Daripada Abu Mansur Muhammad bin Ali bin Sobah al-Baldani katanya: “Ini adalah wasiat Imam al-Syafii radiallahuanhu kepada sahabat-sahabat beliau iaitulah:
‘Hedaklah bersaksi bahawa tidak ada sembahan yang sebenarnya melainkan Allah sahaja yang tiada sekutu bagiNya dan Muhammad adalah hamba dan pesuruhNya,
kita tidak membezakan (dalam Iman) antara seorang Rasul dengan lainnya,
dan sesungguhnya solatku,
nusuk (ibadah)ku, hidupku,
dan matiku hanya bagi Allah Tuhan sekalian alam yang tiada sekutu bagiNya ,
demikianlah aku diperintahkan (oleh Allah) dan akulah orang pertama yang menyerah diri,
dan sesungguhnya Allah akan membangkitkan (menghidupakan semula) ahli kubur,
dan syurga itu benar, neraka itu benar,
dan hisab itu benar,
dan Mizan (Timbangan Amal) itu benar,
al-Sirat (Jambatan yang merentang atas neraka menuju syurga) itu benar,
dan Allah Taala akan membalas perbuatan hamba-hambaNya,
atas pengakuan inilah aku hidup dan mati,
dan atasnya juga aku akan dibangkitkan nanti,
dan (bersaksi juga) bahawa al-Qur’an itu Kalam Allah bukan Makhluk,
dan Allah itu akan dilihat di akhirat di mana orang-orang yang beriman akan melihatNya dengan terang dan jelas serta mendengar Dia berkata-kata,
dan Dia berada di atas ArasyNya,
dan sesungguhnya Qadar baik dan buruk itu daripada Allah Azza wa Jalla tidak berlaku
(dalam alam ini) melainkan apa yang dikehendaki Allah dan dilaksanakanNya dan ditentukanNya,
dan sesungguhnya sebaik-baik manusia selepas Rasulullah s.a.w adalah Abu Bakar kemudian Umar kemudian Usman kemudian Ali –reda Allah ke atas semua mereka-
dan aku member kesetiaan kepada mereka dan berdoa keampunan untuk mereka dan untuk (Sahabat) yang terlibat dalam peperangan Jamal dan Siffin sama ada yang memulakan perang atau yang diperangi,
demikian juga semua Sahabat Nabi,
dan (aku beriktikad) dengar dan taat kepada pemimpin selama mereka bersolat dan member kesetiaan kepada mereka dan tidak boleh menentang mereka dengan pedang (memberontak) dan Khilafah itu (asalnya) milik Quraish dan apa yang memabukkan apabila diminum dengan banyak maka sedikitnya juga haram dan (nikah) mutaah itu haram dan aku berwasiat (supaya) bertakwa kepada Allah dan mengikut al-Sunnah dan Asar Rasulullah s.a.w dalam agama serta meninggalkan bidaah dan hawa nafsu serta menjauhinya,
bertakwalah kamu kepada Allah sekadar mampu kamu.
Dan wajib atas kamu (solat) Jumaat dan Jemaah,
mengikut sunnah,
Iman,
dan memahami (belajar) ilmu agama,
sesiapa yang datang kepadaku (dalam keadaan aku nazak) maka hendaklah dia mentalkinkan aku dengan ucapan ‘Tiada Tuhan yang berhak disembah kecuali Allah yang Maha Esa tiada sekutu bagiNya dan sesungguhnya Muhammad itu hamba dan RasulNya,
dan jagalah kuku dan misai kamu (yakni pendekkan) dan apabila aku dalam keadaan nazak sedangkan di sisi ku ada wanita haid maka hendaklah dia bangun (beredar),
dan hendaklah kamu (yakni sahabat-sahabatnya) memakai minyak wangi dan memakai minyak (mungkin maksudnya minyak rambut)”.
di antara perkataan yang keluar dari mulut IMAM SYAFIE sebelum meninggalkan dunia..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan