Saya

Foto saya
SEMOGA SEDIKIT SEBANYAK DAPAT KITA JADIKAN ILMU WALAUPUN HANYA SEDIKIT.. KATA SEORANG ULAMAK "SEMAKIN KITA MENDALAMI ILMU SEMAKIN KITA TAHU YANG KITA SEBELUM INI ADALAH BODOH..

Rabu, 13 April 2011

Keindahan Sifat Sabar..

Bersabar merupakan ciri orang-orang yang menghadapi pelbagai kesusahan dengan lapang dada, kemahuan yang keras serta ketabahan yang besar. Kerana itu, jika kita tidak bersabar, maka apa yang boleh kita lakukan.Adakah anda memiliki penyelesaian lain selain bersabar? Dan adakah anda mengetahui senjata lain yang dapat kita gunakan selain kesabaran?

Konon, seorang pembesar negeri ini memiliki ‘ladang gembalaan’ dan ‘lapangan’ yang selalu ditimpa musibah; setiap kali selesai dari satu kesusahan, kesusahan yang lain pula datang mengunjunginya. Meski demikian, ternyata ia tetap berlindung di sebalik perisai kesabaran dan mengunakan benteng keyakinan kepada Allah.

Demikian itulah orang-orang mulia dan terhormat bertarung melawan setiap kesusahan dan menjatuhkan semua bencana itu terkapar di atas tanah.

Malahan ketika menziarahi Abu Bakar yang sedang terbaring sakit, para sahabat berkata kepadanya, “Bolehkah kami panggilkan seorang tabib untuk mengubatimu?” “Seorang tabib telah memeriksaku!,” jawab Abu Bakar. Para sahabat pun bertanya, “Lalu apa yang ia katakan?”

la berkata, “Sesungguhnya aku boleh melakukan apa saja yang aku mahu.”

Bersabarlah kerana Allah. Dan sebaiknya anda bersabar sebagaimana kesabaran orang yang yakin akan datangnya kemudahan, mengetahui tempat kembali yang baik, mengharap pahala dan senang mengingkari kejahatan. Seberapa pun besar permasalahan yang anda hadapi, tetaplah bersabar. Kerana kemenangan itu sesungguhnya akan datang bersama dengan kesabaran, jalan keluar datang bersama kesusahan dan dalam setiap kesusahan itu ada kemudahan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan