Saya

Foto saya
SEMOGA SEDIKIT SEBANYAK DAPAT KITA JADIKAN ILMU WALAUPUN HANYA SEDIKIT.. KATA SEORANG ULAMAK "SEMAKIN KITA MENDALAMI ILMU SEMAKIN KITA TAHU YANG KITA SEBELUM INI ADALAH BODOH..

Isnin, 25 April 2011

Tiada Kompromi Dalam Maksiat..

Sesungguhnya Allah melarang perbuatan maksiat..
Malah menyeru kepada hambanya menjauhi zina..

Jika mukumannya berlandaskan undang-undang Islam..
Nescaya tidak akan berlakunya perkara sebegini..
Malah ada juga umat Islam mencari seribu alasan..
Untuk undang-undang Islam ini tidak berkuat kuasa..

Jika berbalik kepada dasarnya..
Jika undang-undang ini berkuat kuasa..
Kemunkinan 100 orang pertama yang kena..
Yang lain munkin turut takut untuk melakukan berbuatan sebegini..

Dimana hilangnya nilai kemanusiaan
(kata sebilangan orang Islam yang mengaku dia Islam)

jawab soalan ini :..
ceteknya pemikiran kamu..

yang kamu merogol..
menyentuh wanita yang bukan muhrim kamu..
mencuri hak orang..
merampas hak anak yatim..
mengfitnah orang yang tidak bersalah..
dan banyak lagi perkara buruk yang kamu lakukan..
media massa juga menunjuk perkara yang tidak sepatutnya..

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
”Sesungguhnya kecacatan pertama yang berlaku pada Bani Israil ialah apabila seorang lelaki melihat lelaki lain melakukan maksiat,
dia akan berkata:
”Wahai si fulan! Takutlah kepada Allah dan tinggalkan kerja maksiat
yang engkau sedang lakukan itu kerana ia tidak harus bagi engkau untuk melakukannya.
Kemudian pada keesokan harinya lelaki yang
menegah itu melihat lelaki yang melakukan maksiat
itu masih melakukan maksiat yang sama,
tetapi dia tidak mencegahnya kerana barangkali pelaku
maksiat itu merupakan orang yang memberinya makan dan
minum atau rakan baiknya. Apabila Bani Israel melakukan perbuatan seperti itu,
maka Allah telah memperlagakan sesama hati mereka dan
kemudian Allah melaknat mereka melalui lidah para anbiya’-Nya.”
(Riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi)


Huraian
  1. Allah SWT melarang kita daripada bertolak ansur dan berkompromi dalam perbuatan maksiat kerana perkara tersebut merupakan suatu dosa besar dan mengundang laknat daripada-Nya.
  2. Segala kebaikan dan kesenangan yang diperolehi adalah rahmat daripada Allah SWT. Oleh itu, sebagai hamba-Nya kita wajib bersyukur dengan melakukan ketaatan dan menjauhi sebarang perbuatan maksiat kerana melakukan maksiat adalah sifat hamba yang tidak tahu bersyukur.
  3. Sesungguhnya apa jua yang kita perolehi yang berupa kebaikan segalanya adalah daripada Allah SWT dan apa jua keburukan yang menimpa maka itu adalah disebabkan diri kita sendiri disebabkan oleh dosa-dosa yang dilakukan.

Islam bukannya kejam sebaliknya..
bertindak tegas kepada perlasah-pesalah Islam..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan