Saya

Foto saya
SEMOGA SEDIKIT SEBANYAK DAPAT KITA JADIKAN ILMU WALAUPUN HANYA SEDIKIT.. KATA SEORANG ULAMAK "SEMAKIN KITA MENDALAMI ILMU SEMAKIN KITA TAHU YANG KITA SEBELUM INI ADALAH BODOH..

Jumaat, 7 Disember 2012

TIADA GANTI DAN TIADA TANDINGAN..

Assalamualaikum..
  Engkau lebih mengetahui daripada hambamu ini, hanya kepada mu aku meluahkan segalanya. Pastinya akan mengalirnya air mata kekesalan. Namun walaupun ku mengerti titisan air mata keinsafan itu mampu memadamkan dosa yang berlalu. Pastinya keinsafan itu tidak lahir hanya pada lisan, sebaliknya lahir dalam diri masing-masing. Kerana itu lah Allah sentiasa menguji dan menguji hambanya.
  Sesiapa yang bersabar Allah akan buka jalan keluar kepadanya. Kebijaksaan haruslah disemai supaya diri sentiasa berfikiran fositif walaupun sekadar berfikir kita dapat mengubah sensara menjadi bahagia dan kekecewaan menjadi kegembiraan segalanya dengan akal walaupun pemikiran kita berbeza-beza hakikatnya kita mencari jalan untuk keluar daripada sesuatu ujian.
  Walaupun telah habis SPM sememangnya seronok bagi sebahagian pelajar hakikat yang sebenar mereka akan kehilang sesuatu yang tidak dapat di kembalikan. Kita akan kehilangan guru-guru dan rakan-rakan yang banyak memberi dorongan. Sememangnya sukar untuk kita bertemu kembali masing-masing dengan urusan masing-masing.
  Setiap pertemuan pastinya ada perpisahan itu yang selalu kita dengar. Sememangnya kita tidak suka akan perpisahan tetapi itu yang kita perlu hadapinya yang bernyawa akan pergi meninggalkan kita dan yang kegembiraan itu akan pergi yang tinggal hanyalah kenangan semasa kita bersama itu. Kekasih Allah iaitu Rasulullah pun diuji walaupun beliau dekat dengan Allah.
  Kebahagian, kegembiraan, kedukaan dan sebagainya segalanya akan berlalu bagai angin yang bertiup. Allah akan menggantikan kehidupan yang kekal sama ada jika kita taat perintahnya kita akan bahagia di sana, jika tidak kita akan sensara di sana. Sediakan payung sebelum hujan. Kita mampu mengubahnya selagi nyawa di kandung badan. Tidak ada persoalan cepat atau lambat selagi kita di beri kesempatan untuk hidup gunakan sebaik yang mukin supaya kita tidak menyesal dikemudian hari.
  Hiasi kehidupan kita seperti mana Allah menjadikan Alam ini. Cantikan Akhlak kita dengan mencontohi Rasulullah, Sempurnakan segala yang wajib, dan Semaikan kasih sayang sesama kita seperti mana Rasulullah mengasihi orang di kelilingnya dan setiap ummatnya..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan