Saya

Foto saya
SEMOGA SEDIKIT SEBANYAK DAPAT KITA JADIKAN ILMU WALAUPUN HANYA SEDIKIT.. KATA SEORANG ULAMAK "SEMAKIN KITA MENDALAMI ILMU SEMAKIN KITA TAHU YANG KITA SEBELUM INI ADALAH BODOH..

Ahad, 29 Mei 2011

Mengenali perbezaan cara sebat Islam dan Sivil




Gambar: Hukuman sebat cara Islam di Aceh, Indonesia



Ramai antara kita yang masih keliru akan perbezaan hukuman sebat cara Islam dengan hukuman sebat cara Sivil. Sehinggakan ada yang tergamak mengatakan Islam itu kejam. Itulah kesilapan orang yang tak berilmu bila cuba berkata-kata seperti bijak pandai yang akhirnya memakan diri sendiri.


Berikut kami kongsikan dengan anda perbezaan sebenar dua hukuman sebat ini. Lepas ni kalau ada sahabat-sahabat kita yang berprasangka, boleh lah kita jelaskan dari apa yang telah kita baca. Sama-samalah kita manfaatkannya.



Sebatan Cara Islam..


Panjang rotan tidak lebih 1.22 meter, tebal tidak lebih 1.25 ms


Jika pesalah hamil, hukuman dilaksanakan selepas 2 bulan melahirkan anak.


Sebatan tidak boleh kena muka, perut, kepala, dada atau bahagian sulit.


Pesalah lelaki disebat berdiri manakala perempuan dalam keadaan duduk.


Sebatan dengan kerkuatan sederhana.


Tukang sebat tanpa mengangkat tangan melebihi kepala.


Tidak melukakan kulit persalah.


Sebatan Cara Civil..


Rotan yang digunakan terdiri daripada pelbagai saiz.


Persalah akan ditanggalkan pakaiannyan dan digantikan dengan pakaian cawat.


Cawat yang hanya menutupi bahagian kemaluan depan sahaja.


Bahagian punggung akan terdedah untuk disebat.


Persalah akan dibaring secara berdiri pada patung yang dikhaskan.


Diikat kedua kaki dan tangan.


Sesetengah tukang sebat menyebat dengan cara terus dan cara sentapan.


Sebatan secara sepantan lebih menyakitkan dan menyebabkan kulit terkeluar.



SEKARANG KITA DAPAT MEMBEZAKAN YANG MANA LEBIH ADIL..


JANGAN PANDAI KOMEN SEBARANGAN KALAU TIDAK FAHAM..!!


DARI SEGI MARUAH..


Undang-undang ISLAM lebih mementingkan maruah berbanding undang-undang civil.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan