Saya

Foto saya
SEMOGA SEDIKIT SEBANYAK DAPAT KITA JADIKAN ILMU WALAUPUN HANYA SEDIKIT.. KATA SEORANG ULAMAK "SEMAKIN KITA MENDALAMI ILMU SEMAKIN KITA TAHU YANG KITA SEBELUM INI ADALAH BODOH..

Isnin, 30 Mei 2011

ERTI LELAKI SEJATI..



Lelaki Sejati bukan dilihat dari hasil yang ia capai sahaja, Tetapi dari besarnya pengorbanan untuk mencapai tujuan


Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari kecerdasan isi otaknya sahaja, Tetapi dari kesanggupan berkongsi ilmu yang ia punya


Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari bahunya yang kekar sahaja, Tetapi dari kasih sayangnya pada orang di sekitarnya


Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari suaranya yang lantang sahaja, Tetapi dari kelembutannya mengatakan suatu kebenaran


Lelaki Sejati bukan dilihat dari besarnya musuh yang dilawannya, Tetapi dari ia menjadikan Syaitan dan para pengikutnya sebagai musuh yang nyata


Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari jumlah sahabat di sekitarnya sahaja, Tetapi dari sikap bersahabatnya pada pada setiap makhluk Tuhan


Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari bagaimana dia dihormati oleh kawannya sahaja, Tetapi bagaimana dia juga dihormati oleh lawannya


Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari kerasnya pukulan sahaja, Tetapi dari sikap bijaknya memahami persoalan


Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari dadanya yang bidang sahaja, Tetapi dari hati yang ada dibalik itu


Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari banyaknya Wanita yang memujanya, Tetapi komitmennya terhadap Wanita yang dicintai


Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari jumlah cabaran yang dibebankan sahaja, Tetapi dari tabahnya dia menghadapi liku-liku kehidupan


Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari indahnya membaca Al-Quran sahaja, Tetapi dari konsistennya dia menjalankan apa yang ia baca


Lelaki Sejati bukan pintarnya melafazkan sebuah janji suci, melainkan Bukti yang pasti


Lelaki Sejati adalah yang benar-benar Lelaki!



Tiada ulasan:

Catat Ulasan