Saya

Foto saya
SEMOGA SEDIKIT SEBANYAK DAPAT KITA JADIKAN ILMU WALAUPUN HANYA SEDIKIT.. KATA SEORANG ULAMAK "SEMAKIN KITA MENDALAMI ILMU SEMAKIN KITA TAHU YANG KITA SEBELUM INI ADALAH BODOH..

Selasa, 22 Mac 2011

Redhaiku Ya Allah..

Redhai dan berkatilah setiap perbuatanku,perkataanku, dan keseluruhan amalanku,
Moga setiap
dari perbuatanku,
perkataanku dan amalanku memberikan manfaat buat ummah,
Jauhilah
perbuatanku,perkataanku,
dan amalanku yang membawa kemungkaran perkara yang tidak ENGKAU
sukai..
Ya Allah redhailah setiap perbuatanku dengan cahaya keimanan,
pagari ia dengan sinar ketaqwaan agarku menjauhi perbuatan yang tidak engkau tidak sukai..

"Seorang itu akan berkata dengan perkataan yang diredhai Allah,
beliau tidak menyangka bahawa kalimah-kalimah itu
akan sampai kepada apa yang telah dicapainya..
Allah menulis keredhaan baginya kerana kalimah-kalimah itu
hinggalah pada hari beliau menemui Allah..
Dan seorang itu akan berkata dengan perkataan yang dimurkai Allah..
Beliau tidak menyangka bahawa kalimah-kalimah itu
akan sampai kepada apa yang telah dicapainya..
Allah menuliskan kemurkaan baginya kerana kalimah-kalimah itu
hingga pada hari beliau menemui Allah."

~Riwayat Malik dan Tarmizi~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan