Saya

Foto saya
SEMOGA SEDIKIT SEBANYAK DAPAT KITA JADIKAN ILMU WALAUPUN HANYA SEDIKIT.. KATA SEORANG ULAMAK "SEMAKIN KITA MENDALAMI ILMU SEMAKIN KITA TAHU YANG KITA SEBELUM INI ADALAH BODOH..

Sabtu, 11 Jun 2011

FITNAH BUKAN LAGI PERKARA YANG BOLEH DIPERTIMBANGKAN..

ADAKAH PATUT BEMBELA ISLAM DIANGGAP SEBAGAI TERORIS..
INI DISEBABKAN FITNAH..
OLEH ITU SEBAIK-BAIKNYA HINDARILAH DIRI KITA DARI FITNAH..
KERANA FITNAH DAPAT MEMECAH BELAHKAN NEGARA YANG DULUNYA AMAN..
BERINGAT-INGATLAH KITA APABILA LIDAH KITA PETAH BERTUTUR..

‎"Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya".
( RW ABU NAIM )

Barangsiapa yang beriman kpd Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia berkata yang baik atau diam"
(RW BUKHARI & MUSLIM)

"Barangsiapa diam maka dia terlepas dari bahaya"
( RW AT-TARMIZI )

BANYAK DIAM TIDAK SEMESTINYA BODOH,
BANYAK CAKAP TIDAK SEMESTINYA CERDIK,
KERANA KECERDIKAN ITU BUAH FIKIRAN,
ORANG CERDIK YANG PENDIAM LEBIH BAIK DARI ORANG BODOH YANG BANYAK CAKAP..
MENASIHATI ORANG YANG BERSALAH ,
TIDAK SALAH..
YANG SALAH MEMIKIRKAN KESALAHAN ORANG..

KALAU ORANG MENGHINA KITA,
BUKAN KITA TERHINA,
YANG SEBENARNYA ORANG ITU MENGHINA DIRINYA SENDIRI.

Jangan anda berbicara sesuka hati kecuali perkara yang perlu saja kerana kalau anda ucapkan satu kalimat saja bererti kalimat itu telah menguasai anda dan anda tidak boleh menguasainya..

bersama-samalah kita bercermin diri atau erti kata lain memuhasabah diri agar neraka bukan hak milik kita..

Dari Abi Zar r.a, Nabi S.A.W bersabda: (Hadith Qudsi) ”Firman Allah Taala:

Wahai hamba-hamba-Ku, Aku telah haramkan ke ats diri-Ku kezaliman dan Aku jadikan kezaliman itu juga haram ke ats kamu semua maka janganlah berlaku zalim sesama sendiri..

Wahai hamba-hamba-Ku, semua kamu adalah seasat kecuali orang-orang yang mendapat petunjuk-Ku, maka mintalah hidayah daripada-Ku, nescaya akan Aku berikan..

Wahai hamba-hamba-Ku semua kamu adalah dalam kelaparan kecuali orang yang mendapat makanan daripada-Ku, maka mintalah daripada-Ku nescaya Aku berikan kepadamu..

Wahai hamba-hamba-Ku semua kamu adalah tidak berpakaian kecuali orang yang Aku berikan kepadanya pakaian, maka mintalah daripada-Ku nescaya akan Aku berikan..

Wahai hamba-hamba-Ku, kamu semua melakukan salah dan silap setiap masa dan Aku adalah pengampun dosa-dosa, maka pohonlah keampunan daripada-Ku nescaya Aku akan ampunkan..”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan