Saya

Foto saya
SEMOGA SEDIKIT SEBANYAK DAPAT KITA JADIKAN ILMU WALAUPUN HANYA SEDIKIT.. KATA SEORANG ULAMAK "SEMAKIN KITA MENDALAMI ILMU SEMAKIN KITA TAHU YANG KITA SEBELUM INI ADALAH BODOH..

Jumaat, 4 Mac 2011

Rahsia Mata Dan Pemikiran..

Mata adalah lambang perjalanan pemikiran seseorang manusia:

Jika mata jarang berkedip,
menandakan orang itu sangat tajam pemikirannya,

dan jika tak berkedip langsung bila ia bercakap,
dia sangat tajam dalam sesuatu bidang, sebab konsentrasi dia sangat kuat sekali.
Orang ini sangat berpotensi jadi saintis atau pakar dalam pelbagai bidang.

Jika renunganya matanya tajam macam renungan mata harimau , orang ini sangat bersungguh dalam melakukan sesuatu, dan tajam juga pemikiranya dengan syarat matanya kurang berkedip. Dan dia ada dua sifat exstrem sama ada sangat jahat atau sangat baik jika dia berpeluang berbuat demikian..

mata sering berkedip seolah-olah ada habuk masuk mata , orang ini kurang cerdas dari segi pemikiran dan kurang pandai dan mudah kena tipu. Renungan mata yang lemah, menandakan orang ini kurang tajam pemikirannya dan kurang bijak, atau dalam kata lain dia hanya berpotensi jadi watak pelakon tambahan atau watak orang kampung dalam filem Hindustan.

Jika seseorang memiliki mata yang kecil, tajam renungannya dan tak berkedip, dan jika ada cahaya, orang ini sangat hebat dan memiliki sifat ekstrem samada bijak dan sangat jahat atau bijak dan sangat baik serta sangat berpotensi jadi pakar, mata jenis ini ramai dimiliki oleh orang Barat.

Jika matanya renungan tak tajam tapi renunganya seolah-olah nampak sangat jauh orang ini bijak dan fikiranya adalah unik dalam berfikir dan bijak sekali dan jarang pegang watak jahat biasanya watak baik sahaja dengan syarat jangan banyak kedip. Nak tahu mata jenis ini lihat mata Dr. fazilah kamsah, Dr. Mahathir dan ramai orang Jepun memilikinya.

Jika mata besar macam mata lembu, maka orang ini kurang bijak dan lagi teruk jika tak tajam renunganya dan tak bercahaya matanya.

Jika mata seseorang sering berkeliaran biji mata hitamnya, jaga-jaga orang ini kaki belit sikit dan suka tipu dan tak bijak bahagian ilmu. Sukar dipercayai dan dibuat kawan.

Sekadar bacaan, bukan untuk dibuat pegangan.


SATU perkara..

Adakala, kita tidak sedar hikmah satu perkara,

adakala, satu perkara itu ada sebabnya,

adakala kita tidak sangka satu perkara,

adakala, stu perkara itu jadi beban buat kita,

tp kadang-kadang satu perkara itulah akan menyelamatkan dari perkara yang tidak..

pernah kita duga,

natijahnya, sentiasalah bersangka baik pada tiap-tiap perkara,

kerana ALLAH menjadikan tiap-tiap perkara itu tidak sia-sia,

kerana ALLAH Maha bijaksana,

ALLAH Maha mengetahui apa yang kita tidak ketahui,

0leh itu, jangan terlalu bersedih,

redhakan hati,

insyaALLAH..

tenang sanubari..

FORMULA 7A (by Dr. Danial bin Zainal Abidin)

Autentik
Ilmu adalah penting dalam Islam dan ilmu bertunjangkan dalil yang sahih lagi kuat teramat penting dalam beragama. Dalam Islam, di samping Al-Quran serta hadis-hadis yang mutawatir, riwayat-riwayat yang sahih, hasan-sahih dan hasan juga diterima sebagai dalil untuk pembinaan hukum-hakam Islam. Berhubung dengan hadis yang daif, ia tidak boleh digunakan sebagai dalil untuk menetapkan sebarang hukum agama sama ada yang berkaitan dengan perkara yang wajib, sunat, haram atau yang lain-lainnya.

Imam An-Nawawi dalam kitab Al-Azkar menjelaskan, “Ulama hadis, fikah dan lain-lainnya berpendapat, digalakkan serta harus memanfaatkan hadis-hadis daif untuk menjelaskan fadilat atau kelebihan sesuatu amalan, atau untuk merangsang manusia supaya beramal atau untuk mendatangkan perasaan takut supaya manusia menjauhi kemungkaran. Walau bagaimanapun, jika sesuatu hadis dikategorikan sebagai mauduk, ia tidak boleh digunakan. Dalam aspek penetapan hukum seperti halal, haram, hukum jual beli, nikah, talak dan yang seumpamanya, hadis-hadis daif tidak boleh digunakan. Yang boleh digunakan ialah hadis-hadis bertaraf sahih dan hasan.”


Akidah
Akidah merupakan tunjang Islam dan ia berkaitan dengan kepercayaan. Akidah yang betul ialah yang selari iktikad Ahli Sunah Wal Jemaah. Ia adalah keyakinan yang mantap di hati disusuli dengan manifestasi melalui perkataan dan amalan di dalam kehidupan. Keyakinan di hati adalah tonggak kepada iman dan tanpanya iman seseorang dianggap tidak sah sama sekali.
Nabi bersabda,

“Sesungguhnya golongan Bani Israel berpecah kepada 72 golongan dan umatku berpecah kepada 73 golongan, kesemua mereka di dalam neraka kecuali satu.
(Sahabat-sahabat) bertanya: ‘Siapakah yang satu itu wahai Rasulullah?’
Nabi s.a.w menjawab: Mereka yang mengikut landasan yang aku dan sahabatku bawa.”
(riwayat Tirmizi)

Amal Salih
Kepercayaan menjadi pudar tanpa amalan. Amalan pula adalah tertolak melainkan amalan yang salih. Asas kepada amalan yang salih ialah firman Allah yang bermaksud,
“Bahkan sesiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah di samping melakukan kebaikan baginya ganjaran dari sisi Tuhannya, tidak ada ketakutan ke atasnya dan dia tidak akan berdukacita.”
(al-Baqarah ayat 112)

Berhubung dengan ayat ini, Imam Ibn Kathir berkata: “(Ayat ini) menjelaskan, Allah hanya menerima amal yang mempunyai dua kriteria, pertamanya ikhlas dan keduanya muhsin. Muhsin bermaksud melakukan sesuatu sesuai dengan ajaran yang dibawa oleh Rasulullah. Jika sesuatu amal dilakukan dengan tulus ikhlas tetapi caranya tidak mengikut (syariat), ia tidak diterima (oleh Allah).”

Awlawiyat
Sebagai suatu agama yang lengkap, Islam bukan hanya menyuruh umatnya melakukan amal, ia juga menuntut umatnya menentukan keutamaan ketika beramal. Sehubungan dengan ini kaedah-kaedah fiqhul awlawiyyat atau fikah keutamaan perlu dikuasai oleh umat Islam. Profesor Dr. Yusuf Qardawi dalam bukunya Fiqhul Awlawiyyat berkata,
“(Ilmu ini) dapat membantu pejuang-pejuang yang bergiat cergas dalam penyebaran dakwah. Dengannya mereka dapat membezakan antara perkara utama dan yang perlu dikemudiankan, antara yang perlu dipandang berat dan dipandang ringan dan antara yang perlu dipermudahkan dan diperteguhkan.
Dengan ilmu ini, ia dapat membetulkan sikap mereka yang terlampau keras dan juga meluruskan sikap mereka yang terlampau meringankan kewajipan.”

Kejahilan berhubung fikah keutamaan akan melahirkan insan yang songsang dalam kehidupan. Mereka, sebagai contoh, akan rajin mengerjakan solat sunat dan mengabaikan solat fardu; lebih mengutamakan hafalan dari kefahaman; lebih mementingkan dunia dari agama; lebih mengutamakan kulit dari hati dan lebih mementingkan kerjaya dari keluarga. Sumber fikah keutamaan sebenarnya ialah Al-Quran dan As-Sunah

Akhlak
Kualiti dan kejayan tidak dapat dipisahkan dari kebersihan hati serta akhlak. Justeru Islam amat menekankan aspek kejujuran, amanah, tolong-menolong serta bermaaf-maafan dalam hidup serta kerjaya. Akhlak yang mulia adalah sebahagian daripada takwa dan tanpanya kualiti tidak akan tercapai. Dalam surah Ali-Imran ayat 133-134 Allah berfirman,
“Dan bersegeralah kamu kepada keampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi mereka yang bertakwa. (Iaitu) mereka yang menafkahkan hartanya di waktu senang dan susah serta mereka yang menahan perasaan marahnya dan memaafkan kesalahan orang. Allah menyukai orang-orang yang membuat kebajikan.”

Berpandukan landasan ini, seseorang yang berjaya dalam sesuatu bidang dengan cara menipu, merasuah, menjiplak karya orang lain, memutar belit kebenaran, memfitnah, memonopoli serta menzalimi hak orang lain tidak boleh dianggap sebagai seorang yang berjaya dalam erti kata yang sebenarnya. Di sisi Allah, manusia seperti ini dianggap sebagai manusia fasiq yang keji. Justeru, hasil kerjanya tidak boleh dianggap sebagai suatu yang berkualiti kerana ia tidak disadur dengan akhlak. Mengikut hadis yang diriwayatkan oleh Imam Abu Daud dan Tirmizi, nabi bersabda,
“Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah mereka yang paling mulia akhlaknya.”


Amanah
Dalam surah Al-Ahzab ayat 72, Allah berfirman,
“Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanah kepada langit, bumi dan gunung ganang tetapi mereka enggan memikulnya dan berasa berat dengannya, sebaliknya ia dipikul oleh insan. Sesungguhnya mereka amat zalim lagi jahil.”
Ayat ini adalah satu perumpamaan daripada Allah tentang amanah. Ia adalah suatu yang berat sehingga tidak sanggup dipikul oleh makhluk-makhluk Allah yang besar seperti langit, bumi serta gunung ganang kerana mereka menyedari jika amanah ini dikhianati azab menanti mereka. Sebaliknya manusia yang kerdil ini sanggup menerimanya. Justeru sebahagian daripada manusia mendapat azab Allah kerana mengkhianatinya. Mereka yang cuai ini ialah golongan yang zalim lagi jahil.

Insan yang berjaya ialah mereka yang beramanah. Apakah yang dimaksudkan dengan amanah? Mengikut Imam Qatadah, “Amanah ialah Islam, ibadah yang fardu dan batas-batas agama.” Imam Al-Alusi pula berkata,
“Amanah ialah tanggungjawab yang berkaitan dengan hak-hak Allah dan hak-hak makhluk sama ada berbentuk perbuatan, perkataan atau kepercayaan.”

Asah
Asah bermaksud mengasah dan menajamkan kemahiran agar setiap amanah yang dipikul dapat dilaksanakan dengan cemerlang. Allah menceritakan tentang Zulkarnain yang mempunyai kemahiran berkomunikasi sehingga memahami maksud percakapan satu golongan yang hdup di kawasan yang terpencil. Beliau berkemahiran untuk kemudiannya membantu mereka daripada kemungkaran Yakjuj dan Makjuj.

Allah berfirman,
“Sehingga apabila ia sampai di antara dua gunung, ia mendapati di sisinya satu kaum yang hampir-hampir tidak dapat memahami perkataan. Mereka berkata: “Wahai Zulkarnain, sesungguhnya Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu bolehkah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka?
Dia menjawab:
“(Kekuasaan dan kekayaan) yang Tuhanku jadikan bagiku lebih baik (dari bayaran kamu) ; oleh itu bantulah daku dengan tenaga agar aku bina antara kamu dengan mereka sebuah tembok penutup yang kukuh.

(Berkata Zulqarnain) :
‘Berilah aku potongan-potongan besi’. Hingga apabila besi itu telah sama rata dengan kedua puncak gunung itu, berkatalah Zulqarnain: ‘Tiuplah (api itu).’
Apabila besi itu menjadi (merah seperti) api, dia pun berkata:
‘Berikan aku tembaga yang mendidih agar ku tuangkannya ke atas besi panas itu’.
Maka mereka tidak mampu mendakinya dan mereka juga tidak mampu untuk melubanginya.”
(al-Kahfi ayat 93-97)

Rabu, 2 Mac 2011

Wahai lelaki, jgn kamu ganggu..

Sepanjang kehidupan saya, saya ada jumpa pelbagai jenis lelaki. Tapi, yang menariknya, sepanjang hidup saya ini juga, saya sukar hendak berjumpa lelaki yang tidak teruja kepada perempuan.

Ini fitrah la bro, fitrah”


Ya. Sebab fitrah lelaki, pasangannya mesti adalah perempuan. Dua jantina ini macam magnet kutub utara kutub selatan. Saling tarik menarik.

Hal ini menyebabkan kita boleh melihat, golongan-golongan lelaki yang akan bersiul bila perempuan cantik lalu, ada pula yang minta nak jalan sekali, kadang-kadang sengaja ambil tempat duduk di dewan kuliah sebelah perempuan dan berusaha bersungguh-sungguh nak buat perempuan itu bersembang dengannya.

Persoalannya, apakah benar begitu caranya kita melayani fitrah kita?
Saya tidak nampak itu melainkan hanya gangguan.

Maka dalam post ini, saya hendak nyatakan kepada kamu wahai lelaki, jangan kamu ganggu perempuan-perempuan ini.

Di dalam Surah An-Nur, ayat 30, Allah SWT berfirman:

Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.”

Ayat selepas itu, ayat 31, Allah SWT berfirman pula kepada perempuan perkara yang sama:

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka…”

Kenapa, Allah menegur lelaki terlebih dahulu dalam hal ini?

Kerana biasanya, dalam hal ini, lelaki yang akan tumbang terlebih dahulu. Lelaki kadang-kadang mudah jatuh dengan pandangannya. Dia mudah rasa teruja.

Sebab itu, kalau kita lihat, yang bersiul-siul adalah lelaki kepada perempuan. Saya tak pernah nampak lagi perempuan bersiul kepada lelaki. Sebab tu yang biasa dilihat adalah lelaki yang tanya kepada perempuan: Boleh I duduk sebelah you?” Sebab itu juga yang biasa dilihat adalah lelaki yang offer: Jalan sorang je, nak teman?

Tetapi lihatlah apa pesanan Allah kepadamu wahai lelaki.

Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang
beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram)..
Jika kamu beriman, maka kamu akan menundukkan pandangan kamu, dan menyekat nafsu kamu dari menguasai diri.

Ini fitrah la bro. Kena cepat la mengorat. Nanti terlepas

Ya. Saya akui itu fitrah. Saya tak nafikan. Saya tidak pernah menyalahkan fitrah itu. Tetapi, semua perkara ada caranya. Contohnya: Fitrah manusia adalah Islam. Tapi kita tidak boleh pakai hentam sahaja mengamalkan Islam. Ada cara solatnya, ada cara zikirnya, ada cara buat kebaikannya. Begitu juga dalam fitrah lelaki perempuan ini. Sudah ada batas-batas yang Islam tetapkan untuk kita.

Kalau ikut batas-batas ni, lembab la bro. Kang orang kebas

Hem… Lembab kah? Ya. Saya akui, memang lambat sikit kalau ikut jalan yang syara bagi.

Tapi, pernah dengar tak kata-kata: Biar lambat, asal selamat”?

Itu kat jalan raya la bro, masa memandu

Ya, kita ni dalam ‘jalan raya hendak pulang kepada akhirat, dan kita sedang ‘memandu diri kita untuk pulang kepada Allah.

Islam sudah mengaturkan batas pergaulan lelaki dan perempuan. Ada step-stepnya kalau nak ambil perempuan jadi isteri. Kenapa semua itu Islam susun? Sebab nak jaga kemaslahatan manusia. Cuba kamu fikir, kalau kamu main mengorat je perempuan yang kamu jumpa, perempuan yang lalu depan kamu, perempuan yang kamu nampak cantik, banyak kebaikan atau banyak keburukan?

Mana kamu tahu perempuan tu single? Mana kamu tahu perempuan tu belum bertunang/kahwin ke? Sekali kamu mengorat, jatuh hati pula perempuan itu pada kamu, kan dah haru biru rumah tangga/hubungan perempuan itu dengan suami/tunangnya? Kamu dah rosakkan hidup orang. Kemudian, bila kamu mengorat-mengorat ni, nama kamu jadi baik ke? Atau orang akan cop kamu dengan pelbagai gelaran yang tidak menyenangkan? Kamu rosakkan pula diri kamu, dan kamu dah sia-siakan ibu bapa kamu yang membesarkan kamu dengan susah payah.

Tambahan, stylo mengorat ni, di mata saya pun, tak bersih langsung. Apa yang kamu nak harapkan dari jalan yang Allah larang? Ada ke keberkatan di dalamnya? Adakah Allah akan kira ‘mengorat kamu tu sebagai amal? Bagaimana kondisi iman kamu ketika mengorat? Ketika kamu bersiul-siul, offer itu ini, duduk sebelah perempuan, bagaimana hubungan kamu dengan Allah?

Ala bro, nanti bila dah dapat, dah kahwin, kita taubat la..

Adakah sebuah rumah itu, akan bertahan lama dengan bahan binaan yang tidak berkualiti? Adakah sebuah rumah itu cantik, dengan hiasan-hiasan kotor? Dan belum tentu lagi, kita ‘mampu untuk bertaubat’ atau ‘sempat untuk bertaubat atau ‘teringat untuk bertaubat nanti.

Jangan sempitkan pandangan kamu wahai lelaki. Jangan gopoh mengejar masa hadapan. Kita tidak mahu masa hadapan yang lekeh. Kita tak mahu mendirikan hubungan kita dengan perempuan hanya kerana suka, hanya kerana dia cantik, hanya kerana tak tahan nafsu. Apa yang kamu hendak buat bila cantik perempuan itu pudar nanti? Apa yang kamu hendak buat bila kamu tidak lagi bernafsu dengannya nanti? Lebih besar lagi, apakah kamu rasa, dengan keadaan kamu, kamu boleh membawa pasangan kamu itu berdiri di hadapan Allah dengan baik?

Wahai lelaki, jangan kamu ganggu perempuan-perempuan di hadapan kamu.

Jika kamu inginkan perempuan untuk menemani kamu, apa kata kita ambil jalan yang Islam tetapkan. Walaupun diakui agak lambat, tetapi jalan ini amat bersih. Jalan yang menjaga hati. Dalam masa kita mencintai perempuan itu, hubungan kita dengan Allah tidak terganggu. Mengambil jalan yang Islam tetapkan ini juga, menunjukkan keseriusan dan kematangan anda. InsyaAllah, Allah akan memberkati bukan setakat anda dan pasangan anda sahaja. Tetapi Allah akan berkati seluruh keluarga anda, harta anda, rezeki anda, keturunan anda, kerana anda telah memulakan perjalanan membina keluarga ini dengan jalan yang diredhai-Nya. Mustahil Allah akan membiarkan hamba-hamba yang taat kepada-Nya.

Apa yang ada bila kamu mengorat-ngorat? Apa yang kamu dapat? Kamu sebenarnya telah merosakkan diri kamu.

Malah, secara tidak langsung, kamu merosakkan nama keluarga kamu di mata manusia, merosakkan pula taraf lelaki di mata dunia, dan merosakkan akhirat kamu di hadapan-Nya.

Hentikanlah.

Seorang ibu ada menceritakan kepada saya perihal anak perempuannya di universiti.

Katanya: Makcik risau la Hilal dengan keadaan sekarang ni. Anak makcik tu, entah berapa kali kena kacau. Bila jalan, ada lelaki minta nak teman. Bila duduk dalam kuliah, ada lelaki nak minta duduk kat sebelah. Makcik tak suka la lelaki macam tu. Tak soleh.

Kalau saya, saya pun tak suka. Bayangkan wahai lelaki, orang buat anak perempuan kamu macam itu? Atau ada lelaki tiba-tiba mengorat mak kamu? Atau ada lelaki lain nak ‘tackle isteri/tunang kamu? Kamu puas hati? Boleh kah kamu kata pada diri kamu ketika itu: Biarlah, dah fitrah…

Boleh kah?

Sebab itu, Allah melarang kita mengikuti langkah-langkah syaitan dan mengambil Islam itu secara sempurna. Nak mengorat perempuan pun, kena ikut cara Islam ajarkan. Lebih selamat, lebih terjaga, dunia dan akhirat.

Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan;
sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.
Surah Al-Baqarah ayat 208.

Jadi wahai lelaki, jangan kamu ganggu perempuan aku.

Kenapa saya kata ‘perempuan aku..? Khas kepada orang yang saya suka sahajakah? Khas kepada adik perempuan saya sahaja kah?

Tidak.

Saya tidak suka lelaki, menganggu mana-mana sahaja perempuan yang ada. Saya letakkan ‘perempuan aku’ kerana saya rasa bertanggungjawab atas perempuan-perempuan yang ada. Perempuan di mata saya amat mulia. Jadi saya tidak suka perempuan itu rosak, dirosakkan. Sebab perempuan, mereka akan melahirkan anak-anak yang membentuk masa hadapan dunia. Kalau perempuan rosak, maka rosak lah masa hadapan kita.

Pada saya, anda pun wahai lelaki, perlu merasakan apa yang saya rasakan.

Allah SWT telah berfirman:

Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki
(dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan,
Surah An-Nisa ayat 34.

Maka bro, apa kata kamu berhenti mengorat-ngorat ni.

Kita lelaki, dipertanggungjawabkan menjaga perempuan dengan baik. Bukan merosakkan mereka.

Kalau suka, jom kita ambil cara yang bersih, cara yang baik, cara yang diredhai Allah SWT.

Saya berani berjanji yang anda akan menjadi lebih bahagia, lebih tenang, lebih senang apabila anda mengikuti apa yang telah Allah tetapkan. Anda perlu yakin, kesabaran anda dalam mengikuti perintah-Nya, akan terbayar. Sebab janji-janji Allah itu adalah benar. Jangan anda rasa terganggu bila melihat orang lain melanggar perintah-Nya. Kita, teruskan dengan ketaatan kita.

Oleh itu, bersabarlah (wahai Muhammad), sesungguhnya janji Allah itu benar;
dan janganlah orang-orang yang tidak meyakini apa
yang engkau sampaikan itu menjadikan engkau resah gelisah.
Surah Ar-Rum ayat 60.

Tundukkanlah pandangan, jagalah kemaluan, pertahankanlah kehormatan.

Kita lelaki, adalah ketua keluarga, pemimpin kepada perempuan. Kalau kita rosak wahai lelaki, maka keluarga itu akan rosak dan tidak stabil, seperti kapal kehilangan nakhoda.

Mari sama-sama kita lakar masa hadapan kita, dengan lakaran keimanan, ketaatan kepada-Nya.

kewajiban lelaki..

lelaki disyaratkan melindungi wanita, hindari kekerasan. Dalam institusi perkahwinan, lelaki ialah ketua keluarga sesuai dengan fitrah kejadiannya yang lebih gagah dan beberapa kelebihan lain berbanding wanita. Tanggungjawab lelaki sebagai ketua [pemimpin] kepada perempuan ditegaskan oleh Allah melalui firman-Nya bermaksud:

"Lelaki ialah pemimpin bagi perempuan oleh kerana Allah melebihkan..
sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (perempuan),
dan kerana lelaki selepas menafkahkan sebahagian daripada harta mereka."
[Surah an-Nisa, ayat 34]

Islam mensyaratkan lelaki sentiasa menjadi pelindung dan berbuat baik terhadap wanita. Sebagai pemimpin, lelaki dipertanggungjawabkan menjaga keselamatan, kebajikan dan menyediakan keperluan hidup untuk isteri dan anak mereka. Islam melarang sama sekali kekerasan dalam rumah tangga. Rasulullah S.A.W. memberi ingatan dengan sabda bermaksud:

"Mengapa ada lelaki di kalangan kamu yang suka memukul isterinya..
seperti memukul seorang hamba,
padahal dia akan menyetubuhi isterinya itu pada hari lain."
[Hadis riwayat Ahmad]

steri mempunyai hak untuk mendapat layanan sebaik-baiknya. Pada suatu ketika, ramai isteri datang menemui isteri Rasulullah S.A.W. mengadu mengenai layanan buruk yang diterima daripada suami mereka. Apabila Rasulullah S.A.W. mengetahuinya, baginda pun bersabda maksudnya:

"Sesungguhnya ramai wanita datang menemui isteriku mengadu mengenai suami mereka.. Sesungguhnya suami kepada wanita itu bukanlah orang yang terbaik daripada kalangan kamu."
[Hadis riwayat Abu Daud].

"Tanggungjawab suami terhadap isterinya adalah apabila kamu makan,
hendaklah kamu beri makanan untuk isterimu. Apabila kamu memakai pakaian,
kamu berikan pakaian untuk isterimu..
Jangan kamu pukul isterimu pada bahagian muka..
Jangan kamu keluarkan perkataan yang jahat di hadapannya..
iaitu perkataan yang menyakiti hati dan dibenci..
Jangan kamu tinggalkan isterimu seorang diri kecuali dalam rumah."
[Hadis riwayat Abu Daud].

warkah buat muslimah..

Duhai Gadis …
Gadisku… sesungguhnya kejadianmu terlalu unik, tercipta dari tulang rusuk Adam yang bengkok yang menghiasi taman2 indah lantas menjadi perhatian Sang Kumbang untuk mendekatimu, namun … tidak semua bunga senang di dekati lantaran duri mawar, dari kejauhan sudah terhidu akan keharuman serta kilauan warnanya memancar indah mengundang kegaguman terhadap sang kumbang … tapi Awas !!! duri yang memagari bisa membuatkan sang kumbang berfikir beberapa kali untuk mendekatinya.
Gadisku… aku suka kau sekiranya seperti mawar aspirasi setiap mujahidah. Bentengilah dirimu dengan perasaan malu yang bertunjangkan rasa keimanan dan keindahan taqwa kepada Allah swt… hiasilah wajahmu dengan titisan wudu’, bibirmu dengan tilawatilqur’ an dan zirullah, matamu dengan memandang segala keindahan af’alullah di muka bumi dan langit, telingamu diperdengarkan dengan tazkirah2 yang akan menambahkan ma’rifat kepadaNya, akalmu tafakkur dan tadabbur setiap bait2 Kalamullah dan hatimu dengan musyahadah kepada Wajhullah Taala…
Iangatlah bahawa ciri2 seorang wanita solehah ialah ia tidak melihat kepada lelaki dan lelaki tidak melihat kepadanya dengan pandangan nfsu dan syahwat melainkan bertambahnya keiamanan salah seorang antara mereka. Sesuatu yang tertutup itu lebih berharga jika di bandingkan dengan sesuatu yang terdedah… umpama mutiara yang di dedahkan buat perhatian umum dengan permata yang tersembunyi, pasti yang tersembunyi itu melebihi daripada yang terdedah…
Wanita solehah yang taat dan patuh pada al-Khaliq dalam melayari liku2 kehidupannya adalah harapan setiap insane yang bernama Adam. Namun …. ianya memerlukan mujahadah yang tinggi kerana ianya bercanggah dengan nafsu serakah yang bersarang dalam dirimu lebih2 lagi title gadis yang kau miliki, sudah pasti darah mudamu mencaar rasa keimanan yang ada.
Maka ingatlah wahai gadisku bahawa sesiapa yang ingkarkan kebaikan maka Allah akan memudahkan jalan2ke arah itu, yang penting engkau mesti berharap hanya kepada Allah dan istiqamah dalam riadhah mujahadah dirimu itu.
Gadisku… aku adalah hakikat dirimu menjadi fitnah kepada kebanyakan kaum lelaki… seandainya pakaian malumu kau tanggalkan dari tubuhmu maka sudah tidak ada lagi perisai yang dapat membentengimu… sesungguhnya Nabi ada bersabda : “Tidak ada satu fitnah yang terlebih besar dan bermaharajalela selepas wafatku kepada kaum lelaki selain fitnah yang berpunca dari kaum wanita”.
Oleh itu gadisku, setiap langkah dan pakaianmu hendaklah berpaksikan al-Quran dan as-Sunnah, jangan biarkan orang mengekploitasikan dirimu untuk kepentingan tertentu… sesungguhnya Allah telah mengangkat martabatmu sebaris dengan kaum Adam… kau adalah harapan ummah dalam melahir dan membentuk mujahid dan mujahidah yang bakal menggoncangkan dunia haya dengan sentuhan lembut tanganmu.
Gadisku… dalam hidupmu pastinya kau ingin disayangi dan menyayangi, itulah anugerah dan fitrah semulajadi setiap insani namun ramai antara kamu tewas kerana cinta… bercinta itu tiada yang salahnya tapi memuja cinta itulah yang salah… kerana dengan cinta manusia sanggup menjual ugama dan kerana cinta maruah diri yang begitu bernilai dan berharga di gadaikan hanya kerana dengan sedikit kata2 manis dari seorang lelaki. Gejala murtad dan keruntuhan akhlak muda-mudi sebahagiannya adalah di sebabkan cinta. Benarlah sabda Rasulullah : “Adapun bermula cinta itu buta”.
Cinta itu mampu membutakan mata dan hatimu dalam membezakan perkara yang Hak dan yang Batil apabila kau letakkan cinta itu di atas dasar nafsu dan tidak kerana Allah. Sebelum kau mendekati cinta yang majazi ini, cintailah dirimu terlebih dahulu dengan mengkaji hakikat dirimu yang akan membawa dan menimbulkan rasa cinta dan kasih sayang kepada sang Pencinta sebenar iaitu Penciptamu.
Gadisku, mencintai ALllah dan Rasul-Nya melebihi cinta terhadap makhluk adalah cinta yang hakiki dan abadi kerana hati yang pecah dan retak apabila di berikan kepada makhluk pastinya akan bertambah retak lantas terburai hancur, tapi apabila hatimu di serahkan kepada Allah ia akan bertaut kembali …
Dalam seusiamu sibukkanlah dirimu dengan ilmu yang mampu mempertajamkan akal dan mampu membina sahsiah muslumahmu. Sesungguhnya ilmu itu adalah cahaya dan cahaya tak mampu bertapak di hati2 mereka yang penuh dengan karat2 dosa kepada Penciptanya. buat akhirnya terimalah kata2 seorang sufi iaitu Rabi’atul Adawiyyah sebagai renungan kita bersama dalam menuju ke hadrat Ilahi.. : “Cintakan manusia itu sesekali tidak akan mewujudkan kebahagiaan yang abadi untuk seorang insan kerana ia tidak kekal, cinta seringkali membuatkan seseorang itu gagal, kecewa, menderita dan terseksa zahir dan batin. Oleh kerana itu, tiada satu cinta pun yang dapat membuahkan kebahagian yang sebenar dan kenikmatan yang akan menghancurkan segala kenangan2 buruk melainkan hanya CINTA kepada PENCIPTA dan PENCINTA sejati dan abadi…

Allah..

Ajaran Allah adalah ajaran yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w..
Rasulullah s.a.w tidak sesekali berdusta..
jika Rasulullah s.a.w berdusta..
maka ayat-ayat dalam Al-Quran menjadi cacat maksudnya..
Al-Quran adalah percakapan Allah..
kerana itulah tidak ada manusia yang dapat menandinginya..
segala percakapan Rasulullah s.a.w adalah benar..
disebabkan itulah Allah melantiknya..
sebagai nabi yang terakhir untuk manusia diakhir zaman..