Saya

Foto saya
SEMOGA SEDIKIT SEBANYAK DAPAT KITA JADIKAN ILMU WALAUPUN HANYA SEDIKIT.. KATA SEORANG ULAMAK "SEMAKIN KITA MENDALAMI ILMU SEMAKIN KITA TAHU YANG KITA SEBELUM INI ADALAH BODOH..

Khamis, 9 Jun 2011

AKU MILIK MU..

"Sesungguhnya aku kepunyaan Allah dan kepada Mu Ya Allah aku kembali”

Semua akan meninggalkan kita jika kita tersilap langkah.. Mereka akan mencemuh walaupun hati bisa berkata akan memaafkan.. Mulut yang manis akan bertukar jadi pahit, masin dan busuk akibat kemaraan syaitan yang membakar obor kejahatan dala...m diri.. Jika benar ini ujian dari Allah, maka sabarlah.. Jika ini pengajaran untuk perolehi teman yang terbaik maka redhalah.. Dan jika ini membuat kita matang maka bersangguplah.. Inilah nikmat ujian..

Usah khuwatir kerana hati yang jauh dari Allah akan di dekatkan hanya kerana keizinan Allah.. Allah itu maha memelihara dan usah sedih kerana cintakan makhluk tidak akan kekal dan cintakan manusia akan membuat hati yang sihat bisa sakit.. Jika ini jalan untuk dapat cahaya Ilahi maka biarkan ia datang tapi bersyarat kenal Allah dalam diri.. Berhati-hati dari terpaut pada yang fana.. Kerana yang kekal adalah DIA dan yang luput adalah kita dan isi yang ada di sekeliling.. Usah bersedih kerana inilah masa untuk dekat dengan Allah dan inilah masa untuk melihat mana yang terbaik bersama kita..

Benar.. Diri akan menangis kerana bermacam ujian.. betapa beratpun akan cuba di pikul... Kerana ujian inilah diri kerdil ini kembali membuka kitab hadith untuk memujuk hati yang hiba.. Teringat pesan baginda saw Rasulullah pernah bersabda:

" Apabila Allah kasihkan seseorang, Allah mengenakan dengan suatu cubaan sehingga Allah mendengar rengekan permintaan yang bersungguh-sungguh.”
(Dari Masnad Firdaus oleh Dailami)

Mungkin ujian ini cukup perit untuk di lalui…Terkadang terjatuh seorang diri, tetapi jangan sesekali tinggalkan Ya Rabbi.. Jika benar hari esok akan cerah maka tunggu dan bertawaqallah dengan doa dan harapan.. Biarlah masa kelmarin, kerana dosa lepas akan buat hati terus sayu.. Benar, Kabus akan hilang, malam akan di gantikan siang, Tangis akan di ganti dengan tawa. Itulah lumrah alam. Jadikan setiap langkah hari esok adalah langkah yang benar dan di bantu oleh Mu Ya Allah..

... Ibu Nora ...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan