Saya

Foto saya
SEMOGA SEDIKIT SEBANYAK DAPAT KITA JADIKAN ILMU WALAUPUN HANYA SEDIKIT.. KATA SEORANG ULAMAK "SEMAKIN KITA MENDALAMI ILMU SEMAKIN KITA TAHU YANG KITA SEBELUM INI ADALAH BODOH..

Jumaat, 25 Mac 2011

~ Kesempurnaan Akal ~

Dari Aisyah r.a, bahawa pada suatu hari diabertanya kepada Rasulullah S.A.W:"Ya Rasulullah, dengan apakah kelebihan sesetengah manusia dari yang setengahnya?" Rasulullah S.A.W menjawab: "Dengan Akal!" Kata Aisyah pula: "Dan di akhirat?" "Dengan akal juga." Kata baginda. "Bukankah seorang manusia lebih dari manusia yang lain dari hal pahala lantaran amal ibadatnya? "Kata Aisyah pula."Hai Aisyah, bukankah amal ibadat yang mereka kerjakan itu hanya menurut kadar akalnya? Sekadar ketinggian darjat akalnya, sebegitulah ibadah mereka dan menurut amal itu pula pahala yang diberikan kepada mereka." Sabda Rasulullah pula:"Allah telah membahagikan akal kepada 3bahagian, siapa yang cukup mempunyai ketiga bahagiannya, sempurnalah akalnya, kalau kekurangan walau satu bahagian, tidaklah terhitung orang yang berakal." Orang bertanya: "Ya Rasulullah, manakah bahagian yang tiga macam itu? "Kata baginda: "Pertama: baik makrifatnya dengan Allah, kedua: baik taatnya bagi Allah, ketiga: baikpula sabarnya pada ketentuan Allah."

(Prof Dr Hamka, Tasawuf Moden, ms 23)

Pada pandangan penulis, tak mudah untuk mencapai kesempurnaan akal. Mungkin keseluruhan hidup kita perlu kita gunakan untuk mencapai kesempurnaan tersebut. Bila sudah mencapai kesempurnaan, untuk mengekalkannya juga adalah satu cabaran yang amat besar. Makrifat di dalam hadis di atas difahami oleh penulis sebagai mengenal. Kita perlu mengenal Allah dengan pengenalan yang sepatutnya. Macamana untuk mengenal Allah? Hukama berkata bahawa dengan mengenal sifat-sifat kemuliaan Allah - dan jangan cuba untuk mengenal zatNya (rupaNya). Salah satu cara untuk mengenal Allah adalah dengan mengenal diri kita sendiri.

Firman Allah dalam Al-Quran:
"Dan juga pada dirimu sendiri, maka apakah kamu
tidak memperhatikan?"
(QS Adz-Dzriyt, 51:21)

diriwayatkan oleh Sayidah Aisyah ra: Nabi saw ditanya, Siapakah manusia yang paling mengenal Tuhannya? Jawab baginda, Mereka yang paling mengenal dirinya. Menurut para Hukama, mengenal diri perlu dimulakan dengan mensucikan diri daripada kekotoran yang zahir terutamanya yang batin. Menyucikan diri secara fizikal adalah dengan cara mandi, bersugi dan sebagainya. Mensucikan diri secara batin pula adalah dengan cara berselawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad, Rasulullah S.A.W. dan juga beristighfar sebanyak yang mungkin. Dengan usaha-usaha yang begini, mudah-mudahan kita dapat mengenal diri kita dengan
pengenalan yang baik dan seterusnya InsyaAllah kita akan sedikit demi sedikit dapat mengenal Allah dengan pengenalan yang baik, seterusnya meningkatkan ketaatan tehadap Allah dan menguatkan kesabaran terhadap ketentuan-ketentuan Allah Azzawajalla, seterusnya menyempurnakan Akal kita. Mudah-mudahan kita sentiasa lebih baik dari hari semalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan