Saya

Foto saya
SEMOGA SEDIKIT SEBANYAK DAPAT KITA JADIKAN ILMU WALAUPUN HANYA SEDIKIT.. KATA SEORANG ULAMAK "SEMAKIN KITA MENDALAMI ILMU SEMAKIN KITA TAHU YANG KITA SEBELUM INI ADALAH BODOH..

Isnin, 28 Mac 2011

MASUK ISLAM SELAMAT (ASLIM TASLAM)

kajian demi kajian..
Pertemuan demi pertemuan..
Perjanjian demi perjanjian..

Namun adakah pertemuan dilakukan atas dasar meninggikan agama Allah?
negara islam diperintah negara barat..?

ini tidak mustahil jika..

memberi sogokkan..
serta menerima sogokkan..
adakah ini yang dikatakan maju..?
yang bersalah tidak disalahkan
yang tidak bersalah disalahkan
adakah dinamakan adil..?

si penindas tidak takut..
malah lebih riak setelah memusnahkannya..
terpikirkah mereka..
manusia yang tidak berdosa telah terbunuh..
malah lebih bayak serangan yang dilakukan..

Alangkah indahnya jika
bersatunya panji-panji Islam di setiap pelusuk dunia..
bukan sekadar menghantar bantuan
malah menghantar kelengkapan berperang..

kenapa kita takut atas sekatan ekonomi..
kenapa kita tidak takut akan Allah..?
ia hanyalah kekayaan didunia semata-mata..
Kekayaan yang tidak terperi,
Yang kaya bertambah kaya,
Yang miskin bertambah miskin..

fitnah berluasa..
Maksiat di merata tempat..
masyarat menyalahkan pelbagai pihak..

adakah pihak yang mengantur langkah untuk meningkatkan pengaruh islam..?

pemimpin tersenyum lebar setelah memeterai perjanjian perdagangan..
Bagi mereka ini adalah satu usaha yang cukup tinggi nilainya dalam meraih sebanyak mungkin manfaat..
Bagi mereka, matlamat utama adalah memperoleh situasi menang-menang
dan mengaut keuntungan bagi mengukuhkan ekonomi..
Namun hakikatnya, apakah nilai keuntungan tersebut jika ia tidak seiring dengan akidah yang benar..

Alangkah indahnya jika perjanjian tersebut merupakan
perjanjian yang memberi ruang bagi seorang pemimpin untuk mendakwahkan Islam kepada pemimpin negara lain,
seterusnya rakyat negara tersebut yang sememangnya
memerlukan perubahan dari gelap menuju cahaya.

Aslim Taslam - masuklah kamu kedalam Islam maka kamu akan selamat , sebagaimana para Khulafa' terdahulu melakukannya terhadap negara lain. Sudah sampai masanya kita memerlukan pemimpin yang menyebarkan syiar Islam!, Sebagaimana firman Allah:

Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma’ruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah.
[ Ali Imran (3)].

Tiada ulasan:

Catat Ulasan