Saya

Foto saya
SEMOGA SEDIKIT SEBANYAK DAPAT KITA JADIKAN ILMU WALAUPUN HANYA SEDIKIT.. KATA SEORANG ULAMAK "SEMAKIN KITA MENDALAMI ILMU SEMAKIN KITA TAHU YANG KITA SEBELUM INI ADALAH BODOH..

Khamis, 8 Mac 2012

Teman, Sahabat, dan kau adalah Kenalan Ku..

Assalamualaikum..>>
Bercuti ada la sikit masa untuk update blog ni selalunya menyebokan masa dengan aktiviti lain sekarang ini nak kongsi sesuatu munkin tidak sehebat kamu semua sedikit sebanya dapat dijadikan tauladan kepada kamu semua insya'allah..

>>>>>>>

     Kedatangan ku menggambarkan sepasangan suami isteri yang bahagia. Lahirnya seorang insan yang memerlukan kasih dan belaian manja. Diberikan nama oleh mereka sehinggakan berkitab-kitab dan menemuramah dengan keluarga terdekat apakah nama yang sesuai untuk seorang insan ini. Katanya dengan nama yang diberi itu akan terpancar keperibadian seorang insan itu.

     Kau adalah sahabat yang sentiasa memahami kehendak ku tika aku menangis kau berikan aku susu mu, tika aku menangis kau mendampingiku dan tika aku menangis kau tukarkan lampin ku, kau sentiasa memahami kehendak ku. Pada mulanya kau biarkan aku merangkak, kau biar aku berdiri dan kemudiannya ada seorang manusia yang berwaja garang bagiku, dia biar aku bertaktih, malah tidak dia kesian terhadap ku walaupun sedikit setelah aku jatuh diangkat olehnya hingga beberapa kali aku diakat olehnya tetapi tetap jatuh jua, itulah erti kehidupan. Setalah beberapa bulan aku telah berjaya melangkah dan terus melangkah kemudian aku berlari sehinggakan ibu mengerjarku dengan mukanya yang penuh kasih sayang, tiba-tiba aku terlihat manusia berwajah garang itu aku terus berlari dengan pantas. Satu hari manusia berwajah garang itu memberi aku sebuah basikal beroda empat aku mula menyukainya.

     Di waktu petang, aku bersamanya keluar bersama dia menunggang basikal moutain dan aku menuggang basikal beroda empat itu, setelah beberapa kali pusing aku meminta supaya menanggalkan roda di sisi itu lalu aku mulakan dengan kaki kanan tika itu aku mengimbangkan basikal ku akhirnya aku jatuh tersungkur dan aku menangis, diangkat oleh manusia berwajah garang tersebut dengan kelembutan sehinggakan aku merasai kasihnya kepada ku itu erti Teman bagi ku.. Ibu selalu memanggil manusia itu ayah..

     Pertama kali aku memijak kaki ke sekolah aku takut dan menangis lalu dipujuk oleh seorang wanita yang tidak putus-putus memujuk ku, aku berhenti menangis dan megelap air mata yang mengalir. Taya wanita itu "kamu ada kawan"? aku menjawab tiada. Jawab wanita tersebut "patut la kamu menangis, saya adalah cikgu kamu so kamu kenal sapa saya kan, selamat berkenalan, kalau kamu nak tahu selagi kita duduk bermasyarakat kita mesti kenal antara satu sama lain jangan jadi seperti kata di bawah tempurung". macam tu ke, saya Luqman. "hebat nama tu", balas cikgu. Setelah beberapa hari datang seorang budak lelaki menghampiriku katanya nak berkonsi makanan bersama aku, aku menerima pelawaannya sambil-sambil menelan makanan dia banyak mengeluarkan soalan aku hanya menjawab.

     Semasa pulang ayah mengambilku dengan muka yang penuh kasih sayang dan aku pergi memeluk ayah kerana ayahlah, aku mengenal sedikit sebanyak tentang erti dunia dalam hidupku. Tiba di rumah, ibu menyediakan makanan kerana tahu ayah baru balik dari bekerja. Sesudah makan ayah dan ibu berpakaian putih dan duduk di ruang tamu. Aku bertaya ayah ''kenapa ibu dan ayah duduk di sini?''  jawab ayah, kerana Allah sedang memanggil ibu dan ayah untuk menyembahnya. Tanya anak lagi ''siapa itu Allah?" jawab ayah, itulah tuhan yang menjadikan kamu sempurna dan menjadikan apa yang kamu pijak sekarang ini adalah tempat medan Allah menguji setiap hambanya, adakah mereka tunduk kepadaku, atau mereka berpaling dariku. "oOoOoOo macam tu ke ayah, nak ikut" kata anak, balas ayah marilah kita berjemaah di masjid saja, lagi pu azan telah dilaungkan itu ayah mengajar aku dengan membalas azan itu sehingga terdengar di telingaku. Ibu hanya tersenyum mendengar ayah menjawab azan itu. Itulah ayah mengajar aku tentang ketuhanan.

     Ketika aku berumur 10 tahun, ayah menujukan sebatang rotan yang tergantung kemas di dinding katanya jika kamu tidak mendengar kata ibu atau ayah, ayah akan pukul kamu dengan rotan ini. "Pada hari esok kita akan berpuasa", kata ayah. "Apa itu puasa ayah?" puasa ialah menahan diri dari makan dan minum serta perkara-perkara yang membatalkan puasa mulai terbit fajar sehingga terbenam mata hari. Tanya anak lagi "apa itu perkara yang membatalkan puasa ayah?" jawab ayah jika kamu masukan sesuatu kedalam hidung kamu dan telinga kamu, puasa kamu tidak akan dikira sebagai puasa yang sempurna. "OoOoOoO macam tu ka?" kata anak. Keesokan hari aku dikejutkan untuk makan. "makan apa pagi-pagi ni?" kata anak. "Makan sahor la anak, Sahor! sarapan waktu pagiiiii", jawab ibu.. "OoOoOoO" balas anak. ketika waktu berbuka ibu dan ayah menanti suara azan. Sesuudah kedengaran azan, ayah memulakan dengan doa dan kami menjamu selera dengan kadar sederhana..

     Segala perbuatan ayah aku jadikan sebagai contoh untuk menjalani kehidupan aku ini. Kata ayah jika kita mahu ikut contoh terbaik tauladan terbaik adalah tidak lain hanyalah Muhammad saw kerana beliaulah contoh teladan yang melengkapi setiap sudut dalam kehidupan ini, "macam ke tu ayah". "Tapi siapa pula Muhammad tu?", Muhammad itu adalah Nabi, utusan dari Allah untuk menyampaikan wahyu. Bagindalah orang yang paling berpengaruh di dunia ini walaupun beliau telah lama wafat, ajarannya sentiasa berterusan kerana baginda adalah kekasih Allah, sebut jer Nabi orang ingat mesti igat Nabi Muhammad saw dulu yang mereka ingat kerana keagungannya, sehinggakan awan melindunginya ketika Nabi Muhammad saw berjalan.
"Hebatnya dia", kata anak. "Mestilah", balas ayah.

     Alunannya sangat merdu dan lenggok bahasanya umpama lagu yang menarik yang belum pernah ku dengari datangnya suara itu dari ruang tamu, aku melangkah mencari siapakah yang sedang mengalunkan dengan bahasa yang mengasyidkan itu, itu suara ayah rupanya sambil ibu bersebelahan ayah. Aku pergi mendekati mereka, aku lihat sebuah buku lantas aku bertaya berkenaan buku tersebut, "buku apa ini ayah, ibu?" tanya si anak. Jawab ibu ''inilah buku yang lengkap dengan ilmu-ilmu yang mendahului zaman iaitu Al-Quran yang isinya maha benar dari Allah iaitu tuhan Aiman, Aiman nak baca? nanti ayah ajarkan". Tapi apa bahasa yang digunakan ibu? bahasa yang digunakan bahasa Arab yang seluruh dunia menggunakannya kerana Al-Quran ini hanya dalam satu bahasa iaitu bahasa Arab.

     Pandangan mata membuatkan seketul hati ini terlahirnya sebuah cinta yang sukar diatasi kerana ini adalah lumrah kehidupan. Kehadiran wanita yang sentiasa menegurku akhirnya dia melafaskan kata cintanya kepadaku. Aku berasa ini munkin adalah silap ku sendiri kerana melayannya lebih dari sahabat yang lain. Bila aku bertayakan hal ini kepada ibuku "ibu berkata letaklah cinta kita terhadap Allah lebih tinggi dari cinta kita terhadap manusia, dengan itu kita tidak akan melukakan hati sesiapa pun kerana kita meletakan cinta kepada Allah adalah tahap yang tinggi". Abis saya cintakan ibu dan ayah, di mana saya nak letak cinta ibu dan ayah itu? kata ibu "letak lah di bawah cintakan Rasulullah saw dan para sahabat kerana mereka telah tergolong dalam golongan yang masuk syurga kerana ibu ini entah lah layak atau tidak segalanya bergantung kepada Allah". Aku terus terdiam dan memikirkan persoalan yang akan terlintas.

     "Banyaknya kerja yang perlu disiapkan dah la tahun ini tahun SPM aku aku harap segalanya perbuatan aku ini mendapat redha dari Allah mudah-mudahan segalanya yang aku bersusah payah kerana Allah dan kejayaan ini boleh lah aku berkongsi bersama INSYA'ALLAH"..

Isnin, 13 Februari 2012

Ujian..

Assalamualaikum..

Lama jugak tidak update selalu bukak Fb ja lupa Blog.. Nak buat macam na kan kita tidak boleh ingat benda lain bila kita rasa perbuatan kita itu menyeronokan.. Nama di Fb dah tukar sebabnyer rasia sekarang ni Nama Diantara pena cantik x nama..? tidak apalah nak buat macam manakan.. ramai diantara kita yang pergi meninggalkan kita.. Hidup ini bukan ada talian hayat untuk mengubah qadok dan qadar kita masing-masing.. Umapama sebatang pen yang berdakwat biru akhirnya dakwat biru itu habis hanya kesan geseran yang ada jika kita terus menulisnya.. yakni bermaksud pahala terus mengalir jika kita seorang anak mendoakan kita dan harta yang kita wakafkan serta ilmu yang dimanfaatkan..

Kini persahabatan kita semakin berjarak.. Sama-sama ada urusan yang penting buat tahun ini, peperangan yang penuh dengan dugaan dan ujian.. Munkin disana lebih sukar untuk menghadapinya, seharusnya kita bersabar disetiap ujian.. Jika kita bersabar Allah akan sentiasa bersama malah doa orang yang ditimpakan ujian akan mudah diterima olehnya.. Kuatkan semangat moga dalam perjuangan kita, kita tersungkur kita bangun semula untuk menghabiskan perjuangan kita.. Insya'Allah jika Allah bersama kita, tidak akan ada halnya lah untuk kita menghadapinya setiap ujiannya..

Rabu, 25 Januari 2012

Sekarang..

Assalamualaikum..

kenapa jadi mcm ni yer..? Membisu dalam seribu persoal.. Merasai sendiri apa orang lain rasa amat berat untuk orang itu pikul kesukaran yang dihadapi orang lain.. Bukan mudah nak berada di tempat orang lain.. Memang mudah jika dengan mengeluarkan perkataan saja belum lakukan lagi.. x begitu..?

Perkara remeh akan menjadi berat atau sebaliknya yang belaku..
Mudah untuk membuat perkara kebiasaan yang kita sering melakukanya.. Macam itu juga dengan ujian jika kita sering diuji lama kelamaan kita mudah untuk mengatasi ujian demi ujian.. Walau sehebat mana kita sebagai hamba Allah, kita tetap akan diuji.. Ujian macam mana..?

Allah uji mengikut keupayaan kita, jika kita seorang lelaki Allah uji secara lelaki dan jika kita seorang wanita, Allah uji secara wanita.. jika kita seorang remaja Allah akan uji kita secara remaja.. Allah mengetahui segalanya yang tersirat mahupun yang tersurat.. Ada ketika seorang hamba Allah ini tewas dengan ujian lalu ia bangkit mencari jalan yang Allah redha sekali di uji sekali bangkit walaupun kita tahu dihujung jalan itu ada dunia yang penuh dengan nikmat yakni syurga atau sebaliknya..

Kini jika Allah uji kita bersukurlah kepada Allah kerana kita masih dekat dengan Allah.. jika kita tersungkur terlanggar batu usahlah melatah mengeji batu tersebut sebaik-baiknya melatah memuji Allah kerana Allah menjadikan batu tersebut untuk berzikir kepada Allah..

Setiap ujian mengajar kita besabar jika kita tidak besabar umpama kita menggali telaga tetapi menyerah sebelum kelihatan air kita tidak akan dapat hasilnya.. Sabar adalah kunci untuk kita mencapai kejayaan.. Janganlah jika kita menang kita lupa Allah seperti kacang lupakan kulit..

perkataan yang baik datangnya dari Allah, yang buruk itu datangnya dari saya sendiri sekian Assalamualaikum..

Rabu, 11 Januari 2012

Mencari Kawan..

jom cari kawan..?
kata seorang ustaz perlu ada ciri-ciri ini agar kita tidak salah memilih kawan..

kawan itu solat lima waktu..
solat itu akan membentuk sikap amanah dan Ikhlas serta menhargai masa..

kawan itu menutup auratnya..
jika dia menutup aurat tentulah dia akan menjaga maruahnya serta pandangan mata..

kawan itu mestilah kaya, kaya dengan apa..?
kaya dengan ilmu agar ilmu itu dapat dikongsi bersama..

kawan itu tidak bercakap berlebihan..
bercakap berlebihan akan mendekatkan kita dari perkara sia-sia yakni beredosa..

banya lagi klu nak senaraikan semua tidak sempat punya lah..

Khamis, 5 Januari 2012

Kisah Aiman..

Assalamualaikum..

Pada suatu hari, Aiman tugas sebagai seorang pengawas di sekolah. Pada minggu ke tiga dia bertugas di blok, pada hari ke dua persekolahan dia terlihat sekumpulan pelajar menghisap rokok di belakang blok lalu dia pergi ke tempat itu berpesan kepada kawanya agar mereka tidak merokok, sekumpulan pelajar itu tertawakanya lalu tersenyum Aiman lantas mengambil nama setiapa pelajar yang ada di situ. Ada seorang sahabat yang masih memegang rokok yang masih berbara lalu Aiman menampar tangan seorang sahabat yang memegang batang rokok yang berbara tersebut, lalu diambil Aiman batang rokok membara yang terjatuh. Terdiam sekumpulan pelajar tersebut dengan muka yang terkejut. Tiba-tiba lintas seekor kucing yang sering berada di kantin tapi kali ini kucing tersebut berada di belakang blok lalu Aiman mengankat kucing tersebut. Aiman yang memegang rokok yang berbara tersebut lalu dimasukan ke dalam mulut kucing. Aiman adakah kamu kesian jika kucing ini menghisap rokok? jawab mereka tentulah tidak sangup melihatnya. Balas Aiman begitu juga aku. Bukan niat aku untuk samakan kucing dengan kamu. Tapi kali sikap ikhsan aku terhadap kamu itu yang aku terpaksa berbuat sedemikian kerana tidak sanggup melihat sahabat persepejuangan rosak dengan rokok. Selepas sahaja peristiwa itu dan sehingga hari terakhir persekolahan Aiman tidak lagi kelihatan mereka menghisap rokok di sekolah tapi yang Aiman risaukan ke mana kucing tersebut menghilang adakah kucing telah....?

Ambil jernih buang yang keruh.. insya'allah Allah akan memudahkan setiap perbuatan yang kita lakukan kita kena yakin dengan kekuasaan Allah, Wallahualam.. Cerita ini tidak ada kaitan dengan sesiapapun cuma meminjam nama dari sahabat bernama Aiman..

Jumaat, 30 Disember 2011

Bercuti..

Assalamualaikum..

Perjalanan dari kedah hingga ke Pahang mengambil selama 7 jam lebih kurang la.. Kalau dekat lebuh raya selalunya tengok jenama kereta pakat lawan teka.. Sampai di Pahang keluarga menginap di Gerbang tempatnya menarik lajugak tetapi tidak la menarik sangat sebab ada perbanggunan di kiri dan kanan jalan.. Petang itu keluarga pergi makan ikan bakar and 3 rasa fuh terbaik kat mana entah la tapi dekat dengan kuantan rasanya..

Sehari dalam perjalanan, berhenti di persinggahan agar mampu maju kehadapan..

wah..! macam best jer pekataan tu.. Sekarang sedang bersiap untuk naik ke atas bukit Broga orang kata tempatnya cantik jugak nak tengok gambar tapi tidak la cantik sangat.. Ada bayak lagi yang lain nak letak kat facebook nanti try la tengok..

Tahun ini sambutan tahun baru kat Cameron, lain sangat cara mereka sambut.. ! Aden terkejut pikirkan tidak ada sambutan tapi lain pulak.. Lawan terpekit mana tidaknya hotel sebelah suruh diam ‘’hoiiii diam la’’ yang sebelah sedang terpekit terlolong dengan sambutan tahun baru woooooooooooooo.. Tahun hijrah tidak macam itu pun.. kata seorang yang bergelar Ustaz apa dia kata “ bulan Sembilan tuai hasilnya ” mulanya tidak faham juga tapi bila pikir balik banyak bayi di buang pada bulan Sembilan ada jugak betulnya..

Buat masa ni cita sedikit dulu nanti cita lain sebab tidak habis pusing Cameron gi ni..

Rabu, 28 Disember 2011

hakikatnya..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah semenjak ini kita tidak putus-putus dengan nikmat-nikmat yang kita dapat kecapi namun kita tidak terasa nikmatnya.. Andainya kita terleka kita dikejutkan melalui naluri namun kita tidak terasa nilainya.. Tetapi kita lupa orang yang kurang berkebolehan atau orang yang kurang upaya dan sebaliknya itu mampukah mereka berbuat sedemikian rupa..? tetapi kita alfpa kita leka dengan segala kenikmatan yang Allah kurniakan kepada kita di dunia.. Adakah kita sedar ataupun kita mahu lebih dari itu..? kita mampu merasai dengan sendirinya bukan..? dan ingatlah setiap kenikmatan di bumi hanyalah nikmat yang sementara di akhiratlah kehidupan buat selama-lamanya..

Nak cita tapi cita ni best la buat aden sendiri Insya'allah.. esok tiba masanya untuk aden pergi bercuti kata orang lebih seronok bercuti bila last minit macam ni bukan mudah nak gi cuti bukanya selalu.. tapi kali ini bercuti pergi Pahang tapi aden x dak kamera lak kesian kan gi jauh-jauh x dapat nak snap gambar.. tapi x pa munkin abang aden bagi pegang kamera tu itupun ikut nasib jer.. korang ape cer..? x palakan korang gi jalan lama jugak aden munkin sekejab jer.. tiba lah masanya nak tengok hutan kat Pahang.. bukan senang ni nak gi.. itu klu 10 thn lagi insya'allah klu aden ada lagi..

sedikit saja kut untuk tajuk ni insya'allah doakan aden selamat pergi dan selamat balik sekian terima kasih jumpa lagi insya'allah..