengasyidkan itu, itu suara ayah rupanya sambil ibu bersebelahan ayah. Aku pergi mendekati mereka, aku lihat sebuah buku lantas aku bertaya berkenaan buku tersebut, "buku apa ini ayah, ibu?" tanya si anak. Jawab ibu ''inilah buku yang lengkap dengan ilmu-ilmu yang mendahului zaman iaitu Al-Quran yang isinya maha benar dari Allah iaitu tuhan Aiman, Aiman nak baca? nanti ayah ajarkan". Tapi apa bahasa yang digunakan ibu? bahasa yang digunakan bahasa Arab yang seluruh dunia menggunakannya kerana Al-Quran ini hanya dalam satu bahasa iaitu bahasa Arab.

     Pandangan mata membuatkan seketul hati ini terlahirnya sebuah cinta yang sukar diatasi kerana ini adalah lumrah kehidupan. Kehadiran wanita yang sentiasa menegurku akhirnya dia melafaskan kata cintanya kepadaku. Aku berasa ini munkin adalah silap ku sendiri kerana melayannya lebih dari sahabat yang lain. Bila aku bertayakan hal ini kepada ibuku "ibu berkata letaklah cinta kita terhadap Allah lebih tinggi dari cinta kita terhadap manusia, dengan itu kita tidak akan melukakan hati sesiapa pun kerana kita meletakan cinta kepada Allah adalah tahap yang tinggi". Abis saya cintakan ibu dan ayah, di mana saya nak letak cinta ibu dan ayah itu? kata ibu "letak lah di bawah cintakan Rasulullah saw dan para sahabat kerana mereka telah tergolong dalam golongan yang masuk syurga kerana ibu ini entah lah layak atau tidak segalanya bergantung kepada Allah". Aku terus terdiam dan memikirkan persoalan yang akan terlintas.

     "Banyaknya kerja yang perlu disiapkan dah la tahun ini tahun SPM aku aku harap segalanya perbuatan aku ini mendapat redha dari Allah mudah-mudahan segalanya yang aku bersusah payah kerana Allah dan kejayaan ini boleh lah aku berkongsi bersama INSYA'ALLAH"..