بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
وَالْعَصْرِ
Demi masa.
إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ
Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian,
إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ
kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasehat menasehati supaya mentaati kebenaran dan nasehat menasehati supaya menetapi kesabaran.
"Tak cukup masa lah..
" Atau "
Tak ada masa lah."..
Ramai manusia suka beri sebab-musabab kerana masa..
Apa salah masa jika Allah hanya peruntukkan waktunya 24 jam saja sehari untuk kita?..
Ada manusia boleh berjaya walaupun Allah beri masa 24 jam sehari pada mereka..
Dan ada juga sebaliknya..
Bukan salah masa..
Sebab Allah bagi manusia semuanya sama rata, 60 saat bersamaan seminit, 60 minit bersamaan 1 jam Dan 24 jam bersamaan sehari..
Masa akan terus meninggalkan kita..
Dan kita tidak akan dapat mengejar kembali masa lalu yang telah pergi..
Soal Imam Ghazali kepada anak muridnya..
"Apakah yang paling jauh dari kita?"..
Jawapan sebenar yang dikemukakan Imam Ghazali ialah masa.. Ya, masa yang telah berlalu itulah yang paling jauh dari kita Akan terus pergi dan pergi..
Yang ada hanyalah masa yang ada sekarang bersama kita dan yang akan datang kepada kita, InsyaAllah.. Allah bagi semua manusia 24 jam dalam sehari.. Terpulanglah kepada kita untuk menguruskannya... Wallahu'alam
maklumat asal : ... Ibu Nora ...
pembikinan by : manluq
Tiada ulasan:
Catat Ulasan